Tips kekal sihat ketika usia meningkat..| Kesihatan yang dari muda sehingga menjangkau usia yang lebih tua pasti menjadi idaman setiap orang.
Untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik pada usia yang lebih tua, caranya hanya satu. Iaitu menjaga kesihatan sedari usia masih remaja lagi.
Berusia dengan lebih anggun
Apa yang dimaksudkan dengan berusia dengan lebih anggun? Berusia dengan lebih anggun bukanlah bercerita tentang cara untuk kelihatan cantik seperti 20 an.
Tetapi ianya tentang menjalani kehidupan terbaik anda dan mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik untuk anda nikmati.
Contohnya seperti haiwan peliharaan anda. Semakin anda menjaga ia dengan baik, semakin ia berkembang dengan lebih sihat dan kuat.
Jadi, jom ikuti beberapa tips berikut yang anda perlu amalkan untuk masa penuaan yang lebih sihat dan baik.
12 Tips supaya kekal sihat dan cergas ketika usia semakin meningkat
1. Berbuat baik kepada kulit anda
Kulit merupakan organ yang paling besar pada tubuh manusia.
Untuk membuatkan kulit anda kelihatan dan berfungsi dengan paling baik, amalkan seperti berikut :
- Gunakan pelembap pelindung matahari secara konsisten
- Dapatkan rawatan untuk cek kancer kulit secara tahunan
- Konsisten dengan produk anti penuaan
- Pastikan kulit sentiasa terhidrasi dengan air yang mencukupi
2. Bersenam
Bersenam sangat penting untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran tubuh anda.
Pastikan anda mendapat 2.5-5 jam masa senaman setiap minggu.
Antara senaman ringkas yang anda boleh lakukan ialah :
- Berjogging
- Stretching muscle
- Senam Aerobik
- Lompat tali skipping
- Menari
- Berbasikal
3. Perhatikan diet anda
Menjaga diet pemakanan dengan baik adalah indeks yang paling penting untuk berusia dengan anggun.
Diet disini bukanlah bermaksud anda perlu diet yang keras untuk kurus, tetapi diet dimana mengimbangkan nutrisi harian anda dengan mengambil lebih banyak sayuran dan buahan.
Makanan yang perlu anda elakkan ialah :
- Elakkan menggunakan minyak tepu untuk memasak
- Kurangkan pengambilan makanan segera atau “processed food”
- Kurangkan gula dalam diet harian
4. Pentingnya menjaga kesihatan mental
Menjadi gembira dan menurunkan kadar stress adalah salah satu cara jangka panjang untuk membentuk masa tua yang lebih gembira.
Antara perkarayang boleh membantu anda rasa gembira ialah :
- Keluar bersama kawan-kawan atau bercuti bersama keluarga sebulan sekali.
- Terima diri anda seadanya dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
- Berkongsi dan mendengar pendapat tentang masaalah yang anda hadapi.
- Ciptakan hobi yang anda minati dan lakukan dengan sepenuh hati.
5. Pastikan badan anda kekal aktif
Jika anda seorang yang sukar untuk bergerak, sentiasa pastikan badan anda membuat pergerakan minimum ke maximum.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah berjalan, mendaki gunung dan senaman kecil untuk setiap otot pada tubuh anda.
6. Kurangkan stress yang selalu menimpa
Kesan stress kepada badan anda akan sangat memburukkan dari menyebabkan badan anda kelesuan hinggalah kepada masaalah jantung.
Terdapat beberapa cara yang terbukti dapat melegakan tekanan, ia termasuk :
- Menggunakan teknik relaksasi, seperti meditasi, senaman pernafasan, dan yoga
- Bersenam
- Mendapat tidur yang mencukupi
- Dan bercakap dengan kawan
7. Berhenti merokok jika anda seorang perokok
Umum mengetahui merokok itu sangat berbahaya kepada kesihatan jantung dan paru-paru.
Jika anda ingin berhenti merokok, terdapat banyak method yang boleh dicuba seperti mengunyah gula-gula getah dan mengambil gula-gula berperisa peppermint.
8. Mendapatkan tidur yang secukupnya
Tidur yang secukupnya sangat penting kepada semua orang.
Antara kebaikan tidur yang cukup ialah :
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
- Mengurangkan tekanan dan kemurungan
- Mengurangkan risiko obesiti
- Mengurangkan keradangan
- Meningkatkan fokus
9. Mencari hobi baru
Beri keseimbangan antara masa kerja dan masa bergembira bersama keluarga adalah sangat penting.
Jika anda seorang yang berkeluarga, ajaklah anak-anak dan isteri anda untuk bersama-sama menjelajah kealam hijau.
Tetapi jika anda masih solo, luangkan dan cuba sesuatu yang baru yang tidak memberi mudarat kepada anda.
10. Fokus pada sesuatu yang sudah anda
“Jangan dikenang barang atau mereka yang sudah tiada”
Untuk memberi minda anda lebih fokus dan tenang, anda perlulah lebih fokus kepada apa yang anda ada sekarang.
Elakkan daripada terus memberi tekanan kepada minda dengan perkara yang sudah berlaku atau akan berlaku.
11. Minum air secukupnya
Minum air yang mencukupi dapat membantu memastikan anda tetap teratur dan meningkatkan tahap tenaga dan fungsi otak.
Secara kebetulan, ia juga telah terbukti untuk membantu memberikan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan dan melambatkan tanda-tanda penuaan.
12. Berjumpa doktor untuk melakukan medical checkup dengan kerap
Lakukan medical checkup setahun sekali untuk memastikan kesihatan dalaman anda sentiasa baik.
Antara kebaikan lain melakukan medical checkup ialah jika terdapat suatu penyakit dalaman, anda mampu untuk merawat dan mencegahnya dengan lebih awal.
Baca juga :
- 100 tips kesihatan diri untuk idea pembacaan anda – blog
- Cara mendapatkan minda yang sihat dan positif
- Rakyat Malaysia diancam masalah kesihatan mental
- Berapa lama badan manusia mampu tahan kencing
Rujukan info : healthline.com, hmetro.com
[…] Bava juga : 12 Tips supaya kekal sihat dan cergas ketika usia semakin meningkat […]