Motivasi

Kisah Nabi Idris : Diizin Allah merasai mati dan melihat neraka syurga

Kisah Nabi Idris..| Nabi Idris A.S merupakan seorang nabi yang sangat jujur dan sabar. Nabi Idris juga dikatakan sebagai manusia pertama yang menguasai ilmu dalam bidang penulisan.

Sebagaiman firman Allah didalam surah Al-Alaq ayat 4-5

عَلَّمَ الْاِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْۗ الَّذِيْ عَلَّمَ بِالْقَلَمِۙ

Maksudnya : (Yang mengajar) manusia menulis (dengan qalam). Orang pertama yang menulis dengan memakai qalam atau pena ialah Nabi Idris as.

Al-Alaq : 4-5

Satu riwayat daripada Abbas bin Malik menyatakan bahawa ketik peristiwa israk mikraj dimana Nabi Muhammad S.A.W diangkat kelangit, Nabi telah bertemu dengan Nabi Idris di langit ke-4.

“Gerbang telah terbuka, dan ketika aku pergi ke langit keempat, disana aku melihat Idris. Jibril berkata (kepadaku). ‘Ini adalah Idris; berilah dia salammu.’ Maka aku mengucapkan salam kepadanya dan ia mengucapkan salam kepadaku dan berkata. ‘Selamat datang, wahai saudaraku yang alim dan nabi yang saleh.”

Sahih Bukhari 5:58:227
google image

Senarai tajuk artikel :


Malaikai Jibril bersahabat dengan Nabi Idris kerana ketaatanya kepada Allah

Dikisahkan bahawa Nabi Idris AS telah diangkat ke surga adalah berkat amalannya yang dilakukan beliau setiap hari dan malamnya. Hal itu membuat kagum sang malaikat maut dan sangat merindukan untuk bertemu Nabi Idris As.

‘Akhnukh’ merupakan nama sebenar Nabi Idris. Beliau diberi nama dan gelaran Idris kerana keperibadian beliau yang rajin membaca dan mempelajari kitab Allah SWT. Nabi Idris juga mempunyai kemahiran dalam membuat qamis (kemeja). Setiap pekerjaan yang beliau lakukan, tasbih sentiasa bergema dari bibir beliau. Mulianya hati Nabi Idris sehingga langsung tidak mengambil upah baju yang dibuatnya daripada yang meminta upah.

Keikhlasan Nabi Idris A.S sangat dikagumi oleh malaikat Izrail. Sehingga Izrail meminta izin kepada Allah untuk bertemu dengan Nabi Idris.

Lalu Allah mengizinkan Malaikat Izrail bertandang menemui Nabi Idris. Kedatangan Izrail disertakan dengan buah-buahan daripada syurga untuk diberikan kepada Nabi Idris.

Iklan

Nabi Idris merupakan seorang alim sangat rajin berpuasa. Kedatangan Izrail sebagai manusia yang membawa buahan syurga disambut baik oleh Nabi Idris. Sehingga tibalah waktu berbuka, Nabi Idris mengajak Izrail untuk berbuka bersama dengan beliau. Tetapi Izrail menolak dengan hemah.

Selepas selesai berjuadah, Nabi Idris meneruskan ibadahnya kepada Allah disepanjang malam. Izrail yang melihat ketaatan Nabi Idris menjadi semakin kagum dengan beliau.

Pada satu ketika, Malaikat Izrail mengajak Nabi Idris berjalan-jalan untuk berbincang lebih dalam tentang ketaatan beliau kepada Allah. Ketika sedang mereka berjalan dan bercerita, Izrail mengajak Nabi Idris untuk melalui sebuah ladang buah, lalu Izrail meminta izin kepada Nabi idris untuk memerik buah tersebut untuk disantap bersama.

Jawap Nabi Idris : “Subhanallah semalam aku mengajakmu berbuka dengan memakan makanan halal, kini engkau mengajakku dengan makanan haram?”

Baca muka surat seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like