Kisah Nabi Zakaria : merupakan Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada kaum Bani Israil. Allah telah menyebut nama Zakaria sebanyak 12 kali didalam al-Quran. Antara surah yang menceritakan tentang kisah Nabi Zakaria ialah surah Maryam, al-Anbiya’ dan Ali ‘imran.

Isi kandungan :-
- 1. Biodata Nabi Zakaria AS
- 2. Penantian Nabi Zakaria selama 90 tahun untuk mempunyai zuriat
- 3. Kisah ringkas Maryam anak saudara ipar Nabi Zakaria
- 4. Nabi Zakarialah yang menjaga Maryam selepas kematian bapanya
- 5. Peristiwa yang membuktikan Maryam bukanlah gadis biasa-biasa
- 6. Khabar gembira buat Nabi Zakaria iaitu akan dikurnia seorang putra
- 7. Nabi Zakaria menerima petanda yang dinyatakan tentang kehadiran putra tunggalnya
1. Biodata Nabi Zakaria AS
Nama penuh beliau ialah Zakaria bin Yehoiada bin Yusahafat bin Asa bin Abia bin Rehabeam bin Nabi Sulaiman AS bin Nabi Daud AS. Nabi Zakaria ialah antara Nabi yang lahir daripada kaum Bani Israil sediri. Ini termasuklah Nabi Yusuf AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Ilyas AS, Nabi Ilyasa AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS.
Nabi Zakaria telah diutus oleh Allah untuk memimpin kuam Bani Israil yang ketika itu berada di Palestin. Ketika wafatnya, beliau telah dimakamkan di Halap (Aleppo) Syria ketika usia mencapai umur 122 tahun.
Isteri beliau bernama Hanna (Elizabeth) yang juga merupakan ibu saudara kepada Maryam, wanita yang disebut didalam al Quran. Nabi Zakaria mempunyai seorang anak yang bernama Nabi Yahya AS. Anaknya lahir selepas beliau mencapai usia yang sangat tua iaitu 90 tahun.
2. Penantian Nabi Zakaria selama 90 tahun untuk mempunyai zuriat
90 tahun bukanlah waktu yang sekejap. Selama waktu itu, Nabi Zakaria mendambakan anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tanpa henti beliau berdoa dan memohon kepada Allah supaya dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil.
Nabi Zakaria bimbang sekiranya beliau sudah meninggal kelak, kaum Bani Israil tiada pemimpin dan kembali pada cara hidup mereka yang sesat itu. Nabi Zakaria juga memohon supaya garis keturunannya tidak terputus.
Allah menceritakan kisah Nabi Zakaria ini didalam Surah Maryam ayat 3-7 yang bermaksud :
3.~ (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria. 4.~ (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. 5.~ Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. 6.~ Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. 7.~ Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".
3. Kisah ringkas Maryam anak saudara ipar Nabi Zakaria
Maryam yang disebutkan merupakan anak kepada ulama pembesar yang bernama Imran. Keturunan daripada Imran inilah yang esoknya akan menjadi penjaga Baitulmaqdis. Ibu bapa Maryam yang bernazar untuk memberi pewaris lelaki untuk menjadi pengurus Baitumaqdis, redha dengan ketentuan Allah yang mengurniakan Maryam.
Telah ditakdirkan Allah, Imran pergi menghadap ilahi sebelum sempat bertemu anaknya. Ibu maryam sangat kecewa dengan pemergian isterinya. Setelah Maryam dilahirkan, ketika itulah mereka baru sedar anaknya bukanlah seorang lelaki. Hati ibu maryam menjadi semakin kecewa seraya berkata :
"Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernazar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis."
Tetapi Allah lebih mengetahui sesuatu hikmah kejadian dan akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.
4. Nabi Zakarialah yang menjaga Maryam selepas kematian bapanya
Satu pengundian telah dibuat daripada para penguasa Baitulmaqdis. Mereka masing-masing berebut untuk menjadi wali Maryam yang ketika itu masih bayi. Tetapi janji Allah itu pasti bahawa Nabi Zakarialah yang akan menjadi pengawas kepada Maryam. Maka keputusan undian pun jatuh kepada Nabi Zakaria.
Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling yang berpusu-pusu ingin melihat Maryam. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar diatas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga.
Maryam yang sememangnya anak saudara isterinya sendiri sangat menyayangi Maryam. Beliau yang sudah lama menginginkan anak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Maryam yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Nabi zakarialah yang menguruskan segala keperluan Maryam dan menyediakan segala sesuatu yang boleh memberi ketenangan dan kgembiraan kepada anak saudaranya itu.
Baca halaman seterusnya..