Kipas berdiri rosak tak berpusing : Baru-baru ini kipas berdiri cikna rosak. Dia bukan sahaja tak nak berpusing dah, bilah kipasnya pun tidak mahu berpusing. Tetapi, bila on kipas ada bunyi enjin motor dalam kipas tu.
Salah satu cara untuk cikna bagi dia berpusing ialah kena pusingkan sikit bilah kipas tu then baru dia akan berpusing balik. Tapi lepas beberapa waktu, makin lama kipas macam makin teruk rosak dia.
So, cikna minta bantuan abang untuk lihat-lihatkan kipas cikna yang sudah rosak nih. Sebenarnya, kipas nih memang usia dia dah lama sangat. Tapi yela, selagi boleh baiki kita baiki sajalah.

Abangku seorang yang mahir dalam bidang mechanical
Dipendekkan cerita, abang cikna pun mula operasi meleraikan setiap inci kepala kipas ini sebab nak tengok dimana tempat yang tidak kena.
Kalau dilihat dalam gambar diatas, kipas berdiri cikna tinggal otak dia je. Sebab abang cakpa motor dia sudah rosak. Dan dia suruh beli motor baru dishopee.
Rupanya, motor kipas nih ada banyak jenis. Dengan voltage berbeza saiz berbeza.

Daripada kajian cikna, apa yang perlu dicek semasa hendak menukar motor kipas baru ialah panjang rode rotor (Dalam rajah diatas 77mm). Panjang bearing (dalam rajah 20mm) dan panjang suiz on off pusingan kipas (dalam rajah 58mm).
Manakala perbezaan voltage yang digunakan daripada motor kipas saiz sederhana ini ialah 55W dan 60W. Pilihan voltage juga turut membantu anda untuk menjimatkan elektrik. Atau anda boleh pilih yang lebih voltage sedikit untuk kuasa kipas yang lebih kuat.
Update akan datang cikna akan tunjuk hasil menggunakan motor kipas yang baru yang cuma berharga RM 28-35 sahaja.
# Kipas berdiri rosak tak berpusing. Ganti motor kipas lama. Cara baiki kipas lama yang rosak. Motor kipas lama yang sudah haus. Kipas lama tidak mahu hidup
Pengguna turut baca :
- Review : kipas stand terbaik proSMK
- Review : kipas dinding terbaik Milux
- Air cooler terbaik : Review ELBA EAC-H6580RC(WH)
- Review + berapa lama ia bertahan : Wallflower Bath & Body Work
- eosika ipl hair removal review : Laser bulu buatan korea
- Ramalan dan waktu pengumuman kadar dividen 2022
- Sy berjaya dapat traffic blog 1000 pageview sehari dengan 5 tips berikut!
- Cara saya withdraw duit komisyen daripada involve asia 2022
- Pertama kali berjaya withdraw duit daripada affiliate marketing dengan involve asia!