Cara bela ikan talapia : Ikan talapia adalah ikan yang baik untuk di akuakultur pada suhu air sederhana. Mereka mudah dibiakkan, menggunakan berbagai jenis makanan semula jadi serta makanan buatan, senang bertahan dengan kualiti air yang buruk, dan membesar dengan cepat pada suhu yang hangat.

Sifat-sifat ini, bersama dengan kos input yang rendah, menjadikan ikan talapia sebagai ikan air tawar yang paling banyak dibiakkan di negara-negara tropika dan subtropika.

Cara bela ikan talapia
sumber : feednavigator.com
1.~ Perumahan

Perumah ikan talapia adalah mengikut kemampuan dan kapasiti yang anda mahu. Jika anda hanya mahu bela kecil-kecil atau sebagai ikan hiasan, yang anda perlukan adalah sebuah akuarium. Anda boleh gunakan saiz akuarium 4 kali atau lebih.

Jika anda mahu bela ikan ini sekeliling rumah secara kecil-kecil, orang sekarang banyak pakai polytank atau kolam kanvas.

Cara bela ikan talapia
sumber : google image

Jika pengalaman saya, saya hanya menggunakan tangki hitam yang sudah tidak digunakan lagi. Jika anda mempunyai tangki hitam ini, anda hanya menebuk lubang untuk paras overflow air yang bersesuai.

Kedudukan perumah ini boleh diletakkan sama ada didalam rumah atau diluar rumah. Kebiasaan orang yang bela ikan tilapia dalam tangki akan diletakkan di halaman depan atau belakang rumah.

Option perumah lain ialah kolam kanvas. Kolam kanvas mempunyai kos yang lebih kecil dan lebih ringan dan mudah untuk diubah alihkan tempat. Kolam kanvas juga memerlukan untuk anda membuat saluran overflow yang bersesuaian.

2.~ Kualiti Air

Ikan Talapia mempunyai ketahanan badan yang lebih tinggi daripada ikan air tawar yang lain.Terutama sekali terhadap kemasinan air yang tinggi, suhu air tinggi, oksigen terlarut rendah, dan kepekatan amonia yang tinggi.

Suhu air yang paling sesuai untuk pembesaran ikan Talapia ialah 50-520 celcius. Untuk tempat yang mempunyai iklim suhu ekstrim mungkin tidak sesuai untuk membela ikan jenis ini.

Air yang paling sesuai untuk ikan ini adalah saluran daripada air bukit atau air sungai. Kerana air daripada sumber ini sudah mempunyai nutrient dan oxygent terlarut yang bersesuai.

Tetapi, dirumah seperti saya yang tidak mempunyai sumber air semulajadi yang bersih. Saya hanya menggunakan air paip berklorin. Tetapi syaratnya, air ini hendaklah dibiar berpusing menggunakan pam filter selama 24 jam. Ini untuk klorin yang ada dalam air paip meruap keluar. Selain itu, Bakteria baik daripada filter akan membantu mempercepatkan lagi meneutralkan air.

3.~Pam air untuk memberi larutan oxygen

Untuk saiz tangki biasa yang diggunakan dirumah itu, saya hanya menggunakan pam air daripada jenama shanda. Shanda SDP 2800 dengan kapasiti 1800L/h sudah cukup kuat untuk memusingkan air didalam tangki.

Kebaikan lain menggunakan pam air ini ialah ia jimat sehingga 30% penggunaan kuasa elektrik. Dengan 1800L/h, pump ini hanya memerlukan 10.4watt kuasa. Sangat jimat bukan? Untuk melihat dan membuat perbandingan pam lain anda boleh lihat disini : shopee.com.my/shanda.

Larutan oxygen yang tinggi dan baik dapat membantu ikan anda membesar dengan lebih cepat.

Selain itu, Gunakan kapas filter akuarium untuk menapis sisa makanan dan najis ikan. Pentingnya kapas filter untuk menapis sisa makanan adalah untuk mengelakkan kuantiti amonia didalam.

Kandungan amonia yang tinggi didalam air boleh menyebabkan ikan mati. Solusinya ialah tambahkan suku daripada kolam dengan air paip baru untuk mengurangkan kandungan amonia didalam air.

