Ikan tilapia merupakan spesis ikan mendatang dimana ia berasal daripada negara Afrika. Ikan ini sangat mudah membiak dan memerlukan jangka masa yang singkat untuk membesar. Pembesaran dan tumbesaran yang pesat menyebabkan haiwan ini sangat mudah dijangkiti dengan pelbagai jenis penyakit. Jom lihat kesan-kesan penyakit yang biasa menyerang ikan tilapia belaan anda.

penyakit ikan tilapia / talapia
sumber gambar : google image

Ikan belaan saya yang sering dilihat mati adalah yang sudah terkena penyakit dimana badannya menjadi putih pucat, lemah tidak kuat berenang dan tidak mahu makan. Penyakit ini seolah-olah berjangkit antara satu ikan kepada ikan lain.

Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang ikan tilapia

Menurut sumber daripada agrocycle.blobgspot.com, terdapat 5 jenis penyakit yang biasa menyerang belaan ikan tilapia. Lihat jadual huraian berikut.

Jenis penyakit
1. Penyakit Ichthiophirius multifilis
Juga dikenali sebagai penyakit bintik putih
– Penyakit ini menyebabkan ikan hilang selera makan.
– Pergerakan menjadi perlahan, tidak tentu arah.
– Badan ikan menunjukkan bintik-bintik putih yang disebabkan oleh – bakteria ini sendiri.
– Bintik putih menyebabkan ikan tidak selesa lalu menggeselkan badan mereka pada objek yang keras
2. Penyakit Trichodina
Parasite ini biasa menyerang pada bahagian badan dan isang. Ia berbentuk seakan cincin bulat dan sangat mudah membiak dan menyerang ikan yang lain
– Ikan kelihatan berenang dengan pantas dan berpusing ligat.
– Lemah dan selalu menggeselkan bahagian badan dan insang pada objek yang keras
3. Penyakit parasite Chilanodela
Penyakit ini biasanya menyerang benih ikan talapia dan sangat mudah membiak.
– Ikan tidak tenang dan selalu menggeselkan badan dan insang pada objek.
– Kulit dan insang ikan yang terjangkit akan berwarna putih kelabu
4. Penyakit protozoa Ichthiopbodo
Bakteria ini sangat halus dan bergerak dengan pantas. Ianya kelihatan seperti bentuk bulat, leper atau buah pinggang.
– Ikan yang diserang menunjukkan tanda seperti selaput putih atau kelabu padan badan dan insang.
5. Penyakit daripada kutu ikan.
Kutu ikan biasanya akan menyerang ikan dengan menghisap nutrient pada tisu ikan
– Ikan menjadi lemah serta warna badan menjadi pucat memutih.
– Hilang selera makan sekilgus menyebabkan tumbesaran ikan terbantut.
– Menyebabkan ikan mahu melompat keluar daripda air
Langkah-langkah pencegahan awal penyakit ikan tilapia

Jika saya melihat ikan belaan ada yang sakit dan mati seperti tanda-tamda yang disenaraikan diatas, langkah pencegahan awal akan dilakukan seperti :

  • Buang terus ikan yang kelihatan lemah
  • Rendam ikan yang terjangkiti dengan air garam dan formalin. (baca di agrocycle.blobgspot.com untuk lebih lanjut tentang cara perawatan)
  • Tambah bubble oksigen jika larutan oksigen dalam air rendah
  • Kerap membersihkan kolam/akurium.
  • Kerap menambah air bersih dengan membuang separuh air kolam dan tambah air paip.
  • Tambahkan sedikit garam dalam air

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like