Ayahku pergi menghadap ilahi : mati itu pasti. Jodoh, rezeki, mati adalah sesuatu ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sungguh ia tidak akan terlambat atau tercepat sesaat pun.

Mati itu pasti. Janji Allah itu pasti bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Ia termasuklah segala makhluknya, manusia, haiwan tumbuhan dan seluruh isi didalam dunia ini. Lihat firman Allah berikut tentang ketetapan mati kepada semua makhluknya.

Ayahku pergi menghadap ilahi
sumber : google image
Firman Allah didalam kitabnya

Didalam 4 surah berikut, Allah menceritakan tentang ketetapan mati kepada setiap makhluknya yang bernyawa.

“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

surah al-A’raaf ayat 34

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”  

surah Ali Imran ayat 145

”Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).”

surah Az-Zumar ayat 30  

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” 

(surah Al-Jumu’ah: 8)

Secara ringkasnya, setiap kematian itu bermula daripada sebuah kehidupan, manakala setiap kehidupan itu pasti akan berakhir dengan kematian. Tiada satu pun didunia ini akan kekal selamanya kecuali atas izin Allah.

Perginya ayahku menghadap ilahi

Hari ini genaplah 7 hari pemergian ayah ku yang dikasihi. Perginya pada 16 Ogos 2021 tepat jam 5.28 pagi hari isnin.

Sungguh perit dan sedihnya hati ini kerana perginya ketika aku masih berperang dengan hati sendiri. Ketika aku sedang dalam duniaku yang gelap, ketika aku masih lara, kesusahan mengenang dosa-dosa lalu.

Segenap hati ini, sentiasa ingin membahagiakan ibu ayahku. Sentiasa ingin menyenangkanmu. Hati ini sentiasa bercita-cita untuk melakukan yang terbaik untuk dirimu. Tetapi diriku terlalu lemah, terlalu cetek ilmunya. Penyesalan hanya datang selepas pemergianmu wahai ayahku.

Ayahku ini seorang yang sangat bertanggungjawap. Seorang yang sangat tinggi sabarnya. Manakan dapat pengganti seperti beliau.

Semoga ayahku mendapat syurga Allah tanpa perlu dihisap.

Tetapi masih ku bersyukur, kerana Allah masih memberi ibuku untuk ku berbakti sepenuhnya. Untuk aku tunaikan hasratnya. InshaAllah.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sedangkan pemergian ayahku ini, ada 1001 hikmah yang tertulis untuk kebaikan kami dunia akhirat. Kerana Allah itu sifatnya Maha Mengetahui. Bukan saja-saja sesuatu perkara itu berlaku.

Ayahku meninggal asbab daripada jangkitan virus covid 19
covid 19 di malaysia
sumber : google image

Mati itu pasti. Tetapi sesuatu kematian itu pasti ada asbabnya. Ayah cikna meninggal kerana kesan daripada kerosakan yang dilakukan sendiri oleh virus yang sedang menular sekarang ini.

Hampir sebulan bertarung dengan virus ini. Tetapi pada ketika itu, perkhabaran daripada pihak hospital, virus covid 19 telah pun merosakkan hampir 75% daripada paru-parunya.

Ikhtiarnya, doktor telah memberikan 2 saluran pernafasan iaitu melalui hidung dan mulut sekaligus untuk membantu ayah cikna bernafas. Sekaligus memenuhi paru-paru dan darah mendapat bekalan oxigen yang bertepatan.

Ayah cikna dikategorikan sebagai pesakit stage 4 dan 5. Tetapi alternatif untuk menidurkan pesakit tidak dapat dilakukan kerana ayah cikna mempunyai penyakit kronik iaitu darah tinggi dan penyakit jantung. Jadi, doktor hanya memberi ubat penenang supaya beliau dapat berehat dan lebih tenang.

Sampai sini sahaja artikel atau boleh juga sebagai simpanan tulisan sebagai kenangan buat cikna sendiri.

Pengguna turut membaca berikut :

rujukan : http://pedoman4u.blogspot.com/2013/10/mati-itu-pasti.html, Ayahku pergi menghadap ilahi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like