Animasi kartun : Idea animasi kali ini saya ingin menunjulkan rumah tradisional melayu Puteri Kayang. Animasi yang saya buat bukanlah sepenuhnya daripada kotak pemikiran sendiri. Sebagai seorang yang bukan professional dalam bidang animasi, saya mengamil rujukan daripada tempat seperti pinterest, cerita kartun kanak-kanak seperti Wolfoo channel dan sebagainya.
Synfiq animation software
Synfiq animation software merupakan software yang saya gunakan untuk membuat animasi. Manakala VSDC video editor saya gunakan untuk lain-lain olah pada video ini.
Synfiq animation saya pelajari dari laman Youtube. Terdapat banyak tutorial-tutorial yang anda boleh buat rujukan. Saya mengambil masa 6 bulan secara on off untuk belajar dan menguasai software animation. Untuk memahami Software ini memerlukan kekerapan latihan dan praktis yang banyak.
Jika anda sudah memahami konsep animasi dalam software ini, untuk software-software animasi yang lain akan menjadi mudah kerana kebanyakan software animasi menggunakan konsep yang lebih kurang.
Idea animasi hanya menampilkan Puteri Kayang yang melambai daripada tingkap tradisional rumahnya. Lalu berjalan keluar rumah melalui tingkap.
Selepas keluar, Puteri Kayang berjalan menunjukkan bunga yang tumbuh dihalaman rumahnya. Lalu memetik sekuntum bunga. Selepas dipetik, bunga tersebut terbang dibawa angin.
Masa yang diambil untuk animasi 1 minit ini adalah selama 5 hari.
Pergerakkan didalam animasi
Pergerakakn pertama di dalam idea animasi kartun ini ialah pergerakan awan yang bergerak serentak kekiri dan kekanan. Manakala matahari diputarkan 30 degree dan -30 degree. Pergerakan hanya diulang.
Asas pergerakan tangan dan kaki hanya dirotate beberapa degree.
Lihat animasi rumah tradisional Puteri Kayang disini :
Jika anda mahu lihat banyak lagi koleksi animasi yang saya buat sendiri, anda boleh subscribe pada channel diatas. Terima kasih untuk like dan comment yang membina.
Sebelum ni pun ada 2 3 video animasi yang saya buat menggunakan synfiq animation, tetapi semua gagal dan kelihatan huduh. Haha. InshaAllah keep practice and never give up untuk terus menghasilkan animasi yang comel-comel dan kelakar.
Baca juga :
Bagaimana animasi membantu otak belajar dan mengingat?
Channel youtube boleh dilihat disini :