Info Lain-Lain

Mengenal Jenis-Jenis Pusar Kepala yang Pernah Wujud pada Rambut Manusia

Jenis pusar kepala | Jika anda sudah baca tentang fakta pusar kepala, jom kita lihat pula jenis-jenis pusar kepala yang pernah wujud dikepala manusia. Bahkan yang jarang anda lihat pun ada.

Dalam bahasa Inggris, pusar kepala ni dipanggil ‘hair whorls atau cowlick‘. Cowlick itu kalau ditranslatekan dalam bahasa melayu kan lain dah punya dia.

Pusaran rambut yang paling basic dan normal pada kepala manusia ialah satu pusaran single yang mengikut arah jam. Manakala selain daripada itu adalah pusaran yang jarang berlaku.

1. Normal satu pusar kepala mengikut arah jam
satu pusar kepala

sumber : https://www.gettyimages.co.uk/photos/hair-whorl

Gambar diatas menunjukkan closeup view pada rambut yang mempunyai pusaran yang normal pada kepala kanak-kanak.

Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan, dominan pusar kepala pada manusia ialah satu lingkaran pada bahaian tengah atas kepala dan berpusar kearah jam bergerak. Manakala yang mempunyai 2 atau lebih daripada 2 pusaran ini dikategorikan sebagai minoriti.

Perkaitan pusar rambut dan genetik manusia

Pusar kepala merujuk kepada corak bulatan di tengah kepala anda yang membentuk arah folikel rambut jatuh. Ia biasanya terlihat ditengah-tengah atas kepala seperti titik kosong tanpa sebarang rambut. Ia juga dikenali sebagai mahkota rambut / hair crown.

Kebanyakan orang mempunyai satu mahkota rambut pada kulit kepala mereka apabila mereka dilahirkan, namun, bagi sesetengah orang, mereka mempunyai dua lingkaran rambut di kepala mereka.

Apakah pusar rambut terkait dengan genetik manusia?

Sama ada lingkaran dalam rambut kulit kepala kawasan oksipital menunjukkan putaran mengikut arah jam atau lawan jam ditentukan secara genetik. Bernstein (1946) mencadangkan arah mengikut arah jam adalah dominan kepada arah lawan jam. Manakala, Brewster (1925) melaporkan terdapat sebuah keluarga yang mempunyai 2 pusar rambut bagi semua ahli keluarganya.

2. Normal satu pusar kepala mengikut arah lawan jam
satu pusar kepala

sumber : europpmc.org

Tahukah anda otak kiri dan kanan manusia mempunyai fungsi yang berbeza?

Otak kiri lebih cenderung dan dominan untuk penguasaan bahasa dan lebih unggul dalam kawalan ketangkasan manual. Manakala otak kanan lebih cenderung kepada pemikiran visual, insituitif dan kretiviti.

Bercakap tentang faktor genetik dan perkaitannya dengan arah pusaran rambut, baru-baru ini terdapat kajian yang menunjukkan pusar rambut pada arah lawan jam dapat dikaitkan denvan kebarangkalian dalam penguasaan bahasa.

Penemuan baru ini sangat menarik dan penting dalam penandaan tentang perkaitan fungsi otak dan dan arah pusaran rambut manusia.

3. Jenis 2 pusar kepala dengan satu mengikut arah jam dan lagi satu berlawanan dengan arah jam
2 pusar kepala

sumber : google image

Dua pusar kepala adalah bilangan yang kedua banyak pada pusar-pusar yang manusia miliki.

Biasa yang mempunyai dua pusar ini orang akan kaitkan dengan seorang anak yang sangat pintar, bersemangat dan aktif. Hanya dengar mitos yang positif dan tidak perlu anda dengar pada mitos yang negatif.

Kepala dengan dua pusar juga dikatakan seorang yang selalu berfikir dan melihat sesuatu dari sudut pandangan berbeza.

Ringkasan tentang dua pusar rambut

Rambut dengan dua pusar sangat jarang berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang normal, sebab kebiasaannya manusia memiliki satu pusar rambut dibahagian tengah kepala. Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang berbahaya atau petanda penyakit apa-apa.

