Panduan memohon Google Adsense : Tahukah anda Google Adsense boleh memberi anda peluang untuk meghasilkan duit tambahan?? Ya, anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan Gooe Adsense! Bahkan, ada juga yang berjaya menjadikan Google Adsense sebagai sumber pendapatan mereka.
Memohon Google AdSense adalah langkah penting jika anda ingin menjana pendapatan daripada laman web, blog, atau saluran YouTube anda.
Sebelum itu, fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan Google Adsense ni.
Apa itu Google Adsense?
Gambar hanya sekadar hiasan. Panduan memohon Google Adsense
Google AdSense adalah program yang dijalankan oleh Google di mana penerbit laman web di Jaringan Google boleh melampirkan laman kandungan seperti teks, gambar, video, atau iklan media interaktif yang ditargetkan ke konten website anda dan penonton. Iklan ini ditadbir, disusun, dan dikendalikan oleh Google.
Dengan erti kata lain, Google akan meletakkan iklan-iklan dalam website anda dengan kebenaran anda. Jadi, Google akan membayar kepada pemilik website apabila iklan-iklan ini dilihat atau ditekan oleh pembaca dan pelawat website anda.
Malah, Google turut membayar setiap page view yang mempunyai iklan daripada Google tanpa mengira bilangan iklan yang diletak.
Tidak hanya boleh diletak di website atau blog anda, Google Adsense juga digunakan utuk aplikasi Youtube.
“Tahukah anda? Aplikasi Youtube mendapat rating Google Adsense lebih tinggi berbanding blogging dan website. Jadi, anda juga boleh mencuba aplikasi ini”
Fakta Google
Syarat yang perlu dipenuhi
Google sangat serius mengenai kualiti rangkaian iklan mereka. Syarat, peraturan, dan pematuhan mereka sangat ketat yang harus Anda ikuti. Berikut adalah syarat yang perlu anda patuhi sebelum mendaftar ke AdSense.
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Perlu mempunyai akaun Gmail aktif yang tidak tertaut ke akaun AdSense yang lain
- Anda perlu mempunyai laman web, dan laman web itu harus memenuhi semua syarat perkhidmatan Google.
- Baca lebih lanjut mengenai dasar Google di sini: https://support.google.com/adsense/answer/48182
- Baca juga : Begini cara saya memulakan Blog tahun 2020
Panduan langkah demi langkah untuk memulakan proses permohonan dengan google adsense
1. Mempunyai laman web atau blog yang sudah siap tersiar
Sebelum boleh memohon dengan Google Adsense, anda perlu memastikan blog anda memenuhi 4 keperluan berikut :
- Kualiti kandungan blog : Pastikan blog anda mempunyai kandungan yang asli, berkualiti, dan relevan untuk menarik perhatian pengunjung.
- Bilangan artikel : Google mengesyorkan anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20-30 jumlah kandungan artikel/post (lebih baik lebih banyak) untuk permohonan anda diterima.
- Reka Bentuk Blog : Pastikan laman web atau blog anda adalah mesra pelanggan dimana ia mudah untuk dilayari dan mempunyai reka bentuk yang responsif (berfungsi dengan baik didesktop mahupon telefon bimbit).
- Halaman Penting : Halaman seperti halaman tentang dasar provasi dan halaman terma dan syarat dapat memberi impak yang besar kepada laman blog anda. Halaman ini memberikan kesan profesional.
2. Mendaftarkan laman website atau blog anda dengan Google Adsense
Pastikan anda mengikuti langkah dibawah satu persatu untuk berjaya memphon dengan Google Adsense.
Berikut adalah cara-cara untuk memohon Adsense daripada Google
1) Anda perlu mulakan dengan melayari laman web AdSense di sini: https://www.google.com/adsense/start
Panduan memohon google adsense
Pada halaman yang sama, klik “Log in” dan anda akan diarahkan ke halaman di mana anda perlu log masuk ke akaun Gmail anda. Setelah memasukkan alamat e-mel dan kata laluan anda, klik pada butang “Seterusnya”.
2) Seterusnya, anda akan diarahkan ke halaman yang memberi anda mesej berikut seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah. Klik “sign up” untuk mendaftar ke akaun AdSense anda.
Panduan memohon google adsense
Sekarang anda perlu memasukkan semua butiran anda, yang merangkumi laman web dan alamat e-mel anda. Anda juga boleh memilih bantuan dan cadangan prestasi yang disesuaikan dari AdSense. Skrin anda akan kelihatan seperti ini:
3) Pada halaman seterusnya, anda akan menerima arahan yang membolehkan anda menghubungkan laman web anda ke AdSense. AdSense akan memberi anda potongan kode yang perlu anda tambahkan ke laman web anda di bahagian header. Mereka juga akan memberi anda arahan khusus mengenai cara melakukannya apabila anda mempunyai laman web WordPress. Setelah memasukkan kod di laman web anda, klik butang hantar.
Seperti saya yang menggunakan laman hosting c-panel caranye adalah dengan menginstall plugin
Log masuk ke papan pemuka pentadbir WordPress anda. Pergi ke Plugin> Tambah baru> Cari plugin Insert Header and Footers. Pasang pemalam dan aktifkan:
Pergi ke menu Tetapan> Masukkan pada header dan footer kod pengesahan Google AdSense ke bahagian header sahaja. Seterusnya Simpan perubahan:
Kini laman web anda sudah siap untuk disemak oleh pasukan Google AdSense. Pastikan siaran kod tetap disiarkan di laman web anda sehingga AdSense bertindak balas. Kadang-kadang diperlukan beberapa hari atau hingga dua minggu untuk pasukan AdSense menghubungi anda.
3. Masukkan kod iklan Adsense didalam laman web anda
Selepas berjaya pendaftaran, Google akan memberi anda kod iklan untuk dilampirkan di laman web atau blog anda. Anda perlu :
- Masukkan Kod Iklan dalam Laman Website : Untuk melakukanya, anda perlu menambah kod AdSense dalam HTML laman web anda di tempat yang sesuai, seperti di antara tag <head> atau di kawasan di mana anda mahu iklan dipaparkan. Untuk lebih mudah, masukkan kod iklan anda pada bahagian header laman anda.
- Menyemak dengan “Preview” : Selepas kod Adsense anda ditampat, anda boleh menyemak iklan pada laman anda dengan menekan butang “preview”. Disini, AdSense akan memaparkan iklan semasa proses semakan permohonan.
4. Proses dan tempoh penilaian daripada pihak Google
Selepas permohonan dihantar kelada Google, permohonan akan ditapis dan direview sendiri oleh Google Team.
Proses penilaian ini boleh mengambil masa dari beberapa hari kepada beberapa minggu.
Perkara utama yang akan direview oleh Google adalah : kualiti kandungan, rekabentuk laman, dan kesesuaian untuk menyiarkan iklan. Mereka juga akan memeriksa jika laman web anda mematuhi semua dasar AdSense atau tidak.
5. Keputusan penilaian
Jika permohonan anda diterima, anda akan dimaklumkan dan iklan akan mula disiarkan di laman web anda. Anda akan mula menerima pendapatan berdasarkan klik atau paparan iklan.
Jika permohonan anda ditolak, Google akan memberikan maklum balas mengenai sebabnya. Anda boleh membuat beberapa perubahan yang dinyatakan oleh Google dan memohon semula selepas beberapa minggu.
6. Pentingnya mematuhi Polisi Adsense
Antara perkara polisi yang tidak boleh anda larang jika tidal mahu akaun anda digantung adalah :
- Tidak boleh klik iklan sendiri atau meminta orang lain untuk melakukannya.
- Tidak digalakkan untuk klik palsu.
- Kandungan blog haruslah bebas dari pelanggaran hak cipta, keganasan, atau kandungan haram.