4.~Pemakanan

Pemakanan ikan ini sangat mudah. Hanya perlu pallet ikan sahaja. Selain pallet, anda juga boleh beri kangkung liar kepada ikan Talapia.

Ikan Talapia merupakan pemangsa omnivar dimana ia boleh makan daripada tumbuhan seperti duckweed, algae, rumpai, anak ikan dan sebagainya.

Anda boleh memberikan pallet yang lebih tinggi protein untuk membantu pembesaran yang lebih pesat.

Kesimpulannya, cara bela ikan talapia sangat mudah. Pembesaran yang pesat dan pembiakan yang cepat membuatkan ikan ini tidak memerlukan banyak masa untuk dituai. Melihat pembesaran ikan ini yang cepat memang menyeronokkan. Itu sahajalah sedikit pengalaman saya tentang ikan ini.

Baca Bela ikan tilapia : fakta tentang ikan ini, untuk anda lebih memahami tentang ikan talapia. Jom lihat anak ikan talapia penulis yang hanya dibela didalam bilik.

Baca juga :

Info extra tentang ikan talapia bersama motivasinformasi.com
1. Keadaan cahaya rendah menjejaskan kelangsungan hidup tilapia dan ketahanan penyakit

Cahaya boleh menjejaskan kelangsungan hidup, pertumbuhan dan tindak balas imun ikan. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa pendedahan berterusan kepada cahaya intensiti rendah mengurangkan kadar kemandirian tilapia Nil tetapi merangsang daya tahan penyakit mereka.

Ikan tilapia dikenali sebagai model yang baik untuk menilai pengaruh faktor persekitaran terhadap ikan ternakan, kerana kebolehsuaian alam sekitar yang sangat kuat.

Cara bela ikan talapia
Sumber gambar : google image
Cahaya semulajadi membawa kepada keadaan air yang lebih optimum

Kandungan pH dan ammonia air akuakultur adalah jauh lebih rendah dalam kumpulan tanpa dan kurang cahaya berbanding cahaya semula jadi. Tahap nitrit dan jumlah fosforus adalah lebih tinggi tanpa cahaya atau sedikit cahaya berbanding dengan cahaya semula jadi.

Air dalam keadaan tanpa cahaya mempunyai bilangan bakteria heterotropik yang jauh lebih tinggi (mikroorganisma yang menggunakan karbon organik sebagai makanan seperti bakteria Vibrio dan koliform.)

Bilangan semua bakteria yang dikesan adalah paling rendah dalam kumpulan cahaya semula jadi, di mana pH adalah 8.1. Manakala didalam kumpulan tanpa cahaya dengan pH 7.5 mempunyai bilangan bakteria yang lebih tinggi. 

Secara kesimpulannya, air dengan pH 8 terbukti mempunyai kesan paling kuat dalam mengurangkan bakteria Vibrio dan koliform di dalam landungan air laut ~ penulis
Cara bela ikan talapia
Kolam tanah kan talapia – utusan Malaysia
Cara bela ikan talapia
Cahaya rendah mengurangakan kelangsungan hidup, tetapi meningkatkan imune pada penyakit

Kajian mendapati bahawa rawatan ikan talapia tanpa cahaya mengurangkan kadar survival ikan ini kepada 90.6% pada hari ke-15.

Ianya jauh lebih rendah daripada cahaya semula jadi. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang jelas dalam kajian kadar kelangsungan hidup antara kumpula sedikit cahaya dan 100% penggunaan cahaya semula jadi.

sumber gambar : google image

Ikan tilapia merupakan pemangsa visual, dimana ia memerlukan keamatan cahaya minimum untuk mencari makan dan membesar secara normal.

Keadaan yang gelap secara total membawa kepada perubahan mendadak dalam keadaan pembesaran dan persekitaran pertumbuhan, sekaligus mengurangkan kelangsuncngan hidup ~kata para penyelidik.

Walaupun cahaya intensiti rendah nampaknya mengurangkan kadar kemandirian kerana mengurangkan keupayaan ikan untuk menjalankan tingkah laku semula jadi, ia merangsang rintangan penyakit dalam tilapia Nil. Ekspresi gen yang berkaitan dengan imun adalah lebih tinggi dalam kumpulan tanpa cahaya dan kurang cahaya.

Adakah ikan talapia memerlukan cahaya pada waktu malam?
Adakah ikan tidur pada waktu malam?

sumber jaljeev.com

Cara ikan talapia tidur
gambar sekadar hiasan. Sumber : facebook.com

Pernah tak anda lihat ikan tidur? Sama seperti manusia, ikan juga memerlukan waktu untuk berehat dan tidur.

Mereka tidak memerlukan cahaya pada waktu malam kerana kegelapan diperlukan untuk berehat. Jika terdapat cahaya pada waktu malam, ikan anda akan sukar untuk tidur, sekaligus memberi tekanan kepada mereka.

Pencahayaan yang berlebihan juga menyebabkan pertumbuhan alga yang banyak, meningkatkan suhu air dan membantutkan pertumbuhan hidupan akuatik yang lain.

Jadi, ketika bilakah cahaya akan diperlukan pada waktu malam?

Pada waktu malam, jika ikan anda sedang bertelur, sakit, atau semasa memberi makan ikan pada mal hari, ketika inilah anda memerlukan pemberian cahaya kepada ikan-ikan anda.

Pencahayaan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan ekosistem yang sihat dalam akuarium. Walau bagaimanapun, menyalakan lampu pada waktu malam boleh membahayakan ikan.

Apakah lampu biru baik untuk ikan anda pada waktu malam?

Lampu biru merupakan cahaya yang optimum dimana ia tidak terlalu terang seperti lampu-lampu lain. Ia sangat sesuai untuk ikan peliharaan anda kerana ia tidak terlalu terang untuk mengganggu tidur mereka pada waktu malam.

Selain daripada itu, cahaya biru meyamai cahaya bulan. Jadi, ia boleh digunakan untuk membuat peralihan dari senja ke subuh dan sebaliknya.

Mencipta pencahayaan yang menyerupai persekitaran semula jadi ikan juga membantu mengawal tabiat pemakanan dan mengawan mereka.

Info ekstra : adakah ikan tidur dengan mata yang tertutup? 👀

Adakah anda terfikir samaada …

  • Ikan tidur dengan mata yang tertutup?
  • Ikan akan atau tidak tidur pada waktu siang?
  • Kenapa ikan sentiasa bergerak semasa ia tidur?

Jawapannya … 🐠🐠

BAGAIMANA ikan tidur? Jika anda mempunyai akuarium dengan ikan peliharan anda, anda pasti akan melihat ikan-ikan anda yang sentiasa berenang kehulur kehilir.

Mereka sentiasa berenang-renang. Ia boleh kelihatan seperti mereka tidak pernah berhenti. Tetapi ikan juga hidupan seperti manusia yang memerlukan rehat dari masa ke semasa.

Sebenarnya, mereka akan tidur! Jika anda memerhati ikan cukup lama, anda akan perasan bahawa sekali sekala mereka akan berehat. Terdapat tempoh masa yang pasti apabila mereka kelihatan berlegar di tempatnya, hampir seperti mereka sedang berkhayal. Tetapi mata mereka terbuka. Adakah mereka sedang tidur?

Jawapan mudahnya ialah ya! Mereka sedang tidur, dan mereka boleh tidur pada bila-bila masa pada waktu siang atau malam. Ikan memang tidur dengan mata terbuka, kerana mereka tidak mempunyai kelopak mata (kecuali beberapa jerung) untuk ditutup!

https://www.wonderopolis.org/wonder/do-fish-sleep-with-their-eyes-open

Tidur ikan tidak sama seperti kita, namun sekurang-kurangnya, mereka tidak menggunakan bantal. Mereka juga tidak mempunyai katil dengan cadar dan selimut! Bagi ikan, tidur lebih seperti tempoh rehat yang serupa dengan lamunan yang mungkin dialami oleh manusia.

Rujukan lain : thefishsite.com, Cara bela ikan talapia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like