Rahsia untuk berjaya dan tenang : Terdapat satu rahsia yang dikongsikan sendiri oleh Ustaz Wadi Annuar. Iaitu bagaimana untuk senang, tenang dan berjaya dalam hidup ialah dengan mengingati Allah.

Cara paling baik untuk mengingati Allah ialah dengan sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah. Siapakah orang yang paling banyak mengingati Allah? Mereka ialalh para nabi dan rasul kita yang sentiasa menyebut nama Allah, siang dan malam.

Perbezaan seorang yang muslim dan munafik.

Didalam al-Quran Allah ada menyebut bahawa seorang munafik tidak akan mengingat Allah dengan banyak.

Nabi Nuh berdakwah 900 tahun tanpa henti

Nabi Nuh telah berdakwah kepada kaumnya selama lebh kurang 950 tahun. Tetapi bilangan pengikut yang menerima ajaran Allah itu yang palling banyak pendapatnya cuma tidak lebih dari 90 orang.

“Cuba kita bayangkan, kita yang berkerja buat benda yang sama hari-hari dah terasa busan, inikan 900 tahun lama nya.”

Rahsia untuk tenang dan berjaya
Doa Nabi Nuh ketika meminta pertolongan

Baca juga kisah penuh nabi nuh : Kisah Nabi Nuh : Membina bahtera gergasi hadapi banjir setinggi gunung

Selepas bertahun lamanya Nabi Nuh berdakwah, tetapi tidak mendapat sambutan daripada kaumnya. Lalu, Nuh AS menjadi risau sekiranya mereka akan melahirkan keturunan yang masih tidak mahu mengikut ajaran Allah.

Maka Nabi Nuh pun berdoa kepada Allah supaya memberi hukuman kepada mereka yang ingkar serta menyelamatkan dia dan pengikutnya.

Point yang paling utama daripada kisah diatas ialah, apabila seseorang sentiasa mengingati Allah, sentiasa berzikir kepada Allah, maka Allah akan membantu dan memakbulkan permintaan dia.

Nabi Ayub diuji bertubi-tubi

Contoh kisah rasul yang sifatnya berzikir 24jam ialah kisah Nabi Ayub AS.

Baca kisah penuh tentang Nabi Ayub disini : Kisah Nabi Ayub diuji : kemiskinan, penyakit, ditinggalkan keluarga

Nabi Ayub merupakan seorang saudagar kaya pada zaman nya. Beliau mempunyai kebun tanaman, ternakan yangn banyak serta harta yang melimpah rumah. Beliau juga mempunya isteri dan anak yang ramai.

Lebih kurang umur 60 tahun, Allah telah menguji Nabi Ayub dengan satu penyakit yang mengakibatkan daging badannya terlerai.

Sehingga 18 tahun Nabi Ayub diuji dengan penyakit. Ketika Nabi Ayub sakit juga, semua tanamannya rosak dan menjadi. Ketika dia sakit juga, semua ternakan nya mati. Bahkan Allah menguji beliau dengan kematian kesemua anak-anaknya. Tetapi Nabi Ayub tidak sekali pun berdoa meminta Allah menyembuhkan penyakit nya.

Sehingga kemuncak kisahnya dimana isterinya sudah mati akak untuk mencari dimana lagi mencari duit untuk makan. Lalu isteri Nabi Ayub menjual rambutnya yang panjang. Mendengarkan perkara itu, Nabi Ayub pun berdoa :

“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang,”

(QS. Al Anbiya: 83)
Ceramah daripada Ustaz Wadi Annuar
Nota kaki..

SubhanAllah, besarnya kesabaran para nabi dan rasul yang berjuang untuk agama Islam. Tanpa jasa mereka, tiadalah saya dapat merasai nikmatnya menjadi seorang muslim.

Ujian para nabi ini, tiada tolok bandingnya dengan ujian yang saya hadapi. Diuji susah macam mana pun, mereka masih mampu mengingati Allah dan tidak pernah berputus asa.

Semoga kita semua pun dapat meniru sifat sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan.

Baca juga :

Sumber info : Rahsia untuk berjaya dan tenang, https://www.google.com/amp/s/news.detik.com/berita/d-5627808/doa-nabi-ayyub-agar-sembuh-dari-sakit/amp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like