Motivasi

Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin

Cara membersihkan hati yang sudah berkarat. Perkongsian daripada ceramah Ustaz Habib Ali zainal Abidin al-Hamid.

Hati merupakan mata kepada jiwa manusia. Hati yang bersih akan mendorong manusia berbuat kebaikan. Manakala hati yang hitam akan membawa kita kepada kejahatan. Bagaimana hati manusia boleh bertukar menjadi hitam dan berkarat?

Cara membersihkan hati
Sumber gambar : google image
3 jenis hati yang manusia miliki

Nabi Muhammad SAW ada mengingatkan kita peranan hati dalam menentukan kebaikan dan kejahatan seseorang.

Sabda Baginda SAW bermaksud:

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati”.

(Hadis Riwayat Bukhari dari Nu’man bin Basyir).

Daripada sumber penulisan artikel laman berita harian di https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/taxonomy/term/61/2014/12/25533/hati-penentu-kebaikan-kejahatan-seorang-mukmin. Hati manusia boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu :

  1. Hati yang sejahtera
  2. Hati yang sakit
  3. Hati yang sudah mati

Hati yang sejahtera ialah hati yang sentiasa memilih kebaikan dan mencari keredhaan Allah. Manakala hati yang sakit ialah hati yang cenderung untuk melakukan kejahatan dan perkara yang membawa kemurkaan Allah.

Namun, hati yang sudah mati ialah hati yang sudah terlalu keras dan tidak akan boleh diubati lagi. Hati yang mati ini sebernarnya sudah dimatikan sendiri oleh Allah disebabkan ia sudah tertutup oleh kesesatan dan tidak mahu lagi menerima perintah Allah.

“Apakah sama orang yang dilapangkan Allah SWT dengan cahaya petunjuk dan orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan? Maka, kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan. Mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang nyata.”

(Surah az-Zumar, ayat 22).
Punca hati menjadi karat dan hitam

1 dosa = 1 titik hitam

Manusia lahir dengan hati yang putih dan bersih. Sehingga semakin dia meningkat dewasa, titiik-titik hitam akan mula meliputi hati yang bersih tadi. Hal ini disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukan. Hanya orang yang terpilih oleh Allah sahaja yang dijaga hatinya daripada titik dosa.

Daripada Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud:

“Sesungguhnya apabila seseorang melakukan dosa, nescaya akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia bertaubat, maka terhakislah titik hitam tersebut. Jika ia tidak berbuat demikian, titik hitam tersebut akan terus merebak hingga ke seluruh hatinya sebagaimana firman Allah bermaksud: “Sebenarnya tiada cacat kepada ayat-ayat Kami, bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran disebabkan perbuatan kufur dan maksiat.”

(Riwayat Tirmizi).

Semakin banyak titik hitam yang muuncul pada hati kita, ia akan membentuk satu selaput hitam dan berkarat yang menghalang daripada cahaya keimanan masuk untuk mensucikan kembali titik hitam tersebut.

Tanda hati yang sudah mati
  • Tidak berasa berdosa dan menyesal terhadap dosa yang dilakukan.
  • Memandang remeh tentang taubat dalam kehidupan.
  • Tidak merasa kesedihan ketika dia meninggalkan perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah
  • Tidak menyesal atas perbuatan dosa dan kejahatan yang dilakukan.
Cara membersihkan hati yang sudah kotor dan berkarat

Terdapat satu doa yang diajar oleh Allah untuk membersihkan hati yang kotor. Doa ini tercantum dalam hadis riwayat Muslim dari Zaid bin Arqam Radliyallahu ‘Anha. Berikut doanya.

Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a’uzubika min ‘ilmin la yanfa’u wa min qolbin la yakhsya’u wa min nafsin la tasyba’u wa min da’watin la yustabu laha.

Ertinya: “Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan.”

2 cara yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengubati hati.

  • Memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran
  • Mengingati mati

Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.

Sahabat bertanya. “Ya Rasulullah apakah pembersihnya? beliau bersabda “Banyak mengingat maut dan membaca Alquran.” 

Nota kaki penulis..

Alhamdulillah, saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang agama. Tetapi masih Allah berikan peluang untuk memperbaiki diri dengan membaca dan mencatat untuk lebih faham.

Bila saya sedar kemarahan dan kebencian yang datang itu, alhamdulillah Allah beri kesedaran untuk saya mencari solusi kepada masalah tersebut.

Kebencian itu datang tanpa diundang. Kemarahan itu datang tanpa diduga. Sedangkan diri sedar itu adalah perbuatan mazmumah yang tidak disukai oleh Allah. Semoga artikel ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja. Jika ada kesilapan, anda boleh beri teguran yang gberhemah diruangan komen.

Baca juga :

Sumber info : https://www.google.com/amp/s/www.kashoorga.com/30-tanda-hati-kotor-ini-doa-diajar-rasulullah-bersihkan-hati-cukup-mudah-dihafal/amp/%3futm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=doa%2 hati, https://www.google.com/amp/s/m.republika.co.id/amp/q5rrzq320

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like