Motivasi

3 Sejarah Besar dalam Bulan Ramadhan: Peringatan dan Hikmah untuk Umat Islam

Sejarah Besar dalam Bulan Ramadhan | Bulan Ramadan kareem merupakan bulan yang akan dimanfaatkan oleh umat Islam untuk merenung dosa sendiri dan berfikir, memperbanyakkan solat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat.

Kerana dalam bulan ini, Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda serta bulan pembersihan dosa bagi umat islam. Dengan berpuasa, kita dapat meningkatkan disiplin diri, menjadi pemurah, dan dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.

Sejarah dalam bulan Ramadhan

sumber : pinteres image

1. Turunnya al-quran (malam lailatul qadar)

Wahyu yang pertama diturunkan jatuh pada 17 ramadhan iaitu اقرأ yang mengandungi maksud yang cukup hebat. Didalam Surah al-Baqarah ayat 185 jelas dinyatakan tentang turunnya al Quran pada bulan ramadan

:شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya : bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekali manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..

al-Baqarah : 185

Ayat ini menjadi petunjuk bahawa al-Quran itu sebagai petunjuk yang memandu manusia kepada hala tuju yang jelas dan nyata.

2. Bulan pemergian isteri Nabi dan Bapa saudara Nabi Muhammad SAW

Pada era makkiyah, dibulan ramadan yang mulia, Nabi telah menerima ujian berat dengan pemergian dua individu penting iaitu pemergian isteri Baginda SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tidak lama kemudian pemergian bapa saudara Baginda SAW pula dijeput illahi, Abu Thalib.

Tahun yang dinamakan sebagai عام الحزن merupakn tahun kesedihan buat baginda Rasulullah SAW. Hal ini kerana, dua individu tersebutlah yang banyak menolong Nabi berjuang menyebarkan Islam kepada masyarakat.. Pemergian mereka memberi kesan yang agak mendalam buat Rasulullah SAW.

Bulan Ramadhan juga menjadi saksi pemergian beberapa orang yang penting dalam sejarah Islam, antaranya pemergian Saidina Ali RA pada 17 Ramadhan 40 Hijrah, pemergian Saidatinana Amru Al Ash pada 30 Ramadhan 43 Hijrah, dan pemergian Ummul Mu’minin Saidatina Aisyah RA pada 17 Ramadhan 58 Hijrah.

3. Bulan perjuangan dan bulan yang melihat pembukaan kota Mekkah

Bulan Ramadan juga menjadi saksi kepada beberapa peristiwa peperangan dan pembukaan Islam samada berlaku pada zaman Nabi SAW mahupun di zaman para Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Pembukaan Mekkah berlaku pada 21 Ramadhan tahun 8 Hijrah bersamaan 630 Masihi. Peristiwa ini telah disebut oleh Allah SWT di dalam al Quran;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِإِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2)فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, (2) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (3)

Dua peperangan penting yang berlaku pada bulan Ramadan adalah :

  • Peperangan Badar : telah berlaku pada 17 Ramadah tahun 2 Hijrah dan merupakan peperangan pertama yang terjadi dalam Islam. 
  • Peperangan Tabbuk : peperangan yang terakhir berlaku pada bulan Ramadan di zaman Nabi SAW. Ia berlaku pada bulan ramadan kareem tahun 9 Hijrah.

Baca juga : Menggali Keistimewaan Bulan Ramadhan: Kebaikan yang Unik dan Berbeza

Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadan, https://berita.pas.org.my/peristiwa-penting-di-bulan-ramadan-pengajaran-dan-pengiktibaran/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like