Cara log in ke Google Adsense
Setelah akaun anda diluluskan, anda boleh mula menjana wang dengan iklan daripada Google. itu adalah perasaan yang luar biasa! Pergi ke URL yang sama dengan yang anda lawati untuk mendaftarkan akaun: https://www.google.com/adsense/start/. Sekarang, daripada mengklik butang “Get Start”,tetapi klik butang “Log In”.
Mudahkan dengan mengikuti 4 step ini, Admin berjaya memonitize laman web Min dengan menggunakan Google Adsense.
Pendapatan Google AdSense untuk 1000 Paparan: Apa yang Blogger Perlu Tahu
Pada akhirnya, untuk menentukan pendapatan blog pada 1000 page view menjadi sukar namun jika diambil pada kadar rata kemungkinan pendapatan anda untuk bilangan muka sebanyak ini adalah $0.50 ke $2.50.
Berapakah Bayaran Google Ads Bagi Setiap Paparan?
Iklan Google membayar kira-kira $0.008 hingga $0.020 bagi setiap tontonan secara purata. Manakala penerbit AdSense menerima 68% daripada hasil iklan yang diiktiraf oleh Google berkaitan dengan kandungan AdSense ini dan 51% untuk Carian AdSense tanpa mengira lokasi geografi penerbit.
Mengapa pendapatan adsense anda menurun dan ini yang anda perlu solusikan
Kebanyakan blogger laman web atau penerbit melaporkan bahawa hasil pendapatan Google Adsense mereka akan menurun setiap hari sejak awal tahun walaupun trafik kekal sama atau menangga.
Penurunan pendapatan Adsense boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Berikut ialah 4 faktor yang anda perlu titik beratkan untuk mengkaji mengapa pendapatan Adsense anda semakin menurun :
1. Reka Bentuk Laman Web Anda Telah Berubah
Jika baru-baru ini anda membuat perubahan pada reka design dan letak tapak web anda, anda perlu menyiasat dan mengetahui sama ada iklan dipaparkan di tapak web anda adalah seperti biasa. Perubahan tema atau reka bentuk tapak web mengakibatkan perubahan pada saiz dan bilangan iklan yang akan dipaparkan.
2. Awal Tahun Suku Pertama
Peratusan hasil yang diterbitkan oleh pemilik tabak web setiap suku tahun pertama (Januari, Februari dan Mac) menunjukkan bahawa bulan itu secara amnya mengalami kadar iklan yang rendah kerana pengiklan lebih cenderung untuk berbelanja lebih pada bulan Oktober, November dan Disember (Suku tahun terakhir) ialah bulan terbaik untuk hasil AdSense kerana perniagaan melabur lebih banyak dalam pemasaran.
3. Kejatuhan Ekonomi
Ekonomi yang stabil tidak dapat ditentukan secara global, jadi pada ketika ekonomi sedang jatuh, para peniaga biasanya akan mengurangkan kos perbelanjaan pengikalan. Ini bermakna penurunan dalam permintaan untuk ruang iklan akan memberi kesan pasa kos setiap klik yang anda terima. Contohnya, jika kos setiap klik adalah $10, kini ia akan berkurang kepada $1.
4. Lokasi / Demografi
Pengiraan revenue bagi CPC, CPM dan RPM adalah berbeza dengan ketara mengikut lokasj pengguna.
“Jika halaman yang mempunyai bilangan pelawat yang tinggi dari negara perbelanjaan iklan yang tinggi telah menurun dalam kedudukan carian, maka anda mungkin akan mengalami penurunan dalam hasil AdSense walaupun mempunyai jumlah trafik yang sama.
5. Revenue RPM yang berbeza mengikut negara
Negara manakah yang memiliki nilai RPM tertinggi bagi Google Adsens?
Negara dengan nilai perbelanjaan iklan yang tinggi akan menpunyaj nilai RPM yang lebih tinggi berbanding negara dengan nilai perbelanjaan yang lebih rendah.
Antaranya ialah, UK, AS, Kanada dan Australia akan menjana hasil yang lebih tinggi berbanding negara lain.