Kisah Nabi Sulaiman: Manusia, Jin, Burung Adalah Pasukannya
4. Burung Hud-hud mengkhabarkan kepada Nabi Sulaiman tentang kerajaan yang Ratu Balqis
Pada satu ketika, Nabi Sulaiman berjalan menuju ke Yaman bersama bala tenteranya. Setibanya disana, Nabi Sulaiman dikatakan memanggil burung Hud-hud untuk mencari punca air, tetapi beliau tidak menjumpai burung tersebut. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Seketika kemudian baru burung tersebut hadir lalu menceritakan tentang penemuannya sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang ratu.
Surah An-Naml [27] : 20-27 20.~ Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? 21.~ "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)". 22.~ Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. 23.~ "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. 24.~ "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, 25.~ "(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. 26.~ "Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ". 27.~ Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
5. Kisah Nabi Sulaiman mengislamkan Ratu Balqis
Allah menceritakan kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis didalam surah An-Naml. Kisahnya bermula apabila Nabi Sulaiman mengirimkan sepucuk surat yang terkandung nama Allah. Selepas Ratu Balqis menerima surat tersebut, makan dikirimnya akan utusan dan hadiah yang banyak sekali.
Sekembalinya utusan itu kepada ratunya, mereka menceritakan penalaman mereka sepanjang berada di Yaman. Perkara itu membuatkan Ratu Balqis merasa untuk pergi sendiri berjumpa Nabi Sulaiman.
Selepas Nabi Sulaiman mendengar berita lawatan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman pun membuat persiapan dengan membawa singgahsana Ratu Balqis sendiri ke negeri Yaman. Nabi Sulaiman yang boleh berbicara dengan jin, menggunakan bantuan Jin Ifrit untuk mengangkat sendiri singgah sana Ratu Balqis.
Pada ketika Ratu Balqis melihat singgahsananya sendiri dinegeri Nabi Sulaiman, beliau menjadi kagum dan terkejut. Akhirnya, Ratu Balqis beriman kepada Allah dan menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman.
Surah An-Naml [27] : 28-44 28.~ "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka". 29.~ (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. 30.~ "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 31.~ " `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). ' " 32.~ Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya". 33.~ Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. 34.~ Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. 35.~ "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita" 36.~ Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). 37.~ "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan." 38.~ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" 39.~ Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". 40.~ Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". 41.~ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian". 42.~ Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)". 43.~ Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir. 44.~ (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
6. Kewafatan Nabi Sulaiman tidak disedari oleh makhluk
Kewafatan Nabi Sulaiman berlainan dengan manusia biasa. Beliu telah wafat dalam keadaan terduduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil memerhatikan jin yang sedang bekerja.
Mereka hanya menyedarinya selepas tongkat yang dipegang oleh Nabi Sulaiman terjatuh kerana rosak dimakan oleh anai-anai.
Surah Saba' [34] : 14 "Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan."
Baca juga :
- Senarai Kisah 25 Nabi pilihan Allah
- Kisah Nabi Daud : Perang, Sejarah puasa Daud, Mukjizat dari Allah
- Kisah Nabi Zulkifli : Sanggup menjadi Raja pada zamannya
- Kisah Nabi Harun : Kesetiaannya berjuang dibicarakan oleh Allah
Repost dan rujukan : wikipedia, suara.com, ikimfm.my, alquranalhadi.com, mysurah
- Hukum mewarna dan mencabut uban
- Cara sabarkan diri : sabar dalam islam
- Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar
- Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin
- Covid 19 sebagai ujian kepada manusia – ujian tanda Allah sayang
- Kenapa ujian Allah kepada manusia itu berbeza-beza – U. Ebit Liew






No Comment