Hanya berfikir begini, mahkota anda dengan dua pusar mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jadi, ia tidak membebankan hidup anda malah memberi anda keunikan yang tersendiri.

Malah, terdapat pelbagai cara anda boleh cuba jika mahu menutupi kelihatan dua mahkota rambut anda

Selain itu..

Cara terbaik untuk membantu anda dan memastikan bahawa sebarang prosedur adalah selamat dan cekap adalah dengan konsultansi dengan doktor. Anda boleh mendapatkan semula rambut yang lengkap dengan rawatan yang betul dan menemui semula keyakinan anda!

4. Pusar kepala yang terbentuk dihadapan kepala
pusar kepala dihadapan kepala

sumber : reddit.com

Pusar kepala yang terbentuk dihadapan kepala jarang berlaku ye.

Bercerita tentang pusar kepala yang ini, seorang penyanyi kita, iaitu Shila Hamzah pernah berkongsi foto anaknya yang mempunyai pusar kepala dibahagian hadapan. Beliau bertanya kepada netizen tentang maksud pusaran tersebut.

Rata-rata netizen menasihatkan beliau supaya tidak mempercayai mitos tersebut tetapi menganggap ia sesuatu yang istimewa kurniaan Tuhan yang perlu disyukuri.

Lihat di mediahiburan.my untuk melihat pusar kepala anak penyanyi terkenal tersebut.

5. 3 pusar kepala yang terbentuk
3 pusar rambut

sumber : reddit.com

Kepala dengan 3 bentuk pusar kepala memang sangat jarang berlaku. Ia terbetuk kerana faktor genetik dan tiada maksud yang tidak baik disebalik pembentukan pusar kepala ini.

6. 4 atau 5 pusar rambut
5 pusar rambut

sumber : jessaminedungo.blogspot

Pusaran 4 atau lebih juga sangat jarang berlaku kepada pusar kepala manusia. Ia mungkin sesuatu yang unik ye.

Kalau tengok pada pusar yang banyak seperti ini, hanya satu sahaja kesan dia, iaitu kesukaran nak menguruskan rambut tersebit. Yela, rambut tu berputar-putar sampai pening kepala nak sikat kearah mana.

Kesimpulan

Bilangan, bentuk dan lokasi pusar kepala sama sekali tidak menggambarkan kelakuan anak-anak anda ye. Semua itu hanya mitos semata-mata. Semoga artikle ini memberi manfaat kepada pembaca.

Baca juga :

Perkongsian DAripada Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
Jenis pusar kepala


“Betul ke klu Uoll/anak uoll ada Dua atau lebih pusar di kepala…. Uoll/anak uoll tergolong org yg NAKAL, AKTIF, LIPAS KUDONG, BERMASAALAH /SIKAP NEGATIF? Betul ke atau Mitos je? “🤔🙄🤣😎😁

A. Mai kita Jom check berapa pusar ada di kepala anda, suami anda, bini anda atau kepala anak anda. Org pompuan susah nak check pusar di kepala mereka sbb rambut mereka panjang. Doc ada SATU pusar di kepala…. Hihihi😁😁😎😎🤣🤣 Selamaaaaat. Anda ada berapa ye? 1ke? 2 ke? 3 ke atau lebih?? Yg lebih drp 1……standby😎😁😅😅😅😅😅😰😰

B. Menurut National Human Genome Research Institute: 5% penduduk dunia punyai 2 pusar atau lebih & ia berkaitan dgn genetik. 🎓🎓🎓

2 pusar dan mitos

Uoll tau dak Kepercayaan Karut/Mitos bila je anda/anak anda ada 2 pusar atau lebih di kepala: Ramai bersikap negatif kpd insan tersebut. Kesian dia nu…. Mitos ni wujud pd masayarakat Melayu, Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dll.

