Motivasi

Kisah Nabi Sulaiman : Manusia, jin, burung adalah pasukannya

Kisah Nabi Sulaiman : Nabi Sulaiman berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim AS. Ayahnya ialah Nabi Daud yang juga merupakan raja kepada kaum Bani Israil. Beliau telah diutuskan untuk berdakwah di Palestin dan Israil. Beliau telah wafat ketika umurnya mencecah 66 tahun dan diwafatkan dibaitulmaqdis (jerussalem). Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Rahab’an.

"Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat)." - surah Saad [38] : 30

Nabi Sulaiman adalah seorang hamba Allah yang sangat soleh sehingga dia sanggup membuang kuda kesayangannya semata kerana ia melalaikan beliau daripada mengingati Allah.

31.~ (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.
32.~ (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".
33.~ (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).
Surah Saad [38] : 31-33
sumber : streedirectory.com

Table of content :


1. Nabi Sulaiman dikurniakan dengan hikmah dan ilmu daripada Allah

Sejak kecil lagi, kecerdasan dan kebijaksanaan Nabi Sulaiman sudah boleh dilihat oleh ayahnya. Terdapat satu peristiwa dimana Nabi Sulaiman dapat memberi solusi kepada pertelingkahan diantara kaumnya. Sedangkan ketika itu beliau masih muda remaja.

Kisah ini berlaku antara seorang pemilik kebun dan pemilik ternakan. Perselisihan berlaku selepas haiwan ternakan pemilik haiwan itu telah memasuki kawasan kebun lalu memusnahkan sebahagian daripada tanaman pemilik kebun. Lalu berjumpalah mereka kepada Nabi Daud yang ketika itu adalah raja mereka.

Pada mulanya Nabi Daud memutuskan supaya pemilik haiwan menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi kerana ternakannya telah merosakkan kebun itu. Tetapi Nabi Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah:

"Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya. Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya." 

Pendapat yang dikemukakan oleh Sulaiman itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Malah merekai yang menyaksikan peristiwa itu merasa kagum dengan kebijaksanaan baginda.

2. Abang Nabi Sulaiman memberontak dengan keputusan Nabi Daud untuk mengangkat Nabi Sulaiman sebagai pengganti

Sejak daripada peristiwa diatas, Nabi Daud semakin dapat melihat kewibawaan dan kecerdasan otak yang ditonjolkan oleh anaknya itu. Lalu Baginda memasang niat untuk menjadikan Nabi Sulaiman sebagai pengganti beliau dalam kerajaan Bani Israil.

Nabi Sulaiman mempunyai seorang abang yang bernama Absyalum. Absyalum merupakan seorang yang baik kepada kaum Bani Israil ketika itu. Sehingga beliau mempunyai pengikutnya sendiri.

Absyalum merasakan tidak berpuas hati dengan keputusan ayahnya itu. Dia merasakan dia yang lebih layak untuk mewarisi ayahnya kerana dia lebih tua daripada Nabi Sulaiman. Sedangkan ketika itu Nabi Sulaiman masih remaja dan sedikit pengalamannya.

Sampai satu masa, Absyalum mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai raja dan merampas kekuasaan bapanya. Tindakannya itu mengakibatkan berlakunya huru-hara di kalangan Bani Israil. Namun begitu, Nabi Daud masih tetap menyayangi anak kandungnya itu, lalu beliau keluar daripada Baitulmaqdis untuk mengelakkan pertumpahan darah.

Setelah keluar, sampailah Nabi Daud di Bukit Zaitun. Nabi Daud berdoa memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan oleh anaknya sendiri. Lalu Allah memberi petunjuk supaya memerangi Absyalum.

Didalam peperangannya menentang tentera pengikut Absyalum, Nabi Daud sempat berpesan kepada tentera supaya menangkap anaknya hidup-hidup. Itulah naluri seorang ayah yang masih menyayangi walaumacam mane keadaan anaknya itu. Tetapi dengan izinNya, Absyalum terkubur juga dimedan perang.

Selepas peristiwa itu, Nabi Daud kembali memerintah Bani Israil selama 40 tahun. Kemudian, beliau melepaskan takhtanya kepada Nabi Sulaiman.

3. Nabi Sulaiman menjadi raja kepada seluruh makhluk

Selepas kewafatan Nabi Daud, Nabi Sulaiman telah diangkat sepenuhnya menjadi raja kepada Bani Israil dengan izin Allah. Kekuasaan Baginda tidak hanya kepada manusia, malah binatang dan jin turut tunduk kepada beliau. Bahkan baginda dapat memahami bahasa semua binatang

Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

Surah An-Naml [27] : 16-17 yang bermaksud :

16.~ Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
17.~ Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

Nabi Sulaiman juga dapat memahami bahasa haiwan lain seperti semut sehingga beliau merasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Lalu beliau berdoa tanda syukur :

Surah An-Naml [27] : 18-19
18.~ (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
19.~ Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

Baca halaman seterusnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like