Kisah Nabi Ayub : merupakan seorang nabi dan rasul yang wajib kita ketahui. Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Tetapi beliau tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.
Ringkasan tajuk :
- Biodata Nabi Ayub
- Tingkat kesabaran Nabi Ayub yang tiada tandingan
- Cubaan pertama : Diuji dengan kehilangan harta benda
- Allah mengizinkan syaitan membuat kejahatan pada tanamannya untuk memperlihatkan kepada syaitan keimanan hambanya
- Cubaan kedua : diuji dengan kehilangan anak-anak yang disayangi
- Cubaan ketiga : diuji dengan penyakit yaang kronik sehingga ditinggalkan oleh saudaranya
- Cubaan keempat : isterinya digoda syaitan supaya berputus asa dengan Nabi Ayub
- Berkat kesabaran Nabi Ayub, Allah memberi kembali kesembuhan dan harta yang dulu diambil
- Isteri Nabi Ayub pulang selepas beliau sihat dan Nabi Ayub melaksanakan sumpahnya yang terdahulu
Biodata Nabi Ayub
Nama penuh Nabi Ayub A.S ialah Ayub bin Ish bin Ishaq bin Ibrahim A.S. Riwayat hiduo beliau selama 110 tahun dari 1540-1420 SM. Beliau diutuskan oleh Allah untuk berdakwah di Dataran Hauran. Sehingga wafatnya, NabI ayub dikurniai sebanyak 26 orang anak. Nabi Ayub juga telah dimakamkan ditempat peninggalannya iaitu Dataran Hauran.
Nabi Ayub merupakan seorang yang kaya raya dan ternama. Beliau mempunyai ternakan yang banyak seperti sapi,kambing, kuda, keledai, unta, dan lain sebagainya.
Beliau mempunyai hati yang baik, suka mengeluarkan harta bendanya untuk membantu fakir miskin, yatim piatu, memuliakan tamu dan sebagainya. Bahkan kekayaannya itu tidak sedikit pun melalaikannya daripada terus beribadah kepada Allah. Nabi Ayub hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa ikhlas membantu yang memerlukan walaupun diberi rezeki yang melimpah-ruah.
Bukan sahaja diberi kekayaan pada harta, Nabi Ayub turut dikurniakan keturunan yang banyak oleh Allah.Perkara ini sentiasa menambahkan lagi rasa kesyukuran baginda kepada Allah.
Begitulah peribadi seorang hamba Allah yang bernama Ayub. Sedang setiap orang yang beriman dan taat beribadah, pastilah syaitan akan iri hati dan akan berusaha sebaiknya untuk menjatuhkannya. Sememangnya itu perjanjian Syaitan dengan Rabbnya untuk selalu melumpuhkn keimanan hamba Allah yang beriman.
Demikian pula akan halnya terhadap Nabi Ayub A.S Dengan berbagai cara dan akal fikiran, syaitan mencuba memujuknya dengan merayu-rayu dan dengan senjatanya yang ampuh, agar Ayub dapat bergeser dari iman dan ibadahnya.
Tingkat kesabaran Nabi Ayub yang tiada tandingan
Nabi Ayub as digambarkan sebagai seorang manusia yang paling sabar, bahkan dikatakan bahawa beliau berada di puncak kesabaran. Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan tauladan pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi :
“Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 44)
Yang dimaksudkannya ialah kembali kepada Allah SWT. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah SWT dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah SWT padanya.
Cubaan pertama : Diuji dengan kehilangan harta benda
Pada suatu hari, para malaikat di bumi berbicara sesama mereka tentang manusia dan sejauh mana ibadah mereka. Salah seorang di antara mereka berkata:
“Tidak ada di muka bumi ini seorang yang lebih baik daripada Nabi Ayub. Beliau adalah orang mukmin yang paling baik, orang mukmin yang paling agung keimanannya. Paling banyak beribadah kepada Allah SWT dan bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya dan selalu berdakwah di jalan-Nya.”
Syaitan yang mendengarkan apa yang dikatakan lalu ia merasa terganggu dengan hal itu. Kemudian ia pergi menuju ke Nabi Ayub untuk cuba menggodanya. Tetapi Nabi Ayub adalah seorang Nabi di mana hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah SWT sehingga syaitan tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari mengganggu Nabi Ayub, ia berkata kepada Allah SWT:
“Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu dan menyucikan-Mu namun, ia menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia menyembah-Mu kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai balasan kepada-Mu kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau telah memberinya kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya dia ingin menjaga hartanya, kekayaannya, dan anak-anaknya. Seakan-akan pelbagai nikmat yang Engkau kurniakan padanya adalah rahsia dalam ibadahnya. Dia takut jika apa yang dimilikinya akan binasa dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan hasrat dan rasa takut. Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak, dan bukan ibadah yang murni kerana cinta.”
Allah mengizinkan syaitan membuat kejahatan pada tanamannya untuk memperlihatkan kepada syaitan keimanan hambanya
Riwayat tersebut menyatakan bahwa Allah SWT berkata kepada iblis:
“Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya. Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau lakukan.”
Akhirnya, syaitan pergi dan memasuki ladang Nabi Ayub yang penuh dengan pelbagai tanaman dan kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan kesemuanya. Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran/ kemiskinan.
