Tips penjagaan rambut..| Jika anda melihat iklan-iklan sympu yang menunjukkan rambut yang tebal dan bersinar. Terkadang iklan-iklan ini berlebihan yang pada hakikatnya rambut sebenar anda kebiasaannya nipis, kering atau berminyak.
Tetapi pakar penjagaan rambut berpendapat bahawa impian rambut yang sihat dapat menjadi kenyataan dengan perawatan rambut yang tepat. Didalam artikel ini, anda akan melihat senarai tips penjagaan rambut menjadi sihat, dan perkara yang perlu dielakkan supaya rambut tidak rosak.
Penjagaan rambut yang perlu dilakukan
1. Membasuh rambut secara berkala
Membasuhi rambut secara berkala dapat memastikan kulit kepala dan rambut anda bebas daripada kulit mati,kotoran dan minyak berlebihan. Walau bagaimanapun, frekuensi yang tepat bergantung kepada jenis rambut anda. Sekiranya anda mempunyai rambut yang sangat kering, hadkan pembasuhan kepada dua kali seminggu. Sekiranya anda mempunyai kulit kepala berminyak, membasuh rambut secara bergilir adalah digalakkan iaitu dua hari sekali atau setiap hari jika anda mengalami masaalah minyak dan peluh.
2. Gunakan syampu tanpa kimia
Banyak faktor persekitaran yang boleh merosakkan rambut anda yang tidak boleh anda kawal, tetapi anda boleh mengawal jenis syampu yang anda gunakan. Semakin sedikit bilangan bahan kimia dalam syampu anda, adalah semakin baik untuk rambut anda. Dapatkan syampu lembut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
Bahan sulfat dan paraben yang digunakna dalam syampu kebiasaan digunakan untuk pembersihan dan pemeliharaan, tetapi ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit dari masa ke semasa dan meningkatkan risiko gangguan hormon.
3. Gunakan conditioner rambut dengan betul
Conditioner rambut anda ada mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan rambut gugur. Conditioner melindungi dapat melindungi rambut anda dari persekitaran yang berdebu dan panas. Namun, ia hanya boleh digunakan pada hujung rambut dan bukan pada kulit kepala anda. Juga, pastikan anda membilasnya secara keseluruhan setelah diapply pada rambut.
4. Keringkan rambut anda secara semulajadi
Umum mengetahui bahawa hair dryer boleh menjadikan rambut anda cantik seperti idola di skrin tv. Tetapi angin panas yang berlebihan juga boleh merosakkan kulit kepala rambut anda.
Hadkan penggunaan hair dryer pada acara-acara penting, jika anda harus bergaya. Pengeringan udara atau pengeringan tuala selepas syampu adalah kaedah yang terbaik untuk rambut dan kulit kepala. Anda juga tidak digalakkan tidur dengan rambut basah atau sikat rambut ketika basah.
5. Penggunaan minyak rambut membantu menjadikan rambut yang sihat
Rawatan pra-syampu seperti sapuan dan urutan kepala dengan minyak rambut meningkatkan peredaran darah di kulit kepala, merehatkan otot anda, menyinar dan menyuburkan rambut. Ia juga mengembalikan kandungan kelembapan, membantu pertumbuhan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang pecah. Anda boleh memilih dari minyak kelapa, minyak badam, minyak zaitun, dan sejenisnya. Elakkan menggunakan minyak mineral pada rambut anda.
6. Gunakan penyikat rambut yang lebih lebar
Selepas syampu rambut lian pori pada kulit kepala akn terbuka. Jadi anda tidak digalakkan menyikat rambut selepas mandi. Biarkan rambut anda kering dan kemudian gunakan sikat bergigi lebar untuk menyikat rambut. Sikat seperti ini menghalang kerosakan dan mengurangkan keguguran.
7. Menggayakan rambut anda secara semulajadi
Siapa yang tidak menyukai alunan rambut yang cantik dan berombak sempurna? Anda juga boleh menggayakannya rambut beralun tanpa menggunakn hair drayer. Ini caranya:
8. Potong rambut secara berkala
Anda disarankan untuk mentrim rambut anda setiap 6-8 minggu untuk menghilangkan hujung rambut yang pecah. Hujung rambut yang bercabang boleh berpunca daripada cuaca yang panas, pencemaran, merokok, tekanan, penggunaan hair dryer yang kerap dan sebagainya. Pemotongan tidak secara ajaib menjadikan rambut tumbuh dengan lebih cepat. Pertumbuhan rambut berlaku pada kulit kepala, tetapi sedikit pemotongan memastikan rambut anda lebih sihat.
9. Perbanyakkan mengambilan air masak
Penghidratan dalaman ditambah dengan penghidratan luaran adalah kunci untuk rambut yang seimbang dan sihat. Anda mungkin menggunakan produk dan minyak penjagaan rambut yang menghidratkan, tetapi minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari dapat memastikan kesihatan rambut yang baik dan sihat.
10. Mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang
Rambut diperbuat daripada protein dan asid amino. Ia memerlukan pemakanan yang betul untuk tumbuh dengan baik dan mengekalkannya kesuburannya. Telur, beri, kacang, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau, ubi jalar adalah beberapa makanan hebat untuk rambut yang sihat.
11. Gunakan topi bagi yang free hair
Sama seperti cahaya matahari yang mempunyai kesan buruk pada kulit anda, ia juga berlaku pada rambut. Sinar matahari yang keras dapat menghilangkan kelembapan dari rambut menjadikan ia kering, rapuh dan rosak sepanjang masa. Gunakan topi semasa anda keluar untuk melindungi rambut anda dari kerosakan ini.
Selain itu, elakkan daripada rambut anda kerap terdedah dengan air yang berklorin. Air berklorin tidak baik untuk rambut anda.
12. Gunakan pembungkus rambut atau t-shirt lama anda
Jimatkan T-shirt lama anda untuk digunakan sebagai pengering rambut basah tanpa menyebabkan kerosakan pada rambut. Tuala tradisional kasar pada kutikula rambut anda dan merosakkan rambut anda dari masa ke masa.
Tips penjagaan rambut |
Baca juga :
- Apa motivasi anda untuk sentiasa menjaga kesihatan?
- 8 Tips untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik sepanjang tahun
- 8 Jenis diet dan penerangannya yang mungkin sesuai untuk anda cuba
- 4 Tips pemilihan snek sihat untuk simanja anda
- 6 Kesan kepada badan jika tidak mengambil gula selama sebulan
- 5 Tips melakukan aktiviti berbasikal didalam cuaca yang panas