Kisah Nabi Luth A.S merupakan antara sirah yang popular bukan sahaja dalam kalangan umat Islam bahkan penganut Kristian dan Yahudi. Hal ini berikutan penemuan bekas penempatan manusia yang terkubur di sekitar Laut Mati yang mengukuhkan lagi bukti kewujudan Kota Sodom dan kaum Nabi Luth seperti yang diceritakan dalam Al-Quran.
Ringkasan tajuk :
- Salasilah Nabi Luth A.S
- Kehidupan kaum Soddom yang menyimpang dan sesat – LGBT
- Allah mengutus Nabi Luth untuk membetulkan akidah kaum Soddom
- Kaum Soddom menolak mentah-mentah dakwah Nabi Luth
- Allah mengutus malaikat yang menyamar sebagai pemuda kacak kepada Luth, menyampaikan tentang bencana yang akan berlaku
- Isteri Nabi Luth yang ingkar membocorkan rahsia tentang tetamu yang tampan dirumah Luth
- Azab Allah kepada kaum Soddom
- Kisah Nabi Luth di dalam al Quran
Salasilah Nabi Luth A.S
Nabi Luth A.S Bin Haaran bin Azar merupakan anak saudara Nabi Ibrahim A.S. Baginda A.S beriman kepada ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim A.S. Baginda mengikut Nabi Ibrahim A.S berdakwah ke negeri Babylon. Dalam perjalanan ke negeri tersebut, baginda A.S membuat keputusan untuk tinggal di negeri Sodom iaitu satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel – Jordan), Laut Mati. Ibu kota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.
Sebenarnya Allahlah yang telah mengutuskan Nabi Luth A.S untuk berdakwah kepada kaum yang berada di Kota Sodom. Di Kota Sodom Nabi Luth telah berkahwin dengan wanita bernama Wai’lah serta dikurniakan dua orang anak perempuan.
Kehidupan kaum Soddom yang menyimpang dan sesat – LGBT
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis. Iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
Masyarakat Soddom adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlaknya. Masyarakat Soddom tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang baik. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan.
Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan h0moseksual {llwat} di kalangan lelakinya dan lesblan di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Soddom.
Malah seseorang pendatang yang masuk ke Soddom tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka. Sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.
Allah mengutus Nabi Luth untuk membetulkan akidah kaum Soddom
Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya. Untuk mengangkat mereka dari lembah kehinaan,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia.
Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar, menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis. Baginda memberi penerangan kepada mereka bahawa Allahlah yang mencipta mereka dan alam sekitar.
Allah tidak meredhai perbuatan mereka yang menyerupai sifat binatang dan tidak sesuai dengan nilai kemanusiaan. Nabi Luth juga menyampaikan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal pada amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diberi ganjaran dengan syurga sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
Nabi Luth menyeru agar mereka meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah manusia serta menyalahi hukum yang terkandung didalam penciptaan manusia.
Mereka juga diseru menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mereka lakukan antara mereka terutama kepada pengunjung kota Soddom. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.
Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya. Beliau tidak henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam setiap pertemuan dengan kaumnya. Samaada secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agar mereka beriman dan percaya kepada Allah dan menyembah-Nya.
Diajaknya Luth kepada kaumnya untuk melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam kehidupan sosial mereka. Pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu sebati dalam hati mereka.
Kaum Soddom menolak mentah-mentah dakwah Nabi Luth
Maka dakwah dan ajakan Nabi Luth yang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.
Kaum Luth merasa panas hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus itu dan meminta agar beliau menghentikan dakwahnya. Nabi Luth turut menghadapi ancaman diusir dari sadum bersama semua keluarganya.
Sehingga Nabi Luth berputus asa dengan masyarakat Soddom yang penuh dengan kesesatan dan keruntuhan moral. Lalu beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Soddom diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.
Allah mengutus malaikat yang menyamar sebagai pemuda kacak kepada Luth, menyampaikan tentang bencana yang akan berlaku
Suatu hari, terdapat tiga orang malaikat (berupa pemuda) masuk ke Kota Sodom lalu pergi ke rumah Nabi Luth A.S. Ulama mentafsirkan tiga orang malaikat yang mendatangi Nabi Luth A.S ialah malaikat Jibril, Mikail dan Israfil yakni setelah malaikat tersebut memberi perkhabaran gembira tentang kelahiran Nabi Ishak kepada Nabi Ibrahim.
Dalam perjalanan mereka hendak memasuki kota, mereka berselisih dengan anak perempuan Nabi Luth. Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis kalau-kalau mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Si gadis tidak berani memberi keputusan sebelum dia memberi tahu kepada ayahnya. Maka ditinggalkanlah para lelaki muda itu lalu pulang ke rumah dengan segera.
Mendengar khabar berita anak perempuannya, Nabi Luth menjadi bimbang untuk menerima tetamu yang kacak. Nabi Luth bimbang jika tetamunya akan diganggu oleh kaumnya. Nabi Luth merasa bertanggungjawap kepada keselamatan tetamunya itu.
Dengan hati yang pasrah kepada Allah dan berlindung sekiranya terdapat segala rintangan yang akan datang. Lalu pergilah ia sendiri menjemput tetamu yang sedang menanti di pinggir kota dan diajaklah mereka bersama-sama ke rumah.
Para malaikat berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah yang akan ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.
Lihat halaman seterusnya..