Review dan proses pembenihan ikan tilapia dengan menggunakan acrylic fish egg incubator. Selepas beberapa percubaan membuat incubator sendiri dan mendapatkan hasil yang tidak baik, cikna pada kali ini ingin mencuba pula incubator telur ikan yang dibeli dari shopee ini.
Penerangan acrylic fisg egg incubator
Gambar diatas menunjukkan 6 item yang cikna terima selepas pembelian iaitu:
- Floating pad
- Air pump bersama dengan bubble stone dan host
- Pipe dan L joint
- Acrylic cointainer
Diameter untuk container ini agak besar berbanding inkubator jenis yang lain. Jadi, ia lebih sesuai untuk digunakan mengeram telur ikan talapia yang memunyai kuantiti sehingga 500 biji. Dengan diameter 12cm dan ketinggian 10 cm, inkubator ini sangat besar ye compare dengan inkubator seperti di bawah.
Inkubator diatas hanya mempunyai dimensi 4. 6cm diameter dan ketinggian 25cm termasuk panjang paip untuk aliran air.
Dalam viideo diatas, telur ikan cikna sudah berusia 3 hari. Telur mula membentuk kepala dan ekor ikan.
Tips untuk penggunaan inkubator yang lebih baik
Tips ini hanyalah pendapat dari cikna dimana cikna upgrade sedikit inkubator ini untuk mendapatkan pusingan air yang lebih kuat.
Pada L join bahagian air keluar, cikna tambah satu lagi joint supaya air yang keluar turun pada tengan cointainer dan mendapatkan pergerakan air yang lebih sekata.
Lagi satu kelemahan inkuator ini ialah, jika air pump anda perlahan, air mungkin tidak akan dapat naik. Caranya ialah rendahkah paip L joint sehingga ke paras minimum dan rendahkan floating pad sehingga L joint kena pada mulut cointainer. Lihat video diatas bagaimanacara pemasangan cikna.
Dimana boleh didapati inkubator ini??
Macam biasa la, mostly semua barang yang cikna beli dari shopee. Sebab shopee je yang cikna pakai. Jadi kalau anda nak cuba inkubator ini, anda boleh tengok di laman shopee disini : shopee.com.my/fishincubator.
Harganya RM35, dan anda akan dapat barang seperti didalam gambar yang cikna tujuk atas sekali.
Untuk melihat hasil anak ikan daripada inkuator ini, anda boleh masuk ke link youtube diatas. Cikna akan upload dalam YouTube.
Sampai sini sahaja review cikna. Untuk apa-apa persoalannya, anda boleh tinggalkan komen dibawah ya. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.
Baca juga :
- Review : Pallet makanan ikan talapia yang terbaik
- Bela : cara beza jantina ikan tilapia
- Bela ikan Tilapia : makanan semulajadi alternatif
- Cara bela ikan talapia : Hanya 4 asas untuk ikan membiak
- Acrylic fish egg incubator review dan proses
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Ulasan eosika SIPL 1000C Hair Removal: Teknologi Laser Korea untuk Kulit Licin Tanpa Bulu
- Produk viral Wardah Colorfit Cream Blush : Cantik dan Pigment sangat kaler dia!
- Review Wardah flawless cover cushion : coverage dan touchup tanpa perlu foundation!
- Wardah mattifying powder VS velvet colorfit powder foundation?? Yang mana lebih sesuai?