Kisah Nabi Nuh memang tidak asing lagi dengan kisahnya yang diwahyukan oleh Allah supaya membina sebuah bahtera yang sangat besar. Ini untuk persediaan Nabi Nuh untuk menghadapi bencana yang akan Allah turunkan kepada kaumnya yang ingkar.
Senarai tajuk artikel :
- Riwayat hidup Nabi Nuh A.S
- Permulaan menjadikan patung sebagai sembahan
- Siapakah Darmasyil yang disebut menjadi musuh Allah?
- Dakwah yang selalu disampaikan dan diengatkan kepada kaumnya
- Kedegilan kaum Nabi Nuh tidak mahu menerima kebenaran
- Allah mendengar doa Nabi Nuh, dan mewahyukan supaya dibina sebuah bahtera gergasi
- Nabi Nuh berduka kerana isteri dan putranya termasuk dalam golongan orang yang ingkar
- Selepas binasanya kaum Nuh yang zalim..
- Keterangan tentang Nabi Nuh yang terdapat didalam al-Quran, diantaranya :
Riwayat hidup Nabi Nuh A.S
Nuh A.S merupakan manusia ketiga yang diangkat oleh Allah menjadi seorang nabi dan rasul selepas Nabi Adam dan Nabi Idris. Merupakan keturunan ketiga kepada Nabi Idris, nama ayah beliau ialah Lamik bin Metualih bin Idris. Nabi Nuh telah hidup selama 950 tahun lamanya terbukti didalam kalam Allah dalam surah al-Ankabut:
وَلَقَدْ اَرْسَلْنَا نُوْحًا اِلٰى قَوْمِهٖ فَلَبِثَ فِيْهِمْ اَلْفَ سَنَةٍ اِلَّا خَمْسِيْنَ عَامًا ۗفَاَخَذَهُمُ الطُّوْفَانُ وَهُمْ ظٰلِمُوْنَ
“Dan sungguh, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun kurang lima puluh tahun. Kemudian mereka dilanda banjir besar, sedangkan mereka adalah orang-orang yang zalim.”
Al-‘Ankabut Ayat 14
Terdapat satu pendapat daripada Ibnu Jarir yang disandarkan daripada Ibnu Abbas R.A, Nabi Nuh telah diangkat menjadi rasul pada usianya mencecah 480 tahun. Pada ketika itu, Allah mengutus Malaikat Jibril untuk membawa perutusan kepada Nabi Nuh. Malaikat Jibril telah menyamar sebagai seorang jejaka yang sangat rupawan. Sehingga ketika Ia bertemu Nabi Nuh, Nabi Nuh menjadi sangan terpegun dan terpukau dengan wajah Malaikat Jibril. Lantas bertanya Nabi Nuh kepada Jibril “Siapakah kamu wahai hamba Allah?” Jawap Jibril “Aku adalah makhluk yang diutus oleh Allah untuk membawa risalah kepada kamu. Engkau telah menjadi utusan Allah kepada kamumu yang ingkar dan zalim supaya kembali pada jalan yang sebenar” Jibril juga berpesan kepada Nuh seraya berkata “Berilah peringatan kepada musuh Allah yang bernama Darmasyil bin Fumail bin Jij bin Qabil bin Adam”
Setelah mendengar perkhabaran tersebut, dengan berlapang dada dan hati yang ikhlas, tahulah Nabi Nuh akan tugas dan tanggungjawapnya mulai saat itu.
Permulaan menjadikan patung sebagai sembahan
Sebelum lahirnya zaman Nabi Nuh A.S, terdapat zaman hidupnya keturunan Nabi Adam iaitu datuk-datuk kepada Nabi Nuh. Lima datuk ini ialah orang-orang yang soleh ketima zamannya. Mereka itu ada disebut namanya didalam al-quran dalam surah Nuh :
“Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa’, yaghuts, ya’uq dan nasr”
surah Nuh : 23
Wadd, Suwaa’, Yaghuts dan Nasr juga mempunyai pengikut-pengikut yang soleh mengikut ajaran Allah. Sehinggalah pada waktu mereka semuanya sudah meninggal, pengikut lima orang soleh ini telah membina patung-patung yang menyerupai mereka. Berkata mereka kepada yang lainnya ” Jika mereka yang sudah meninggalkan patung itu, kita buatkan patung mirip mereka supaya kita lebih kuat beribadah ketika mengingati mereka”
Maka berdirilah lima patung yang menyerupai Wadd, Suwaa’, Yaghuts dan Nasr. Pada ketika itu, pengikut mereka hanya menggunakan patung itu untuk mengingati perjuangan orang soleh tersebut. Namun ketika para pengikut itu sudah meninggal, tinggallah cucu cicit mereka yang semakin goyah pegangan agamanya. Sehingga iblis menipu generasi berikutnya dengan berkata “Apabila mereka menyembah patung itu nak meminta diturunkan hujan, nescaya mereka akan menurunkan hujan”. Begitulah generasi-generasi berikutnya yang mempercayai kata-kata iblis itu.
Siapakah Darmasyil yang disebut menjadi musuh Allah?
Ketika Nabi Nuh menerima wahyu Allah, Malaikat Jibril menyebut nama Darmasyil yang merupakan musuh Allah. Darmasyil ketika itu merupakan raja yang memimpin negara yang didiami oleh Nabi Nuh. Raja Darmasyil dikatakan seorang raja yang sangat zalim dan ingkar pada arahan Allah. Darmasyil juga seorang yang kuat menyembah dan mengagung-agungkan lima berhala dari zaman nenek moyangnya. Padahal sebenarnya, patung-patung itu merupakan peringatan pada orang -orang soleh sebelumnya.
Raja Darmasyil merupakan keturunan ke 4 daripada Nabi Adam. Ketika Darmasyil memerintah, arak telah dicipta dan dijadikan minuman. Manakala perjudian pertama turut berlaku. Darmasyil juga turut menjadi orang pertama yang menjadikan emas sebagai perhiasan kepada lelaki sedangkan emas merupakan perhiasan yang dilarang dipakai oleh kaum lelaki.
Lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh untuk memberi peringatan kepada Raja Darmasyil dan pengikutnya.
Baca halaman seterusnya….