Review kipas dinding terbaik Milux : Kipas dinding merupakan kipas yang tiada stand/kaki dan melekat pada dinding. Jadi kipas ini hanya boleh diletakkan pada satu-satu tempat dan tidak boleh dialih-alih. Kipas dinding terdapat dalam pelbagai jenama, design dan kegunaan.
Salah satu kipas dinding terbaik yang cikna gunakan dirumah ialah kipas dinding daripada jenama Milux. Modelnya ialah kipas industri berat Milux MIWF-28.
Review kipas dinding terbaik Milux : penerangan produk
Kipas dinding Milux menghasilkan angin yang kuat. Ini disebabkan penggunaan bilah kipasnya yang terbuat daripada Aluminium. Kebanyakan kipas yang lain menggunakan bilah plastik bukan? Jom lihat penerangan kipas ini dalam jadual dibawah.
Penerangan produk | label |
---|---|
Tempat penggunaan | Dinding dan siling rumah |
Siaz bilah kipas | 18 inches |
Kelajuan kipas | 3 jenis |
Penggunaan kuasa | 90 W |
Jenis waranti | waranti pengilang |
Bilangan bilah kipas | 3 bilah |
Saiz | 520 x 160 x 520 mm |
Kipas dinding terbaik daripada Milux ini mempunyai waranti daripada pengilang selama 12 bulan atau 1 tahun. Jadi dalam masa 1 tahun jika berlaku sebarang mulfunction atau kerosakan, anda boleh hantar semula pada kedai / agen yang anda beli untuk menggunakan waranti anda yang masih aktif.
Cikna sudah pakai kipas ini selama lebih 2 tahun. Tetapi sampai sekarang, kipas masih dalam keadaan baik dan berfungsi dengan elok. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan kipas ini.
Kebaikan lain yang terdapat pada kipas ini ialah pusingan ayunannya yang sangat lancar. Ia mempunyai motor yang berkualiti dan tahan lama. Dengan fius keselamatan termal kipas ini lebih selamat untuk digunakan pada jangka masa yang lama
Cara mendapatkan kipas dinding Milux
Macam biasa terdapat dua cara untuk anda dapatkan kipas dinding ini. Sama ada anda terus walk in pada mana-mana kedai elektrik atau anda beli dalam secara atas talian.
Anda juga boleh dapatkan di kedai shopee dengan kedai yang ada tag MALL atau preferred. Kerana ia mempunyai review dan rating yang lebih baik. Di shopee.com.my/Milux anda boleh dapatkan kipas dinding terbaik ini dengan harga serendah RM 177.00.
Klik disini untuk melihat dan bandingkan harga di shopee :
Cara pasang dan bersihkan kipas dinding Milux
Pemasangan kipas dinding Milux ialah dengan terus diskru pada dinding. Jadi anda memerlukan driller skru untuk melekatkan kipas pada dinding.
Sama juga halnya untuk membersihkan habuk pada kipas dan bilahnya. Kipas dinding ini mempunyai keselamatan yang sangat ketat kerana untuk membuka kipas dan bilah anda memerlukan skru driver. Ciri ini disertakan kerana ia mempunyai bilah aluminium yang kuat untuk menghasilkan pergerakan angin yang lembut.
Selamat menggunakan kipas dinding terbaik ini. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan kipas dinding lain untuk mencari yang terbaik.
Pengguna juga membaca artikel ini :
- Review Realme buds wireless : earbuds untuk aktiviti lasak
- Review : Khind 2L Heavy Duty Blender BL2000P
- Review : vacuum cleaner philips powerpro compact 5 tanpa beg
- eosika IPL Hair Removal SIPL-22X : review info
- eosika ipl hair removal review : Laser bulu buatan korea
- Produk viral Wardah Colorfit Cream Blush : Cantik dan Pigment sangat kaler dia!
- Review Wardah flawless cover cushion : coverage dan touchup tanpa perlu foundation!
- Wardah mattifying powder VS velvet colorfit powder foundation?? Yang mana lebih sesuai?