Kisah Nabi Syuaib : Dihalau kaumnya tapi mendapat pembelaan Allah

Kisah Nabi Syuaib : Dihalau kaumnya tapi mendapat pembelaan Allah

Kisah Nabi Syuaib : Ialah salah seorang Nabi dan Rasul yang ada disebut namanya oleh Allah didalam al-Quran sebanyak 11 kali. Nabi Syu’aib telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Madyan, membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka.

Kisah Nabi Syuaib

Pemandangan padang pasir di Mesir | Kisah Nabi Syuaib

Ringkasan tajuk :


Biodata Nabi Syuaib

Nama penuh beliau ialah Nabi Syuaib bin Mikail bin Yasyjur bin Madyan bin Nabi Ibrahim. Nabi Syuaib lahir dan menetap di Madyan, iaitu dipinggir negeri Syam. Jadi Nabi Syuaib juga termasuk dalam kaum Madyan.

Riwayat hidup beliau selama 110 tahun iaitu dari 1600-1490 SM. Beliau telah wafat di Yordania. Sepanjang hidupnya, Nabi Syuaib dikurniai 2 puteri.

Nabi Syu’aib juga merupakan bapa mertua kepada Nabi Musa a.s., selepas baginda Nabi Syu’aib merestui Ṣaffūrah anak perempuannya dinikahi Nabi Musa.

Kehidupan kaum Madyan yang sudah menyimpang jauh dari Allah

Kaum Madyan, merupakan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama “Madyan”. Dikhabarkan juga Kaum Madyan ini diambil sempena salah seorang anak kepada Nabi Allah Ibrahim. Mereka terdiri dari orang-orang kafir yang tidak mengenal Allah. Mereka menyembah kepada “Aikah” iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman.

Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu’aib a.s. Kemungkaran, kemaksiatan dan tipu menipu dalam pergaulan merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin dalam kehidupan seharian. Kecurangan dan perkhianatan dalam hubungan dagang seperti pemalsuan barang, kecurian dalam takaran dan timbangan menjadi ciri yang sudah sebati dengan diri mereka.

Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi korban permainan para pedagang-pedagang besar dan para pemilik modal, sehingga dengan demikian yang kaya makin bertambah kekayaannya, sedangkan yang lemah semakin tertindas dan susah hidupnya.

Allah mengutus Nabi Syuaib iaitu salah seorang daripada kum mereka juga untuk memperbetulkan akidah mereka

Kepada kaum Madyan diutuslah oleh Allah seorang Rasul iaitu Nabi Syu’aib, seorang daripada mereka sendiri. Baginda mengajak mereka meninggalkan persembahan kepada Aikah, sebuah benda mati yang tidak bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan persembahan dan sujud kepada Allah.

Diingatkan oleh Nabi Syu’aib akan nikmat Allah dan kurniaan-Nya yang telah memberi mereka tanah subur serta kemakmuran yang berlimpah-ruah dengan pertumbuhan jumlah penduduk dan anak cucu yang pesat. Semuanya itu menurut seruan Nabi Syu’aib, patut diimbangi dengan rasa bersyukur dan bersembah kepada Allah Maha Pencipta yang akan melipat gandakan nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman dan bersyukur.

Diingatkan pula Nabi Syu’aib bahawa mereka tidak mahu sedar dan kembali kepada jalan yang benar mengikuti ajaran dan perintah Allah yang dibawanya, nescaya Allah akan mencabut nikmat dan kurnia-Nya kepada mereka. Bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di dunia selain seksa dari azab yang menanti mereka kelak di akhirat bila di bangkitkan kembali dari kubur.

Kepada mereka Nabi Syu’aib mengisahkan seksa dan azab yang diturunkan oleh Allah terhadap kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh dan paling dekat kaum Luth yang kesemua telah menderita dan menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan mereka mengikuti ajaran serta tuntutan nabi-nabi yang diutus Allah kepada Mereka.

Diingatkan oleh Nabi Syu’aib agar mereka beriktibar dan ingat bahwa mereka akan mengalami nasib yang telah dialami oleh kaum-kaum itu jika mereka tetap melakukan persembahan yang bathil serta tetap melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan jahat.

Dakwah Nabi Syuaib disambut dengan ejekan dan olokan dari kaum Madyan

Dakwah dan ajakan Nabi Syu’aib disambut oleh mereka terutama penguasa, pembesar serta orang-orang kaya dengan ejekan dan olok-olok. Mereka berkata:

"Adakah kerana solatmu, engkau memerintahkan kami menyembah selain apa yang telah kami sembah sepanjang hayat kami. Persembahan mana pula telah dilakukan oleh nenek moyang kami dan diwariskan kepada kami. Dan apakah juga karena solatmu engkau menganjurkan kami meninggalkan cara-cara hidup sehari-hari yang nyata telah membawa kemakmuran dan kebahagian bagi kami bahkan sudah menjadi adat istiadat kami turun temurun. Sungguh kami tidak mengerti apa apa tujuanmu dan apa maksudmu dengan ajaran-ajaran baru yang engkau bawa kepada kami. Sungguh kami menyaksikan kesempurnaan akalmu dan keberesan otakmu!"

