Negara Asia Tergemuk : ‘Tergemuk’ atau dipanggil obesiti. Adakah anda tahu negara Malaysia menduduki tempat ke berapa dalam rekod penduduk ‘tergemuk’ di Asia?

Ya, harus diterima kenyataan bahawa, Malaysia menjadi negara nombor satu dalam rekod negara Asia yang penduduknya ‘tergemuk’. Masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia tidak dapat disangkal lagi.

negara asia tergemuk

Peratusan obesiti dewasa di negara-negara Asia. Sumber : imedik.org

Obesiti di Malaysia

Obesiti merupakan satu kondisi di mana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan.

Badan manusia memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan lancar. Apabila sumber tenaga yang diambil lebih tinggi daripada tenaga yang digunakan, badan akan menyimpan sumber tenaga berlebihan ini dalam bentuk lemak. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan obesiti.

Trend obesiti di Malaysia ini telah menjadi kerisauan yang serius dalam rakyat negara ini.

Antara penyakit yang menjadi punca daripada obesiti adalah kanser, penyakit jantungstrok,  diabetis, dan tekanan darah tinggi. Kajian pada tahun 2020 yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia mendapati 3 juta rakyat malaysia telah mengalami masaalah kegemukan.

Menurutnya lagi, kadar obesiti paling jelas di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6%, diikuti Melayu 22.4% dan Cina sebanyak 19.5%.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org

negara asia tergemuk

Masalah kegemukan di Malaysia semakin parah akibat pemakanan tidak seimbang

Punca peningkatan obesiti di Malaysia

Terdapat beberapa sumber mengapa obesiti bertambah mendadak pada zaman ini. Antaranya pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.

Pemakanan yang berkarbohidrat dan tinggi kandungan gula akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dihasilkankan untuk meneutralkan paras gula.

Akhirnya pasti, paras gula akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan terasa kurang bermaya, lesu, dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa banyak penyakit.

Sumber : google image. Contoh pemakanan yang manis dan berlebihan

Anda juga berminat :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like