Blogging

Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!

Berjaya keluar duit daripada Google Adsense..| Bermula dengan hanya beberapa sen dollar sahaja, sekarang buat pertama kalinya berjaya cashout duit daripada Google Adsense!!

Biasa awal-awal dulu hanya mampu tengok je blogger-blogger yang dah berjaya keluar duit daripada Google Adsense. Now, macam xpercaya yang sy pon mampu untuk berjaya benda yang sama!!

Permulaan pendapatan
Gambar 1

Kalau korang tengok gambar 1 diatas, rata-rata earnings harian adalah purata 0.15$ sahaja tau.

Teramatlah sikit kalau nak tunggu minimum cashout 100$ habis berapa lama nak tunggukan??

Hampir setahun jugaklah pendapatan awal harian daripada Google Adsense hanya beberapa sen sahaja. Seriusly rasa nak giveup taw masa ni.

Korang boleh baca kat bawah ni entri pasal pendapatan Google Adsense ni selepas 6 bulan. Kalau tulisan merapu sikit tu sorry la ek, kita newbie jee.

Baca juga : Pendapatan Google Adsense selepas 6 bulan blogger pemula

Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!

Alhamdulillahh~~

walaupon dah puas rasa nak giveup dengan blogging, akhirnya buat pertama kalinya berjaya jugak keluarkan duit hasil daripada berblogging ni.

Mula-mula macam tak percaya taw, yela, sapa je nak bagi free2 je duit 500 tu.

Sy tak de gambar masa awal2 sebelum nak cashout tu, tapi kalau korang tengok gambar kat bawah ni, korang boleh tengok dalam petak merah bawah tu, last payment dah berjaya keluarkan 108$. Bukan RM taw, tapi Dollarrr.

Berjaya keluar duit daripada Google Adsense
sebahagian gambar terpaksa ditutup sebab Google Adsense tidak membenarkan perkongsian pendapatan harian
berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mencapai 100$ pertama??

Tempoh untuk mencapai 100$ pertama berbeza mengikut individu. Ada yang cepat dan ada juga yang mengambil masa yang sangat lama.

Biasanya yang cepat ni adalah blogger yang sangat aktif atau yang sudah femes dan dah pon mempunyai pengikut yang ramai.

Tetapi, bagi blogger newbie macam sy ni, untuk mencapai 100$ pertama mengambil masa selama 1 tahun 6 bulan~

Ketika mencapai amount minimum cashout ni, bilangan posting pada ketika itu adalah 4++. Korang bayangkan berapa banyak masa yang diambil untuk menghasilkan 400 ++ postingan tersebut?

motivasi yang membantu untuk mencapai 100$ pertama??
Gambar sekadar hiasan. sumber : Google

Selain suka mencuba sesuatu yang baru, blog ini dibuat kerana ketika itu sy baru sahaja menjadi seorang penganggur. Kira-kira tahun 2020 masa tu covid baru je landing kat Malaysia ni.

Menunggu setahun setengah untuk berjaya mendapatkan hasil daripada berblogging ni bukanlah sesuatu yang mudah.

one thing that i need to admit “giveup is my passion”

Ya, rasa giveup itu memang sentiasa ada. Sebab berblogging untuk menjana income dan hanya bermodalkan guru daripada Google, giveup tu sampai dah tak terkira dah banyaknya. Memang akan sentiasa rasa ank giveup buat benda ni. Memang sentiasa akan rasa benda ni tidak mungkin akan mendatangkan hasil.

Tetapi apa yang lebih penting daripada giveup ialah :

BANGKIT SEMULA SELEPAS GIVEUP. REDO. REMAKE. AND KEEP DO IT

Inilah saya, selepas giveup seminggu lepas tu akan semangat balik nak buat. Orang cakap “never giveup after giveup“.

suka baca kejayaan blogger lain yang dah berjaya

Ini yang selalu buat semangat sy melonjak balik selepas lama menyepi.

Baca dan terus baca artikel daripada blogger lain yang dah berjaya dengan blog-blog ni. Kalau korang baca artikel tentang kejayaan mereka ni, automatik korang akan bersemangat lagi nak cuba dapatkan 100$ pertama korang.

Gambar sekadar hiasan. sumber : google image

Selain membaca kejayaan blogger-blogger lain ni, korang juga boleh membentuk satu relationship dengan mereka yang dah berjaya ni.

Dan kalau korang ada apa-apa masalah semasa baru nak membentuk blog, korang boleh ajukan apa-apa persoalan kepada mereka ni.

Sebab itulah pentingnya membaca kejayaan daripada blogger yang dah berjaya. Kerana selain berkongsi kejayaan, mereka turut berkongsi kegagalan dan kesukaran yang mereka hadapi yang mungkin boleh memudahkan lagi korang untuk lebih cepat berjaya.

purata view harian ketika berjaya terkumpul 100$ pertama

Sori yaa korang, blogger tak bertauliah macam nilah, ceritanya melompat-lompat. haha.

Untuk blog motivasinformasi.com, purata harian page view hanyalah 400 ++sahaja. Terlalu sikit bukan? Bukan sebab inilah blog saya mengambil masa yang agak lama untuk mencapat 100$ pertama.

Tapi inshaAllah selepas ini target kite nak capai 1000 page view sehari. InshaAllah, akan terus diusahakan sehingga mencapai apa yang dihajati.

Sama jugak macam korang, teruskan usaha dan jangan pernah berputus asa untuk mencapai korang punya 100$ pertama daripada berblogging.

Mungkin korang minat juga nak baca :

*Untuk sebarang pertanyaan dan pendapat lain, korang boleh tinggalkan diruangan komen dibawah.

Masuk sini untuk permohonan pertama Google Adsense anda : https://www.google.com/adsense/start/

2 Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like