Memasukkan Video TikTok ke Dalam WordPress..| TikTok metupakan sebuah platform yang semakin popular dengan pelbagai jenis video menarik, daripada tutorial, cabaran, sehingga kandungan hiburan.
Jika anda seorang blogger atau pemilik laman web, menyematkan (embed) video TikTok ke dalam blog atau laman web WordPres boleh memberi nilai tambahan kepada kandungan anda dan menarik lebih banyak pengunjung.
Tidak perlu risau lagi, anda tidak perlu menjadi seorang pakar teknikal untuk melakukannya. Anda hanya perlu copy dan paste pautan video TikTok!
Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan langkah-langkah mudah untuk menyematkan video TikTok ke dalam blog WordPress anda dengan cara yang sangat mudah.

sumber : google image
wordpress tidak boleh baca URL original tiktok
Kesilapan utama yang kami buat semasa percubaan untuk mengembed video daripada tiktok ialah kamj menyalin URL daripada aplikasj Tiktok sendiri dan terus pastekan kedalam wordpress.
Cara begini tidak akan membantu menyelesaikan masalah anda!
Jika anda baca daripada Google sekali pon, mereka hanya akan mention untuk anda copy URL kemudian paste sahaja kedalam wordpress. Kami dah cuba 10 kali dan macam-macam plugin dah download.
RUPA-RUPANYAAA….
Cara memasukkan video tiktok kedalam wordpress dengan betul
OK. Macam ini cara yang betul kalau anda mahu embedkan video Tiktok kedalam wordpress.
1. Copy URL
Pertama sekali seperti biasa anda perlu copy URL dia. Masuk je dalam apps Tiktok tu, then tekan 🔹🔹🔹 3 dot bawah tu kemudian tekan copy link sahaja. Rujuk gambar bawah ni 👇🏻👇🏻

2. Pastekan URL kedalam chrome atau Google
Selepas dah copy URL daripada original Tiktok, anda pastekan URL tu kat dalam carian chrome, google atau bar carian mana-manalah. Kemudian tekan ENTER.
Kemudian, dia akan keluar video tiktok dalam bentuk website punya. Anda boleh rujuk gambar dibawah.

Gambar 2. sumber : https://vt.tiktok.com/ZSRWfF6qn/
3. Copy URL daripada chrome
Rujuk daripada gambar 2 diatas, anda hanya perlu copy je URL yang dah diconvert jadi satu link baru daripada chrome..
Last sekali anda perlh paste je ke dalam wordpress anda macam biasa. Secara automatik wordpress akan baca link tersebut dan embedkan dan baca link tersebut sebagai video tiktok.
Tengok hasil dia selepas di pastekan kedalam wordpress macam biasa dekat video bawah ni. 👇🏻👇🏻
https://www.tiktok.com/@sad_queen92h/video/7153598876761476379
plugin yang sesuai untuk embed video tiktok
Jika wordpress anda masih degil tidak mahu baca link baru yang anda dah sediakan tu. Anda boleh cuba install dua plugin khas untuk embedkan video tiktok.
Dalam carian plugin installer, hanya perlu taip tiktok dan anda cari gambar plugin tiktok macam dalam gambar 3 dibawah.

Gambar 3 | Cara memasukkan Video TikTok ke Dalam WordPress
Kelebihan Menyematkan Video TikTok di Blog Anda
- Mampu Menarik Trafik Lebih Banyak: Menambah video TikTok yang menarik dan relevan boleh menarik lebih banyak pengunjung ke blog anda. Video adalah salah satu bentuk kandungan yang paling mudah dikongsi dan boleh menjangkau audiens yang lebih luas.
- Meningkatkan Penglibatan Pembaca: Video yang menarik dapat meningkatkan masa yang dihabiskan pembaca di blog anda. Ini boleh mengurangkan kadar pengeluaran dan meningkatkan interaksi dengan kandungan anda.
- Lebih Interaktif: Dengan video, anda memberikan kandungan yang lebih interaktif dan dinamik, yang dapat meningkatkan pengalaman pembaca dan membuat blog anda kelihatan lebih menarik.
Tips Berguna untuk anda
- Pilih Video yang Berkaitan dengan Kandungan Anda: Pastikan anda memilih video TikTok yang relevan dengan topik atau artikel anda. Ini membantu menambah nilai dan memberikan pembaca pengalaman yang lebih berfokus.
- Jaga Kualiti Video: Pilih video TikTok yang mempunyai kualiti yang tinggi, baik dari segi visual dan audio, bagi memastikan pengalaman yang terbaik untuk pembaca.
- Tidak Terlalu Banya Video: Pastikan anda tidak memasukkan terlalu banyak video dalam satu-satu artikel kerana ia boleh melambatkan kelajuan permuatan halaman (loading speed) blog anda.
Kesimpulannya
Meletakkan video TikTok ke dalam WordPress adalah cara yang sangat mudah dan cepat untuk menambah dimensi baru pada kandungan blog.
Dengan hanya copy dan paste pautan video TikTok, anda sudah boleh membawa lebih banyak interaksi, meningkatkan pengalaman pembaca, dan menjadikan blog anda lebih menarik.
Jadi, jika anda belum mencuba, inilah masanya untuk memanfaatkan peluang ini! Cuma pastikan video yang anda masukkan memberi nilai tambah kepada kandungan dan relevan dengan penonton anda. Selamat mencuba dan semoga blog anda semakin berjaya!
Baca juga :
- Berapa lama pin google adsense akan sampai – Malaysia
- semua tentang berblogging didalam blog ini : Blogging
- Jangan buat 7 perkara ini kalau taknak kena banned dengan Tiktok