2 September 2021. Sungai buloh Selangor. Penulisan hari ini tentang pengalaman cikna sebab tak dapat masuk mall kerana masih belum lengkap ambil vaksin 2 dos.

Sebelum tu, alhamdulillah alaa kulli haal. Terima kasih Allah masih bernafas dengan baik untuk menulis luahan dan coretan hari ini.

Hari ini menjadi hari untuk dijadikan coretan dalam artikel ini sebab selepas lama cikna tidak keluar, hari ini cikna keluar dari kepompong mencari rezeki. (hehehe..bukan rezeki pun, cuma jalan-jalan cari makan).

bunga ceria
Gambar sekadar hiasan. SUmber : google
Jalan-jalan cari makan dan ronda-ronda
bank islam gambar

Perjalanan yang disertai dengan abang, adik dan umi cikna sendiri. Tempat pertama yang kami singgah ialah bank islam dan kedai Ar-Rahnu gadai emas dan berlian.

SO, kami pun berpecah. Abang cikna dengan cikna pergi ke kedai Ar-Rahnu, manakala ibu dan adik cikna ke bank islam. Untuk pengetahuan, kedai ar-Rahnu dan bank islam cuma satu dereten bangunan kedai tu.

Selepas lebih kurang satu jam, urusan kami berempat pun selesai. Seterusnya kami berkumpul semula la dikereta.

OK, next tempat persinggahan kami ialah bank Maybank dan bank BSN . Pun sama. Kedua-dua bank ini hanya bersebelahan sahaja. Time nih, hanya ibu dan adik cikna sahaja yang pergi. Manakala kami berdua tunggu sahaja didalam kereta.

Teringin singgah kedai pakaian hari-hari
kedai pakaian hari-hari
sumber : foursquare.com

Sementara menunggu, cikna ternampak la kedai pakaian hari-hari dan kedai Tealive. Tiba-tiba terdetik dihati nak cari skirt pendek atau panjang untuk dipakai dalam rumah.

SO, cikna pun cakap dengan abang nak keluar sekejap singgah di kedai nih.

Then, bermula la kisah daripada tajuk diatas. Masa nak masuk didepan pintu kedai cikna dah terbaca sign bahawa hanya yang sudah divaksin 2 dos sahaja yang dibenarkan masuk.

Cikna pun tercegat je depan pintu tu. Sampaila ada sorang akak gojes nih datang dan angkat kening. Tapi belum pun sempat dia nak cakap apa-apa, cikna dah bagi soalan dulu.

cikna : “Kak, yang sudah lengkap 2 dos sahaja ke yang boleh masuk?”

Seller gojes : “ye dik! hanya yang sudah lengkap divaksin.”

Ok. sebenarnyakan cikna dah settle first dos vaksin. Yang second dos sedang otw. Dalam hati cikna bermonolog “kalau satu dos pun tak boleh masuk lagi ke? teringin nak cari skirt comel-comel nih”

Disebabkan cikna seorang yang semulajadi kalutnya, jadi tak sempat nak tanya kalau dah ada first dos vaksin tidak masuk ke. Jadi, kekecewaan pun bermula la dari situ. Itu baru kedai pakaian hari-hari. Mungkin lepas nih, 2 dos vaksin tu dah jadi macam ticket untuk masuk kemana-mana sekali pun kan?

Penutup coretan

Perjalanan hari ini tidak sampai situ saja. Cuma cikna nak simpan kenangan tidak dapat masuk kedai pakaian hari-hari sebab belum lengkap dua dos vaksin.

Secara ringkasnya, selepas ke kedai pakaian hari-hari, cikna singgah pula kekedai tealive bersebelahan dengannya. Lepas tu ke mall SB mall sg buloh. Kat sini kami cuma jalan-jalan cuci mata dan cari makan. Singgah juga ke bakers cottage. Eh! banyak lah singgah-singgahnya.

Wallahualam.

Baca juga :

http://www.hari.com.my/ms/about-us/, Tak dapat masuk mall 2 dos vaksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like