Ejekan dan olok-olok mereka didengar dan diterima oleh Nabi Syuaib dengan kesabaran dan kelapangan dada. Ia sesekali tidak menyambut kata-kata kasar mereka dengan marah atau membalasnya dengan kata-kata yang kasar pula. Ia bahkan semakin bersikap lemah lembut dalam dakwahnya dengan menggugah hati nurani dan akal mereka supaya memikirkan dan merenungkan apa yang dikatakan dan dinasihatkan kepada mereka.

Berkata mereka kepada Nabi Syu’aib dengan nada mengejek:

"Kami tidak mengerti apa yang kamu katakan. Nasihat-nasihatmu tidak mempunyai tempat di dalam hati dan kalbu kami. Engkau adalah seorang yang lemah fizikalnya, rendah kedudukan dalam pengaulan maka tidak mungkin engkau dapat mempengaruhi atau memimpin kami yang berfizikal lebih kuat dan berkedudukan yang lebih tinggi dari mu. Cuba tidak kerana kerabatmu yang kami segani dan hormati, nescaya engkau telah kami rejam dan sisihkan dari pengaulan kami."

Nabi Syu’aib menjawab:

"Aku tidak akan hentikan dakwahku kepada risalah Allah yang telah diamanahkan kepadaku dan janganlah kamu mengharapkan bahwa aku mahupun para pengikutku akan kembali mengikuti agamamu dan adat-istiadatmu setelah Allah memberi hidayahnya kepada kami. Pelindunganku adalah Allah Yang Maha Berkuasa dan bukan kaum kerabatku, Dialah yang memberi tugas kepadaku dan Dia pula akan melindungiku dari segala gangguan dan ancaman. Adakah sanak saudaraku yang engkau lebih segani daripada Allah yang Maha Berkuasa?"

Baca halaman seterusnya..

Hanya sedikit yang mengikut Nabi Syuaib, bahkan yang lainnya menuduh yang buruk kepada baginda

Sejak berdakwah dan menyampaikan risalah Allah kepada kaum Madyan, Nabi Syu’aib berhasil menyedarkan hanya sebahagian kecil dari kaumnya. Sedangkan bahagian yang terbesar masih tertutup hatinya bagi cahaya iman dan tauhid yang diajar oleh beliau. Mereka tetap berkeras kepala mempertahankan tradisi, adat-istiadat dan agama yang mereka warisi dari nenek moyang mereka.

Itulah satu-satunya alasan yang mereka kemukakan untuk menolak ajaran Nabi Syu’aib dan itulah benteng mereka satu-satunya tempat mereka berlindung dari serangan Nabi Syu’aib atas persembahan mereka yang bathil dan adat pengaulan mereka sesat.

Di samping itu jika mereka sudah merasa tidak berdaya menghadapi keterangan-keterangan Nabi Syu’aib yang didukung dengan dalil dan bukti yang nyata kebenaran, mereka lalu melemparkan tuduhan-tuduhan kosong seolah-olah Nabi adalah tukang sihir yang ulung. Mereka telah berani menentang Nabi Syu’aib untuk membuktikan kebenaran risalahnya dengan memdatangkan bencana dari Allah yang ia sembah dan menganjurkan orang menyembah-Nya pula.

Mendengar tentangan kaumnya yang degil itu, maka bermohonlah Nabi Syu’aib kepada Allah agar menurunkan azab seksanya kepada kaum Madyan. Bagi membuktikn wujud-Nya serta menentang kekuasaannya untuk menjadi ibrah dan peringatan bagi generasi yang akan datang.

Allah menurunkan azabnya berupa kemarau yang panas dan gemuruh petir yang menghancurkan

Allah Yang Maha berkuasa berkenan menerima permohonan dan doa Syu’aib. Maka diturunkanlah terlebih dahulu di atas mereka hawa udara yang sangat panas yang mengeringkan kerongkongan. Dahaga yang tidak dapat dihilangkan dengan air dan membakar kulit yang tidak dapat diubati dengan berteduh di bawah atap rumah atau pohon-pohon.

Di dalam keadaan mereka yang sedang bingung, panik berlari-lari ke sana ke mari, mencari perlindungan dari terik panasnya matahari yang membakar kulit dan dari rasa dahaga kerana keringnya kerongkong tiba-tiba terlihat di atas kepala mereka gumpalan awan hitam yang tebal.

Lalu berlarilah mereka ingin berteduh dibawahnya. Namun setelah mereka berada di bawah awan hitam itu seraya berdesak-desak, jatuhlah ke atas kepala mereka percikan api dari jurusan awan hitam itu diiringi oleh suara petir dan gemuruh ledakan dahsyat sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbun satu di bawah yang lain dan melayanglah jiwa mereka dengan serta-merta.

Baca juga :

Repost dan rujukan : wikipedia, cnnindonesia.com, addeen.my, detik.com, kisahmuslim.com, Kisah Nabi Syuaib

Berjaya

Related Posts

Hukum mewarna dan mencabut uban

Hukum mewarna dan mencabut uban

Cara sabarkan diri : sabar dalam islam

Cara sabarkan diri : sabar dalam islam

Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar

Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar

Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin

Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *