Pengalaman dan kesan terima dose pertama vaksin pfizer : Sudahkah anda menerima suntikan vaksin virus covid 19 anda? Mengikut laporan daripada statistik perkembangan program imunisasi covid 19 kebangsaan di https://www.vaksincovid.gov.my/, seramai 21++ million rakyat malaysia yang sudah mendaftar untuk mengambil vaksin. Manakala 18 million rakyat Malaysia yang sudah menerima dose pertama vaksin.

kesan terima dose pertama vaksin pfizer
sumber gambar : google image
Pengalaman menerima dose pertama vaksin covid 19

22 Ogos 2021. Cikna dan sekeluarga telah menerima dose pertama vaksin covid 19 jenis Pfizer.

Sebelum itu, kami telah mendaftar dengan membawa ic dan nombor id mysejahtera ke klinik kesihatan yang berhampiran. Selang beberapa hari kemudian, abang cikna mendapat panggilan daripada pihak klinik untuk datang mendapatkan vaksin sebab ada satu kekosongan.

Selang beberapa minit kemudian, diorang suruh kami satu family pula datang. Maka kami siap-siap dengan segera terus ke klinik. Waktu tu jam menunjukkan pukul 3.30. Sedangkan slot vaksin di klinik kerajaan biasanya akan tutup jam 4petang.

Kenapa akan ada kekosongan?? Biasanya ia disebabkan oleh candidate asal tidak datang untuk mengambil suntikan. Atau sebab lain ialah mereka perlu cukupkan quota 6 orang untuk satu botol vaksin.

Procedure untuk menerima vaksin :

  1. Pastikan anda sudah mendaftar dengan mysejahtera.
  2. Anda akan disuruh mengisi borang persetujuan untuk menerima vaksin. Didalam borang turut ditanya jika anda ada penyakit lain,alahan, hamil atau sedang menyusu.
  3. Seterusnya seorang demi seorang akan berjumpa dengan doktor untuk disahkan kesihatan dan lain-lain.
  4. Kemudian perlu beratur untuk menerima suntikan. Sebelum itu nurse yang akan suntik akan inform yang anda akan menerima 3ml suntikan vaksin. Kemudian baru nurse tersebut suntik vaksin.
  5. Anda akan diletakkan satu tempat orang yang sudah menerima vaksin dan disuruh tunggu 15 minit untuk doktor lihat jika ada apa-apa kesan lain.
  6. AKhir sekali, nurse akan panggil nama anda untuk menerima sijil suntikan vaksin.
  7. Nurse disitu juga akan update nama pada mysejahtera seterusnya update tarikh suntikan dose kedua.
borang untuk menerima vaksin
Borang pengakuan vaksin halaman pertama
kesan terima dose pertama vaksin pfizer
sijil penerimaan vaksin covid 19 bahagian hadapan
sijil vaksin
sijil penerimaan vaksin covid 19 bahagian belakang
Kesan selepas menerima dose pertama vaksin covid 19

Alhamdulillah Allah permudahkan menerima vaksin. Kalau tidak sebelum ini terima temujanji vaksin di KL sana. Tetapi cikna terpaksa cancel sebab ketika itu cikna sedang sakit seperti simptom covid 19.

Bercerita tentang kesan selepas menerima vaksin, pendapat cikna setiap orang lain kesannya. Kerana ada yang kuat imunenya, ada yang lemah imunenya. Berikut ialah kesan yang dialami sendiri oleh cikna :

  • Sejurus selepas dicucuk, terasa panas pada bahagian tangan yang dicucuk
  • Keesokannya cikna mengalami demam yang teruk.
  • lenguh-lenguh satu badan terutama bahagian belakang badan dan kaki.
  • Pening kepala sehingga hari kedua.

Rasanya itu sahaja simptom selepas vaksin yang cikna alami. Tetapi daripada pembacaan cikna, ada yang sampai batuk-batuk, hilang deria rasa dan ada juga beberapa hari kemudian didapati positif virus ini.

Cara untuk merawat simptom ini cikna hanya mengambil 2 biji 500g ubat paracetemol tidak kisah samaada panadol atau uphamol. Malamnya, badan cikna sudah berpeluh kesan daripada ubat tersebut. Tetapi masih ada lenguh badan dan sakit kepala.

Oh ye, ketika cikna ambil vaksin ini, cikna sedang mengalami period yang heavy. Kesan vaksin kepada kitaran period cikna macam sedikit terganggu. Period cikna seperti keluar ketulan yang sangat besar kemudian diikuti darah yang sudah sangat cair. Wallahualam. Samaada ini kesan vaksin atau hanya perkara biasa.

kesan terima dose pertama vaksin pfizer

Pengguna turut membaca :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like