Review wallflower bath & body works | wallflower bath and body works ialah minyak wangi bilik keluaran jenama yang disebut. Baru-baru kami ternampak produk ini viral difacebook dan mendapat banyak review yang baik dari pengguna. So, disini anda akan membaca review jujur tentang produk ini.

Keadaan produk semasa baru sampai | Review wallflower bath & body works
Ringkasan tajuk:
- Dekat mana boleh beli wallflower Bath & Body Work perfume dan plug
- Official shopping website Bath & Body Works Malaysia
- Bagaimana Wallflower plug berfungsi?
- Petua untuk menggunakan Wallflower Bath & Body Works dengan selamat di rumah anda
- Berapa lama Wallflower Bath & Body Works bertahan
- Kesimpulan
- soal jawap dengan wallflower bath and body works
- Bolehkah saya membiarkan bunga dinding saya dinyalakan semalaman?
- Adakah palam Bath and Body Works Wallflower selamat?
Dekat mana boleh beli wallflower Bath & Body Work perfume dan plug
First of all saya beli plug dan refill wallflower perfume ini dari shopee. Banyak seller-seller preferred yang ok. Anda boleh tengok review orang dan compare harga yang paling murah.
Biasanya yang jual dishopee nie memang barang original. Seller mungkin beli pada harga promosi di brand outlet dan markup harga sikit di shopee.
Untuk di shopee anda boleh tengok disini : shopee.com.my/wallflower.
Di shopee, saya sarankan anda beli dari seller yang ada preferred, compare harga yang dah tolak coin cashback dan jangan lupa pakai voucher free shipping dan jika ada voucher discount dari kedai lagi berbaloi-baloi untuk anda beli.
Untuk dia punya plug memang agak sukar dicari, sebab biasa plug limited stock. Kalau lihat dalam gambar, saya beli basic plug yang paling murah dishopee harga dia RM42. Tapi kalau saya tengok ada harga paling murah RM39 tetapi kebanyakan sudah sold out. Yeahh~~ even sekarang saya cari pun kebanyakan sold out.

Pelbagai design menarik dari wallflower bath & Body Works plug
Official shopping website Bath & Body Works Malaysia
Untuk official site dia, korang boleh lihat disini : bathandbodyworks.com.my
Specialnya jika anda beli dari official site mereka, anda boleh lihat sendiri bila discount paling murah. Untuk wallflower refill, anda boleh dapat discount sehingga RM18 sebotol. Tapi selalu yang discount gila-gila ini stock akan cepat habis sebab ramai orang grab. Jadi, anda boleh terus daftar email di bathandbodyworks.com.my untuk mendapatkan offer terkini. Jadi boleh lah anda rebut discount yang murah giler ni.
Setakat hari ini 25 June 2021, untuk wallflower plug hanya ada satu jenis pilihan berharga RM72 manakala wallflower refill ada discount harga RM37.50 jika beli 4 botol. Pada harga asalnya ialah RM42. Jika ditambah shipping minimum ialah RM10 mengikut kuantiti pembelian anda.
Selain itu, dekat website official ini, anda pun boleh dapat free shipping dengan syarat belian melebihi RM180 untuk semenanjung Malaysia dan RM250 untuk sabah dan sarawak.
Bagaimana Wallflower plug berfungsi?
Pada dasarnya, Wallflowers terdiri dari Plug yang masuk ke outlet elektrik, dan Refill yang mengandungi wangian yang dimasukkan ke dalam plug. Plug kemudian memanaskan wangian dan melepaskannya ke udara dikawasan sekitar.
Jika dilihat didalam gambar dibawah, didalam botol wangian mempunyai satu sumbu putih. Sumbu putih inilah yang akan menyerap wangian untuk pemanas melepaskannya keudara. Jadi, jika anda membiar sumbu ini terdedah diudara terbuka, pasti ia akan tetap kering jika tidak ditutup jika tidak digunakan.
Dari review pengguna yang lain, wangian wallflower tidak berapa berkesan jika diletak diruang yang agak besar. Jadi ia hanya sesuai untuk bilik tidur atau ruang tamu yang tidak besar sangat.
Untuk bilik master, wangian memang memenuhi segenap ruangan bahkn kadang-kadang saya terhidu hingga luar bilik. Jadi saya sangat berpuas hati dengan wangian dari bath & body works ini.
Untuk penggunaan power, wallflower plug hanya menggunakan elektrik power sebanyak 2.8W lebih kurang penggunaan power untuk lampu yang kecil
Petua untuk menggunakan Wallflower Bath & Body Works dengan selamat di rumah anda
Untuk memastikan anda mendapat kenikmatan maksimum Wallflower Bath & Body Works anda, ini perkongsian beberapa
maklumat penggunaan produk penting dengan anda:
- Putar ke kanan (mengikut arah jam) untuk membuka Wallflower. Putar ke kiri (lawan arah jam) untuk memasangkannya ke dalam soket.
- Pastikan Wallflower sentiasa berada dalam kedudukan tegak sekali. Palam keluar unit adalah direka boleh diputar untuk memastikan ia tetap tegak semasa terpasang.
- Bath & Body Works Wallflower mempunyai mekanisme keselamatan terbina dalam (pemutus litar) yang menghalang mereka daripada terlalu panas.
- Sekiranya unit memanaskan melebihi suhu yang telah ditetapkan, ia akan ditutup secara automatik dan kekal tidak berfungsi sebagai langkah keselamatan. Perkara ini jarang berlaku, hanya kembalikan peranti anda yang tidak berfungsi ke mana-mana kedai Bath & Body Works untuk penggantian.
- Mentol bunga dinding mengandungi minyak wangi. Semasa diuji secara menyeluruh dan selamat digunakan, minyak ini boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan siap dan jenis plastik tertentu.
- Jauhkan jarak sekurang-kurangnya 12 inci di atas unit terpasang dan biarkan minyak wangian tersebar dengan betul.
- Sekiranya minyak tumpah, pastikan anda segera mengelapnya
Berapa lama Wallflower Bath & Body Works bertahan
Terdapat review yang mengatakan ia boleh bertahan sehingga 2bulan satu botol. Jika penggunaan bukn 24 jam dalam masa sehari. Untuk saya hanya on 12 jam sehari. Jadi dalam masa 2 minggu anda boleh lihat dibawah berapa banyak pengurangan wangian.
Jadi, saya menganggarkan untuk satu botol jika dibuka 24jam sehari akan bertahan selama sebulan. Tetapi tetap berbaloi kerana wangiannya memang tiada tandingan. Untuk pengguna yang memang sukakan wangian, anda pasti akan jatuh cinta dengan reka bentuk produk wangian ini.
Untuk wallflowers plugin pula sekurang-sekurangnya ia boleh bertahan sehingga 2 tahun. Tetapi bagi yang mampu, anda boleh buat koleksi hiasan dinding kerana designnya yang menarik dan comel.

