Kisah Nabi Zulkifli: Sanggup Menjadi Raja Pada Zamannya

Kisah Nabi Zulkifli: Sanggup Menjadi Raja Pada Zamannya

Ujian 1 : Ketika pemerintahannya, Nabi Sulaiman selalu digoda oleh syaitan untuk meruntuhkan kesabarannya

Suatu hari seekor syaitan dengan sendirinya telah mendatangi Baginda AS dengan menyerupai seorang lelaki tua yang miskin ketika waktu istirehat Baginda. Syaitan berniat untuk melengahkan waktu istirehat beliau dengan harapan agar Nabi Zulkifli dapat tertidur ketika waktu kerjanya.

Lelaki tua tersebut datang dan berpura-pura untuk meminta bantuan Nabi Zulkifli . Dengan lembut dan beradab Nabi Zulkifli bertemu dan menegur lelaki tua tersebut. Lalu lelaki tua mengadukan hartanya yang dirompak. Dengan sabar Nabi Zulkifli berkata, 

“Apabila malam telah tiba maka datanglah ke mari, aku akan kembalikan hakmu.”

Ketika malam tiba, Baginda telah menunggu ketibaan lelaki tua itu namun dia tidak melihatnya dan dia pun bangkit meninggalkan tempat itu. Begitu juga keesokan harinya Baginda masih menunggu kehadiran  orang tua faqir yang dizalimi tersebut, namun tidak menemuinya. Tatkala dia kembali ke rumah untuk istirehat siang, maka pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Dia berkata, “Siapa?” Maka Iblis berkata, “Si tua yang dizalimi.”

Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau. Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar.

Oleh kerana itulah, Allah menggelarkan Basyar dengan gelaran Zulkifli yang bermaksud yang memilki kemampuan, kerana dia telah memikul satu perintah dan mampu menunaikannya.

Ujian 2 : Rakyatnya menolak untuk berperang dengan golongan yang ingkar kepada Allah

Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Mereka yang derhaka ini cuba untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Nabi Zulkifli. Lantas, Nabi Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah.

Rakyatnya berkata: 

“Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang.”

Mendengar perkataan rakyatnya itu, Nabi Zulkifli terus berdoa: 

“Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka.”

Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu: 

“Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan.”

Akhir kata, terdapat banyak pengajaran dan contoh positif daripada kisah Nabi Zulkifli yang boleh kita jadikan tauladan dan ikutan. Terutamanya tentang kesabaran. Sesungguhnya manusia yang beriman itu dirinya tinggi dengan sifat sabar dan terpuji.

Baca juga :

Repost dan rujukan : wikipedia, alquranalhadi.com, akumuslim.asia, Yayasan Pendidikan Malaysia, merdeka.com.

Pages:Previous

Berjaya

Related Posts

Hukum mewarna dan mencabut uban

Hukum mewarna dan mencabut uban

Cara sabarkan diri : sabar dalam islam

Cara sabarkan diri : sabar dalam islam

Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar

Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar

Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin

Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *