Kisah Nabi Zakaria : Dikurniakan anak ketika usia 90 tahun
5. Peristiwa yang membuktikan Maryam bukanlah gadis biasa-biasa
Pada suatu hari tatkala Zakaria datang mengunjungi Maryam seperti biasa, beliau melihat Maryam sedang menjalankan ibadah kepada Allah. Tiba-tiba ia perasan terdapat hidangan makanan berupa buah-buahan musim panas yang terletak di depan Maryam yang sedang bersujud. Berkata Nabi Zakaria didalam hatinya :
"Dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada dalam musim sejuk dan setahunya tidak seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam"
Maka ditegurlah Maryam tatkala selepas selesai ia bersujud dan mengangkat kepala:
"Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam musim sejuk ini."
lalu Maryam menjawab:
"Inilah peberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?"
Demikianlah Allah telah memberi tanda pertamanya sebagai mukjizat untuk Maryam, gadis suciyang akan melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa a.s.
6. Khabar gembira buat Nabi Zakaria iaitu akan dikurnia seorang putra
Nabi Zakaria yang lama menanti cahaya mata tidak pernah jemu untuk berdoa memohon kepada Allah.
"Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa." (Q.S Ali 'Imran: 38).
Sehingga pada suatu hari, Allah menjawap doa Nabi Zakaria dan menjadi petanda bahawa itu adalah mukjizat Allah yang nyata. Lalu Allah mengirimkan Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyunya.
"Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan sholat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh." (Q.S Ali 'Imran: 39).
Allah juga menceritakan perkhabaran ini didalam Surah Maryam ayat 8-11 yang bermaksud :
8.~Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?" 9.~ Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun. 10.~ Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat". 11.~ Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
7. Nabi Zakaria menerima petanda yang dinyatakan tentang kehadiran putra tunggalnya
Petanda yang disebutkan oleh Allah SWT ialah Nabi Zakaria AS tidak akan dapat berbicara selama tiga malam, sedangkan Nabi Zakaria AS dalam keadaan sihat wal afiat. Tidak sakit dan tidak mengalami gangguan kesehatan.
Pada suatu ketika, Nabi Zakaria menemui petanda yang disebut oleh Allah itu. Lantas beliau mengarahkan kaumnya untuk sentiasa bertasbih pada waktu pagi dan petang dengan menggunakan bahasa isarat.
Sehingga datanglah masa kelahiran seorang anak laki-laki yang soleh dan mendapat berkah dari Allah SWT dan nabi-nabi sebelumnya. Hal itulah yang menunjukkan betapa besarnya kebesaran Allah SWT.
Baca juga :
- Senarai Kisah 25 Nabi pilihan Allah
- Kisah Nabi Yunus : Ditelan ikan besar kerana cepat berputus asa
- Kisah Nabi Ilyasa : Berguru dengan Nabi Ilyas
- Kisah Nabi Ilyas : Berdakwah kepada Bani Israil yang degil
sumber : mysurah, wikipedia, detik.com,
- Hukum mewarna dan mencabut uban
- Cara sabarkan diri : sabar dalam islam
- Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar
- Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin
- Covid 19 sebagai ujian kepada manusia – ujian tanda Allah sayang





No Comment