Kesimpulan
Jadi berbaloi tak beli set wangian wallflower dari bath & body works ni? For me, yang memang suka wangian memang berbaloi. Anda boleh mendapatkan wangian disluruh bilik untuk 24jam. Malah jika hanya on 12 jam plug, wangian masih melekat dan tersebar untuk lebih kurang 5 jam seterusnya.
Saya spend lebih kurang RM 90 untuk hanya satu set wangian ini. Tetapi jika anda baca tips pembelian diatas, InshaAllah anda boleh grab dengan harga yang lebih berbaloi-baloi.
Baca juga :
- 9 bau pilihan pelanggan bath and body work
- Cara guna dry fragrance oil by Victoria Secrete
- Air cooler terbaik : Review ELBA EAC-H6580RC(WH)
- youbeli review : online shopping untuk anda cuba
soal jawap dengan wallflower bath and body works
Bolehkah saya membiarkan bunga dinding saya dinyalakan semalaman?
Biasanya tidak disyorkan untuk membiarkan peranti elektronik dipalamkan semalaman, kerana ia boleh menjadi bahaya kebakaran. Selain itu, membiarkan bunga dinding anda dipalamkan semalaman boleh menyebabkan ia menjadi terlalu panas dan berpotensi merosakkan peranti. Jika anda perlu menggunakan bunga dinding anda semalaman, sebaiknya cabut plagnya selepas beberapa waktu
Adakah palam Bath and Body Works Wallflower selamat?
Wallflower bath and body works mengandungi minyak wangi. Walaupun diuji dengan teliti dan selamat digunakan, minyak ini boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan siap dan jenis plastik tertentu. Simpan sekurang-kurangnya 12 inci kelegaan di atas unit yang dipalamkan untuk membolehkan minyak wangi meresap dengan betul..
Review wallflower
Review wallflower, Review wallflower
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Ulasan eosika SIPL 1000C Hair Removal: Teknologi Laser Korea untuk Kulit Licin Tanpa Bulu
- Wardah Colorfit Cream Blush: Pigmented & Cantik Sangat, Anda Wajib Ada!
- Review Wardah flawless cover cushion: coverage dan touchup tanpa perlu foundation!
- Wardah mattifying powder VS velvet colorfit powder foundation?? Yang mana lebih sesuai?
- Wardah Colorfit Matte Foundation : Review, harga, ingredients dan transfer-proof