Blogging

Pertama kali berjaya withdraw duit daripada affiliate marketing dengan involve asia!

Berjaya withdraw dengan involve asia | Affiliate marketing merupakan salah satu cara untuk saya menjana income daripada berblogging. Siapa sangka, selepas setahun lebih blog ini dibentuk, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan duit daripada affiliate marketing.

Baca sampai habis dan ikuti suka dan duka sy bersama affiliate marketing involve asia ni.

Baca juga : Cara buat duit dengan Affiliate Marketing

involve asia tu apa?

Sebelum tu, korang tahu ke involve asia tu apa?? Mana yang dah tahu tu ok lah, kalau yang belum tahu tu macam ni.

Involve asia ni merupakan orang tengah antara penjual (contoh shopee, lazada dll), dan publisher macam blogger ni.

Biasa korang tengokkan orang promote barang shopee kat facebook tu? kalau ada orang klik dan beli diorang akan dapat komisyen macam tu. involve asia inilah yang akan menguruskan komisyen korang.

Tak faham jugak? korang gi lah baca kat google sendiri. hahha.

Apa yang penting kita promote barang dan ada orang beli daripada link yang kite beli tu, dari situlah kite akan dapat komisyen.

Berjaya mencapai minimum amount untuk withdraw daripada involve asia

Involve asia ni tak susah sangat berbanding Google adsense tu. Kalau Google adsense minimum withdrawal dia kena mencapai $100. Tapi dengan involve asia, korang hanya perlu mencapai RM80 je.

Involve asia ni pakai Dollar jugak ye. Cumanya diorang dah siap-siap convert jadi RM dalam sistem dia jugak.

Berjaya withdraw dengan involve asia
Amount yang ditunjukkan ialah amount yang pertama kali berjaya dikeluarkan

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, ada amount yang saya berjaya withdraw buat pertama kalinya iaitu MYR 164.39.

Seronokkan? selepas hampir 2 tahun bersusah payah dengan berblogging, akhirnya nampak jugak hasil dia. Yelah walaupon permulaannya kecil, inshaAllah lepas ni kita target sebulan RM500 pulak. Aminn..

Baca juga : Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!

purata pendapatan bulanan daripada involve asia
Berjaya withdraw dengan involve asia
gambar 2

Sehingga tahun 2022, purata pendapatan bulanan daripada involve asia ni cuma 4-5 dollar sahaja. Kalau dalam duit Malaysia cuma RM16-20 sahaja macam tu.

Agak slow dan sedikit bulanan yang saya mampu capai. Yela, pertama kalau dapat amount miniman cash withdrawal tu ialah selepas kira-kira setahun setengah daripada masa blog ini ditubuhkan.

Tapi inshaAllah, saya akan usaha lagi untuk naikkan amount tu.

So korang yang masih belum berjaya dapat withdraw daripada involve asia tu boleh giveup, tapi dah rehat sekejap kena cuba lagi and keep do it and buat tanpa jemu okeh??

harapan bersama

Akhir kata, saya berharap artikal dan postingan ini boleh memberi serba sedikit inspirasi dan manfaat kepada korang yang masih struggle dengan blogging atau yang masih mencuba untuk mencari side income yang lebih baik.

Nothing is impossible. Apa yang penting buat tanpa henti, kerapkan membaca pengalaman orang lain dan jangan rehat lama-lama. Semoga korang juga berjaya withdraw daripada involve asia ni.

*Untuk sebarang pertanyaan dan pendapat lain, korang boleh tinggalkan diruangan komen dibawah. Terima kasihhh.

Masuk sini untuk permohonan pertama Involve asia anda : https://involve.asia/, Berjaya withdraw dengan involve asia

1 Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like