C. Cuba renung Mitos2 ni bila uoll/anak uoll ada 2 atau lebih pusar di kepala:🤔🤔🙄🙄

  1. Klu ada dua pusar atau lebih di kepala anak tu dilabelkan dgn sifat negatif spt sukar dikawal, jahat, keras kepala, degil tak mahu dengar cakap orang tua dan banyak lagi…. Hihini 🤣🤣🤣😅😅kesian kat dia nu… Anak tu di lahir spt kain putih.. Ibubapanya je yg mencorakannya.. bukan?? . Bukan bilangan pusar di kepala tu yg tetap kan anak uoll Jahat atau baik. Mengapa gang kita yg ada lebih pd 1 pusar di kepala, Baik2, BIJAK dan mesra belaka? 😁😎👍
  2. Dulu Tok Nek doc kata, klu uoll ada 2 pusar di kepala… Hihihi🤣🤣😅😅❤️❤️❤️, Mesti kawin 2 bila besar nanti. Klu 3…kawin 3. Klu 4…cukup le quota… Hihihi. Kesian ramai gang doc yg hanya ada 1 pusar di kepala…. Tiada chance nak kahwin lebih drp 1…Hihihi🤣🤣🤣😁😁😎😎❤️❤️.Doc melawak je.
  3. Yg doc nak tergelak 🤣🤣bila dengar ada Kepercayaan yg mengata roh manusia masuk kut pusar di kepala. Klu ada 2 pusar, 2 roh pi masuk dlm bayi tu…. Roh tu bergaduh merebut badan bayi tu… Hihihi.. Bila akhirnya roh tu bersatu.. Hihi😅😅😅🤔🤔🙄🙄🙄🙄 krn akibat pertembungan roh2 tu buatkan bayi tu membesar dlm keadaan confuse, keliru, suka berontak, sukar dikawal, degil, Jahat & hyperaktif. Anda percaya ke?? Doc nak tergelak je…. Hihihi geli ketiak dengar… Hihihi🤣🤣🤣😁🤔🙄 Ikut Pakar Paediatrik, perkembangan tingkah laku kanak2 bergantung pd perkembangan otak, emosi, alam sekelilingnya dan ibu bapa nya sbgai role model… Dan BUKAN bilangan pusar di kepala.
  4. Ada kata klu lebih 1 pusar…. Ternak binatang menjadi… Terutama Ternak KAMBING. Klu Ternak lembu… Semua lembu mati berpenyakit… Hihihi🤣🤣🤣😁😁… Cam2 Mitos org nu..
Perkongsian daripada doktor

D. INFO yg doc nak share dgn anda:🎓🎓😎

1.Pusar rambut di kepala adalah sejenis rambut yg tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dgn titik pusat kelihatan ditengah2nya.

  1. Pusar ni terjadi kpd manusia atau haiwan yg berbulu, di atas badan & di kepala sejak kita dlm kandungan ibu lagi.
  2. Anda/doc mempunya pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan TIADA ada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anda/anak anda nakal, keras kepala, baik, bijak dll.
  3. Bilangan pusar di kepala lebih sukar kelihatan pd wanita yg rambut panjang atau kerinting.

E. Oleh tu doc nasihatkan:

  1. Jika anak anda memiliki 2 pusar di kepala, JANGAN le anda risau, mereka TAK akan jadi degil & tak dengar cakap anda kelak…. Hihihi. 🤣🤣
  2. Jika Suami anda memiliki 2, 3, atau 4 pusar di kepala, JANGAN le puan risau, mereka TAK akan MERMADU 2,3 atau 4… Hihihi. 🤣🤣Tu mungkin Jodoh, hidung belang, miang keladi, buaya darat atau Rezeki atau Jodoh dia… Hihihi❤️❤️😍😘😁😎. Tau Tak anda org yg ada satu je pusar pun….tpi Bini 2,3 atau 4…. camana? 🙄🙄🤔🤔🤔
    3.Jika Isteri anda ada 2 pusar di kepala… Hihihi mungkin Jodoh Tak panjang… Cerai talak atau Cerai mati…Hihihi klu camni, suami nya umur pendek le… Hihihi🤣🤣🤔🤔. Lagi karut marut nu…. Tak masuk akal langsung…..
  3. Jika TIADA pusar… BOTAK le tu… Hihihi🤣🤣🤣🤣

Semuanya… Mitos belaka. … Gurauan org dulu2 dgn bilangan pusar di kepala, terbawa2 ke zaman kita. Yg penting didik anak jadi baik, bijak & terbaik Jadi anak beriman dan berjaya. Aaminn.

rujukan dan sumber : ohbulan.com, tribunnews.com, Jenis pusar kepala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like