Kemudian syaitan menunggu apakah tindakan Nabi Ayub. lalu Nabi Ayub berkata:
“Oh musibah dari Allah SWT. Aku harus mengembalikan kepada-Nya amanah yang ada di sisi kami di mana Dia mengambilnya pada saat ini. Allah SWT telah memberi kami nikmat selama beberapa ketika. Maka segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat yang diberikannya, dan Dia mengambil kesemuanya dari kami pada hari ini. Segala puji bagi-Nya sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku dalam keadaan redha dengan keputusan Allah SWT. Dia-lah yang mendatangkan manfaat dan mudharat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan siapa yang dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa yang dikehendaki-Nya.”
Kemudian Nabi Ayub sujud dan Iblis tercengang melihat apa yang berlaku.
Cubaan kedua : diuji dengan kehilangan anak-anak yang disayangi
Lalu syaitan kembali kepada Allah SWT dan berkata:
“Ya Allah, jika Ayub tidak menerima nikmat kecuali dengan mengatakan pujian, dan melalui musibah hanya dengan kesabaran maka dia menyembah Allah mungkin semata-mata kerana anak-anaknya, bukan kerana cinta pada Allah. Dengan memberikan mereka kekayaan yang banyak supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih mudah.”
Riwayat menyatakan bahawa Allah SWT menizinkan syaitan untuk berbuat apa saja kepada anak-anak Ayub. lalu syaitan menggoncangkan rumah yang di mana anak-anaknya tinggal sehingga mereka semua terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub menyeru:
“Allah memberi dan Allah mengambil. Segala pujian bagi-Nya kerana memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat dan mudharat.”
Kemudian Ayub pun sujud dan iblis tercengang dan merasa malu.
Cubaan ketiga : diuji dengan penyakit yaang kronik sehingga ditinggalkan oleh saudaranya
Iblis kembali menemui Allah SWT dan mengatakan bahwa Ayub dapat bersabar kerana badannya sihat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya.
Riwayat menyatakan bahawa Allah SWT mengizinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai ke kakinya sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya.
Namun Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah SWT. Beliau memuji-Nya pada ketika dia sihat dan dia tetap memuji Allah SWT saat mendapat ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah SWT.
Baca halaman seterusnya..
Cubaan keempat : isterinya digoda syaitan supaya berputus asa dengan Nabi Ayub
Melihat pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat. Terbukalah pada Iblis suatu idea yang baru. Lalu ia pergi kepada isteri Ayub dan menghasut hatinya dengan rasa putus asa sehingga isterinya pergi kepada Ayub dan berkata padanya:
“Sampai bilakah Allah SWT akan menyeksamu? Di manakah harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?”
Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab:
“Sesungguhnya engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah mati?”
Isterinya itu berkata:
“Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan dugaan darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihannmu?”
Nabi Ayub menyoal kembali:
“Berapa lama kita merasakan kebahagiaan?”
Isterinya menjawab:
“Lapan tahun.”
Nabi Ayub menyoal lagi:
“Berapa lama kita mendapat penderitaan?”
Isterinya menjawab:
“Tujuh tahun.”
Ayub berkata:
“Aku malu jika aku meminta agar Allah SWT melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku. Sesungguhnya imanmu nampaknya lemah dan takdir Allah SWT membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan menggunakan tongkat. Mulai hari ini, aku tidak akan memakan makanan darimu dan minuman darimu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau dariku.”
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian dalam keadaan sabar menanggung penderitaanya. Penderitaan yang seandainya ditimpakan kepada gunung nescaya gunung tidak akan mampu menahannya.
Berkat kesabaran Nabi Ayub, Allah memberi kembali kesembuhan dan harta yang dulu diambil
Firman Allah :
“Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: (’Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.’ Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarga kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.” (QS. al-Anbiya’: 83-84)
Allah SWT memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung. Allah SWT memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan sihat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya.
Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali seperti biasa. Allah SWT memberikan kepada Ayub dan keluarganya seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali sendirian. Allah SWT memberinya berlipat-lipat ganda kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.
Firman Allah :
“Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ‘Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan.’ (Allah berfirman): ‘Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (hepada Tuhannya).” (QS. Shad: 41-44)
Isteri Nabi Ayub pulang selepas beliau sihat dan Nabi Ayub melaksanakan sumpahnya yang terdahulu
Isteri Nabi Ayub datang semula kepada Nabi Ayub dan mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya dengan suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghidangkan makanan yang sedap untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya:
“Dari mana engkau mendapati wang?”
Nabi Ayub telah bersumpah akan memukulnya seratus kali pukulan dengan tongkat selepas beliau sembuh, tetapi kesabarannya sangat luas seperti sungai yang besar. Dan di waktu petang, setelah mengetahui kehalalan makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.
Lalu Allah berfirman kepada Nabi Ayub :
“Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput).” Yakni seikat jerami, lalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak seratus biji, kemudian pukullah ia dengannya “… dan janganlah kamu melanggar sumpah.” (Surah Sod: 44)
Nabi Ayub yang tinggi kesabarannya tidaklah bermaksud untuk memukul isterinya. Setelah mendapat wahyu daripada Allah, dengan segera beliau mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan memukul itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong.
Baca juga :
- Senarai Kisah 25 Nabi pilihan Allah
- Kisah Nabi Yusuf : Diceritakan oleh Allah kisahnya didalam surah Yusuf
- Kisah Nabi Yaakub : berhijrah kerana sifat dengki saudara kembarnya
Repost dan rujukan : Pakarmindacerdas, wikipedia, islami.co, anakbapak.com, Kisah Nabi Ayub, Kisah Nabi Ayub, Kisah Nabi Ayub