Kisah Nabi Nuh : Membina bahtera gergasi hadapi banjir setinggi gunung
Dakwah yang selalu disampaikan dan diengatkan kepada kaumnya
Nabi Nuh merupakan seorang nabi dan rasul yang dikurniakan Allah dengan sikap yang fasih, tegas, bijak dan sabar dalam perbicaraannya. Nabi Nuh menggunakn cara dakwah secara lemah lembut supaya dapat mengetuk pintu hati kaumnya. Manakala dakwah dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar digunakan untuk menghadapai pembesar-pembesar yang keras kepala dan membantah dalil Allah yang disampaikan oleh Nuh.
Nabi Nuh a.s menegaskan kepada kaumnya bahawa tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa. Beliau juga memberikan penjelasan kepada mereka, bahawa dunia ini hanyalah satu penipuan dan tibalah waktunya untuk mereka menghentikan penipuan itu dan kembali kepada yang Maha Pencipta.
Nuh menyampaikan lagi, bahawa manusia merupakan makhluk Allah SWT yang paling mulia. Nikmat Allah yang paling besar kepada manusia ialah akal fikiran yang tiada pada makhluk lain. Penyampaian Nabi Nuh membuatkan sesetengah pengikutnya menjadi terpegun dan mendengar dengan penuh minat. Malah dakwahnya mampu menggoncang hati-hati manusia yang mendengarnya semua juga atas izin Allah.
Nabi Nuh juga mengajak kaumnya melihat alalm sekeliling yang menjadi bukti kekuasaan Allah. Allah menciptakan langit dengan 7 lapisan dihiasi dengan bulan, bintang dan matahari. Manakala bumi yang manusia duduki, Allah hiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan memberi manfaat kepada manusia, air yang mengalir memberi kenikmatan. Diciptakan terjadinya pergantian malam dan siang yang menjadi bukti wujudnya keesakan tuhan yang sebenarnya patut disembah.
Ganjaran syurga kepada mereka yang baik amalannya serta taat kepada Allah menjadi berita gembira kepada sekalian makhluk. Dan neraka pula dijanjikan kepada mereka yang mungkar dan hidup dalam kemaksiatan.
Kedegilan kaum Nabi Nuh tidak mahu menerima kebenaran
Berkata kaumnya yang degil kepada Nabi Nuh :
“Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda daripada kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dapat diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudah kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soa-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui daripada mu tentang hal itu semuanya. Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalah pendusta belaka.”
Daripada dialog diatas menunjukkan kaumnya yang degil malah mengejek dan memperolok Nabi Nuh dan pengikutnya. Pengikut Nabi Nuh yang sedikit itu hanya terdiri daripada orang bawahan seperti petani. Manakala yang membangkang Nabi Nuh merupakan orang-orang bangsawan yang merasakan diri mereka lebih bijak dan mulia.
Nabi Nuh menjawap kata-kata mereka :
“Adakah engkau mengira bahwa aku dapat memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahwa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika kamu tetap menolak ajakan ku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku dan tetap mempertahankan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan karena kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki.Aku hanya seorang manusia yang mendapat amanah dan diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama Allah yang diutuskan-Nya kepada ku maka terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukuman-Nya dan ganjaran-Nya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasul-Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan amanah-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaan-Nya di atas kamu sekalian jika Ia kehendaki.Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa dan azab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian. Dialah Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa ,Maha Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang.”
Dengan penuh kesombongan, pengikutnya memberi syarat jika mahu mereka mengikuti Nabi Nuh :
“Wahai Nuh! Jika engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pengaulanmu karena kami tidak dapat bergaul dengan mereka duduk berdampingan dengan mereka mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami dapat menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa.”
Nabi Nuh menjawap kata-kata mereka :
“Risalah dan agama yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian, yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh ,diantara penguasa dan rakyat biasa semuanya mempunyai kedudukan dan tempat yang sama terhadap agama dan hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang dapat ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan daripadaku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku. Dan bagaimanakah aku dapat mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dpt diterima oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat.“
Baca halaman seterusnya….
Pages:Previous | Next
No Comment