Pallet makanan ikan talapia : Membela ikan talapia ialah salah satu hobi yang cikna lakukan dimasa lapang. Bela ikan talapia bukanlah secara besar-besaran (impian tu ada saja). Sekarang cikna hanya belal secara kecil-kecilan.
Minat membela ikan talapia bermula dan turun daripada arwah ayah cikna sendiri. Arwah ayah yang berasal dari Kampung Jelebu Negeri Sembilan, seorang anak kampung yang sangat minat menternak dan bercucuk tanam. Dari situ, minat mula tumbuh dengan sendirinya.
Pallet terbaik untuk ikan talapia
Pallet merupakan makanan utama untuk ikan belaan cikna. Pemberian pallet kepada ikan belaan cukup untuk menampung semua nutrisi yang diperlukan oleh ikan. Selain pemberian makanan alternatif semulajadi kepada ikan tilapia.
Baca sini untuk melihat : Bela ikan Tilapia : makanan semulajadi alternatif
Terdapat pelbagai jenis pallet ikan dipasaran sekarang dengan pelbagai brand yang akan menjadi pilihan anda. Untuk pemilihan pallet yang terbaik, cikna telah bereksperiment untuk melihat pallet mana yang menjadi kegemaran ikan kesangan cikna nih.
Secara mata kasarnya, ikan tilapia cikna lebih gemar kepada pallet yang berjenama SeaMaster. Kalau beri makna pallet dari jenis ini, ikan cepat je sambar makanan tu.
Lagi satu, ikan tilapia nih, kalau dia lapar sekejap je dah macam ikan pirana je.
Untuk mencari harga yang paling murah dishopee, cikna jumpa satu kedai nih dia jual untuk saiz kecil RM 7.58 per 500g. Manakala untuk saiz dewasa berharga RM12.58 sen per 1kg. Lihat di :
Pallet terbaik untuk ikan talapia : penerangan produk
Pallet makanan ikan talapia terbaik dari SeaMaster ini hanyalah pendapat daripada cikna sendiri. Cikna bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penjagaan dan penternakan ikan talapia. Jadi cikna sarankan, anda juga boleh berekperiment dengan pallet ikan untuk tengok mana yang lebih baik untuk ikan anda.
Ini antara kebaikan pallet seamaster :
- Tinggi kandungan protein sebagai sokongan kepada tumbesaran ikan yang sempurna dan pantas. (lebih 44% protein )
- Juga sesuai untuk ikan BETTA, GUPPY, TETRA, DISCUS, MOLLY, PLATTY, ANAK KELAH, ANAK AROWANA dan lain- lain Ikan tropikl.
- Sesuai untuk anak ikan sampai dewasa : Terdapat dalam 2 saiz yang berbeza mengikut kesesuaian umur ikan.
- Boleh bagi secara terus pada ikan.
- Membekalkan nutrisi yang seimbang kepada ikan-ikan.
Cara penyimpanan makanan ikan :
- Pastikan ia disimpan pada suhu bilik. Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh merosakkan pallet.
- Simpan didalam bekas yang kedap udara untuk mengelakkan daripada pallet makanan ikan masuk angin
Pengguna turut membaca :
- Cara bela ikan talapia : Hanya 4 asas untuk ikan membiak
- Bela : cara beza jantina ikan tilapia
- Bela ikan tilapia : fakta tentang ikan ini
- 5 Ikan yang sesuai dibela dalam akuarium hiasan
- eosika IPL Hair Removal SIPL-22X : review info
- eosika ipl hair removal review : Laser bulu buatan korea
- Produk viral Wardah Colorfit Cream Blush : Cantik dan Pigment sangat kaler dia!
- Review Wardah flawless cover cushion : coverage dan touchup tanpa perlu foundation!
- Wardah mattifying powder VS velvet colorfit powder foundation?? Yang mana lebih sesuai?
Baru nak berjinak2 bela ikan tilapia. Nak tahu tentang pemakanan / jadual makan berapa kali sehari? Minta tolong ajar ya. T.kasih
Biasa saya beri dua kali sehari iaitu pada belah pagi dan petang. Terima kasih