Apakah itu ramadhan / Tarikh permulaan ramadhan pada tahun ini dijangka bermula pada hari selasa; 13 April 2021, dan berakhir pada Khamis; 13 May 2021.
Bagaimanakah tarikh Ramadan ditentukan?
Takwim Hijrah atau kalender hijrah ditentukan berdasarkan pada orbit bulan yang mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menentukan saat pembentukan hilal , satu; kaedah penglihatan dengan mata kasar (rukyah) dan kedua ialah kaedah perhitungan astronomi (hisab).
Sesetengah negara menggunakan kaedah rukyah sahaja untuk menetukan bulan hijrah manakala sesetengah yang lain menggunakan kaedah hisab sahaja. Di Malaysia, menurut sumber daripada ikimfm.my, negara kita telah menggunakan kedua-dua kaedah tersebut iaitu rukyah dan hisab. Menurut daripada sumber ini juga beberapa peralatan telah digunakan untuk melihat anak bulan.

Apakah itu ramadan?
Ramadan ialah perkataan yang diambil dari bahasa arab yang bermaksud ‘panas terik’. Ramadan yang biasa dikenali sebagai Ramadan al-Mubarak” merupakn bulan yang ke-9 dan bulan yang paling suci dalam Islam. Ia mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini, umat Islam ini diwajibkan untuk berpuasa seperti yang Allah sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…
Kata akar daripada perkataan ramadan ialah رمض , yang bermasud panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
ramadan 2024 : tarikh dan cuti umum
Bilakah hari pertama Ramadan bagi tahun 2024? Bagi tahun ini, Ramadan akan jatuh pada 12 March 2024 bersamaan hari selasa.
Bagi negeri Johor, Kedah dan Melaka, hari pertama ramadan merupakan hari cuti umum dimana sekolah sekolah, syarikat awam dan lain-lain akan tutup bersempana permulaan Ramadan.
Manakala negeri-negeri selain 3 diatas tidak akan bercuti.
Jadi bagaimana perancangan anda untuk tahun ini? Sudah merancang untuk berpuasa bersama keluarga tercinta dikamoung halaman?
Selamat berpuasa kami ucapkan buat semua pembavca blog motivasinformasi.com. Semoga anda menjalani ibadah puasa dengan penuh barakah.
Ramadan 2024 / Apakah itu ramadhan /
Baca juga : Ramadan kareem : 3 sejarah terpenting dalam bulan ramadan
Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadan