Kisah Nabi Zulkifli : Nabi Zulkifli merupakan anak kepada Nabi Ayub AS dan ibunya bernama Rahma. Zulkifli bukanlah nama sebenar beliau tetapi ia membawa maksud ‘seorang yang bertanggungjawap dan menjalankan amanah yang diberi.
Summary :
- Biodata Nabi Zulkifli
- Kisah Nabi Zulkifli yang sangat berani menggalas tanggungjawap sebagai raja
- Allah memuji kesabaran Nabi Zulkifli sepanjang beliau menjadi raja
- Ujian 1 : Ketika pemerintahannya, Nabi Sulaiman selalu digoda oleh syaitan untuk meruntuhkan kesabarannya
- Ujian 2 : Rakyatnya menolak untuk berperang dengan golongan yang ingkar kepada Allah
Biodata Nabi Zulkifli
Nama sebenar beliau ialah Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.
Nabi Zulkifli lahir dan wafat di Damaskus Syiria. Allah juga menjadikan Zulkifli sebagai Nabi untuk membimbing kaumnya sendiri iaitu Bani Israil. Beliau telah wafat ketika umurnya 75 tahun bersamaan 1500-1425 SM.
Allah telah menyebut Nama beliau sebanyak 2 kali didalam al-Quran iaitu surah Sad dan Suran al-Anbiya’.
Kisah Nabi Zulkifli yang sangat berani menggalas tanggungjawap sebagai raja
Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:
“Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:
“Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah didalam surah Sad ayat 48, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."
Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.
Allah memuji kesabaran Nabi Zulkifli sepanjang beliau menjadi raja
Pemerintahan kerajaan Nabi Zulkifli dilaksanakan dengan penuh kesabaran dan ketaatan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Beliau tetap menepati janji dalam melaksanakan amanah yang diberikan walaupun setelah kewafatan raja tersebut. Bahkan Nabi Zulkifli sentiasa meningkatkan amalam dalam beribadah dan sebagai seorang hakim juga beliau sentiasa melayani rakyatnya dengan adil dan bijaksana.
Sebagaimana Allah telah melakarkan di dalam al-quran akan kesabaran Nabi Zulkifli dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 85-86:
85.~ Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. 86.~ Kami telah memasukkan mereka kedalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.
Baca halaman seterusnya..