Kata-Kata Motivasi : Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita akan memerlukan sedikit dorongan atau inspirasi untuk terus maju.
Kata-kata motivasi mempunyai kuasa yang luar biasa untuk membakar semangat, meningkatkan keyakinan diri, dan mengingatkan kita bahawa tiada perkara yang mustahil.
Berikut adalah 39 kata-kata motivasi yang mampu memberi semangat baru dalam hidup anda, membantu anda menghadapi cabaran, dan menggapai impian yang lebih besar.
Kata-kata motivasi ini adalah dikhaskan untuk pembaca yang sedang mengalami kegagalan, rasa putus asa dan rasa kecewa. Kepada anda yang sedang ‘down‘, janganlah pernah merasa menyerah terus kerana menerima satu, dua kegagalan dalam kehidupan anda. Malah jadikan ia sebagai penguat dan pendorong untuk anda lebih berjaya lagi.
![Kata-kata motivasi](https://www.motivasinformasi.com/wp-content/uploads/2020/12/10.19.jpg)
sumber gambar : google images
Kata-kata motivasi pembakar semangat :
#1 “Hanya Tuhan yang tidak akan gagal. Wajarlah jika kamu pernah gagal. Oleh itu, jangan pernah biarkan rasa kecewa menghentikan fikiran kamu untuk menemukan penyebab kegagalan.” |
2# “Jangan menyerah jika impianmu belum tercapai. Dengan semangat, kepercayaan, dan diiringi dengan doa, semua yang tidak mungkin boleh untuk ia terjadi.” |
3# “Tindakan boleh membuat kita terjatuh. Ada 1000 cara untuk bangkit.” |
4# “Jika anda gagal sepuluh kali, ingatlah bahawa ada orang yang telah gagal lima belas kali sebelum mencapai keberhasilan.” |
5# “Untuk menjadi maju tentulah banyak hambatan. Kecewa seminit dua minit boleh, tetapi setelah itu perlu bangkit kembali.” |
6# “Jangan pernah bersedih dari apa yang terjadi hari ini. Sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari.” |
7# “Jika jatuh, berdiri lagi. Jika kalah, mencuba lagi. Jika gagal, bangkit kembali. Begitulah perjuangan hidup sampai Tuhan berkata sudah “Waktunya Untuk Pulang”.” |
8# “Seseorang yang mampu bangkit setelah jatuh adalah orang yang lebih kuat daripada seseorang yang tidak pernah jatuh sama sekali.” |
9# “Percayalah kamu pasti boleh dan itu sudah setengah jalan keberhasilan.” |
10# “Apakah orang-orang berjaya pernah gagal? Mereka mungkin akan bertanya kembali, kegagalan keberapa yang kamu mahu dengar.” |
10# “Ketika gagal, banyak orang memilih menjadi angin taufan yang membuat orang lain susah. Jika kamu bijaksana, manfaatkan kegagalan itu sebagai sesuatu yang berguna bagi orang lain, seperti layaknya angin sepoi yang menyejukkan alam raya.” |
11# “Jauh lebih baik memiliki keberanian melakukan hal-hal yang hebat, untuk memenangkan kemenangan yang gemilang, meski terkadang menemui kegagalan daripada mereka yang tidak memiliki semangat juang, dan tidak menikmati atau mengalami banyak penderitaan kerana mereka hidup dalam senja yang tidak mengenal kemenangan atau kekalahan.” |
12# “Jiwa kamu mungkin rapuh saat mengalami kegagalan, tapi itu lebih baik daripada jiwa yang kosong kerana diam tidak pernah mencuba.” |
13# “Berjaya menjadikan kamu dikenal orang dan mendatangkan banyak rakan-rakan, sedangkan kegagalan menjadikan kamu lebih mengenal diri sendiri dan mengetahui siapa sahaja rakan sejati kamu.” |
14# “Bila kegagalan itu ibarat hujan, dan hasilnya ibarat matahari, maka keduanya diperlukan untuk melihat pelangi.” |
15# “Sebuah kekalahan mungkin disebabkan oleh 1% kegagalan. Tetapi kekalahan total terjadi saat kamu memutuskan untuk mengakhiri langkah dan TIDAK mahu belajar dari kegagalan itu.” |
16# “Kegagalan menghancurkan kesombongan, kegagalan membangkitkan kecerdasan, dan kegagalan membentuk kedewasaan.” |
17# “Di balik kegagalan terdapat dua keuntungan, yakni keuntungan untuk belajar menemukan cara lain dan keuntungan untuk memperkuat mental.” |
18# “Ketika beras gagal menjadi nasi, maka buatlah ia menjadi bubur yang enak.” |
19# “Kejayaan berjalan dari sebuah kegagalan ke sebuah kegagalan tanpa kehilangan rasa antusiasme.” |
20# “Berjaya berjalan dari satu kegagalan ke kegagalan yang lain, tanpa kita kehilangan semangat.” |
21# “Banyak kegagalan dalam hidup, mereka tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan saat mereka menyerah.” |
22# “Bangun berjaya dari kegagalan. Keputusasaan dan kegagalan adalah dua batu loncatan yang paling buruk menuju kegagalan.” |
23# “Jangan takut salah. Kamu akan tahu mengenai kegagalan. Teruskanlah usahamu.” |
24# “Adalah baik untuk meraikan kejayaan, tetapi adalah lebih penting untuk mengambil pelajaran dari kegagalan.” |
25# “Kejayaan adalah 99% kegagalan.” |
26# “Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencuba sesuatu.” |
27# “Tidak penting berapa kali kamu gagal. Tidak penting berapa kali kamu menyelesaikannya dengan benar. Tidak ada yang ingin tahu atau peduli dengan kegagalan kamu, dan begitu pula kamu. Yang perlu kamu lakukan hanyalah belajar dari kegagalan itu dan dari orang-orang di sekitar kamu. Yang penting dalam bissnes, kamu pernah meraih kejayaan sekali sahaja. Maka, semua orang dapat mengatakan betapa beruntungnya kamu.” |
28# “Aku tidak pernah memikirkan tentang kegagalan, tetapi saat ini itu terjadi, satu hal yang dapat dilakukan adalah melakukannya dengan baik. Itu kewajibanku untuk orang-orang yang percaya kepadaku. Kita semua mengalami kegagalan dalam hidup.” – Muhammad Ali |
29# “Bagaimana Anda menghadapi kegagalan akan menentukan bagaimana anda meraih kejayaan.” – David Feherty |
30# “Menyerah dan melihat pada keburukan hanya akan memperlambatkan perjalananmu menuju kejayaan. Buka matamu, hadapi dunia, tunjukkan bahawa kamu juga boleh melakukannya.” |
31# Keberhasilan itu adalah sebuah titik kecil yang berada di puncak gunung kegagalan. Maka kalau mahu berjaya, carilah kegagalan sebanyak mungkin.” – Bob Sadino. |
32# “Semalam kamu mungkin gagal. Tetapi hari ini, lakukan yang terbaik, agar esoknya kamu boleh meraih hasilnya.” |
33# “Satu-satunya penyesalan yang muncul kerana kegagalan adalah menyesal kerana tidak belajar dari kegagalan tersebut.” |
34# “Kejayaan kita di masa depan jauh lebih penting dibandingkan kegagalan kita di masa lalu.” |
35# “Di dunia ini tidak ada yang abadi, begitupun dengan kesengsaraan, dengan berjalannya waktu ia akan tergantikan dengan kebahagiaan.” |
36# “Kita mungkin bisa tersandung dan jatuh, tetapi akan bangkit kembali, itu lebih baik ketika kita lari dari pertempuran.” |
37# “Kamu memiliki kekuatan dalam diri sendiri untuk bangkit atas apapun yang saat ini sedang berusaha menjatuhkan kamu.” |
38# “Meratapi dan menyesali masa lalu tidak akan mengubah apapun. Bangkit dan perbaiki setiap kesalahan yang ada.” |
39# “Mulailah dengan melakukan apa yang perlu, lalu apa yang mungkin, dan tiba-tiba kamu melakukan hal yang tidak mungkin.” |
Kesimpulan
Kata-kata motivasi ini bukan hanya sekadar ayat-ayat kosong. Mereka adalah peringatan bahawa kita mempunyai segala kekuatan untuk mengatasi cabaran dan menggapai impian kita.
Setiap langkah kecil yang kita ambil, setiap keputusan untuk tidak menyerah, adalah langkah yang berterusan untuk kejayaan.
Jangan biarkan kegagalan atau cabaran menghentikan anda. Ambil kata-kata ini sebagai semangat dan motivasi untuk terus maju, mengejar impian, dan menjadi yang terbaik dalam segala yang anda kerjakan!
Rujukan : motivasi
Anda juga berminat baca :
[…] Baca juga : Kata-kata motivasi menjadi pembakar semangat […]