Suhu air yang baik untuk ikan tilapia : Terdapat 5 parameter kualiti air yang perlu anda jaga jika anda seorang penternak. Iaitu suhu air, pH air, kuantiti ammonia air, kadar larut oksigen dalam air dan kekeruhan air.
Didalam artikel saya lebih berfokus kepada kepentingan menjaga suhu air sebab saya baru membeli heatter untuk akuarium.
Kegunaan heater akuarium
Pemanas akuarium merupakan salah satu alat yang penting kepada mereka yang mempunyai hobi bermain dengan akuarium.
Heater ini biasanya digunakan untuk menstabil suhu akuarium dari pilihan suhu anda antara 26-32 oC.
Untuk mencari heater yang baik anda perlu cari yang sesuai dengan kebesaran dan kedalaman air.
Saya sarankan korang beli heater yang anda lampu indicator yang menunjukkan heater sedang berfungsi. Selain itu, heater yang mempunyai lampu indicator akan automatik off atau on jika air sudah atau belum mencapai suhu yang di tetapkan.
Suhu air yang sesuai untuk ikan tilapia
Korang tahu tak? Suhu yang baik boleh menghalang ikan daripada mudah terkena penyakit seperti sakit tompokan putih.
Suhu air yang baik juga memainkan peranan yang penting kerana mempengaruhi kadar metabolis dan tumbesaran ikan. Selain itu ia juga berpengaruh terhadap kadar oksigen yang akan terlarut dalam air.
Fakta tentang suhu yang baik untuk ikan tilapia
- Ikan tilapia biasanya mampu untuk hidup dalam air yang bersuhu antara 14-38 oC.
- Suhu yang sesuai ketika proses inkubator telur adalah 25-37 oC.
- Manakala suhu yang paling optimum untuk pembiakan ialah antara 25-30 oC.
Kajian daripada gambar diatas menunjukkan bahawa suhu sangat penting dalam penghasilan telur ikan talapia. Suhu yang menghasilkan benih ikan yang paling banyak ialah antara 20-35 C.
Kepada korang yang menggunakan inkubator untuk telur ikan anda boleh setkan suhu tersebut untuk proses perkembangan telur yang lebih cepat.
Baca juga :
- Acrylic fish egg incubator : review dan proses telur ikan tilapia
- Review : Pallet makanan ikan talapia yang terbaik
- Cara bela ikan talapia : Hanya 4 asas untuk ikan membiak
- Bela ikan Tilapia : makanan semulajadi alternatif
Sumber info : https://www.dunia-perairan.com/2018/10/parameter-kualitas-air-untuk.html?m=1
Ikan talapia memang tidak asing lagi di Malaysia. Rasanya yang tersendiri dan tidak banyak tulang membuahkan lagi ramai penternak di Malaysia. Jadi, masih belum terlambat untuk anda mencuba membela ikan ini!
Lihat banyak lagi tips tentang ikan talapia di motivasinformasi.com.