Motivasi

Menyambut Ramadan 2025: Tarikh Jangkaan dan Pengenalan kepada Bulan Mulia

Tarikh Jangkaan Ramadan 2025 | Ramadan 2025 dijangka akan bermula pada 2 Mac 2025 (Ahad), tetapi tarikh ini turut bergantung kepada penampakan anak bulan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan dalam kalendar Islam.
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kesedaran spiritual. Pada tahun 2025, Ramadan dijangka akan bermula pada tarikh 2 Mac, bergantung kepada penglihatan anak bulan yang menentukan permulaan bulan suci ini.

Bagaimanakah tarikh Ramadan ditentukan?

Takwim Hijrah atau kalender hijrah ditentukan berdasarkan pada orbit bulan yang mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menentukan saat pembentukan hilal , satu; kaedah penglihatan dengan mata kasar (rukyah) dan kedua ialah kaedah perhitungan astronomi (hisab).

Sesetengah negara menggunakan kaedah rukyah sahaja untuk menetukan bulan hijrah manakala sesetengah yang lain menggunakan kaedah hisab sahaja. Di Malaysia, menurut sumber daripada ikimfm.my, negara kita telah menggunakan kedua-dua kaedah tersebut iaitu rukyah dan hisab. Menurut daripada sumber ini juga beberapa peralatan telah digunakan untuk melihat anak bulan.

Apakah itu ramadhan

sumber : ikimfm.my (peralatan yang digunakan untuk kaedah rukyah dalam penentuan takwim hijrah

Apakah itu ramadan?

Ramadan ialah perkataan yang diambil dari bahasa arab yang bermaksud ‘panas terik’. Ramadan yang biasa dikenali sebagai Ramadan al-Mubarak” merupakn bulan yang ke-9 dan bulan yang paling suci dalam  Islam. Ia mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini, umat Islam ini diwajibkan untuk berpuasa seperti yang Allah sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

Kata akar daripada perkataan ramadan ialah رمض , yang bermasud panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah.

Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan.

Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

ramadan 2025 : tarikh dan cuti umum

Bilakah hari pertama Ramadan bagi tahun 2025? Bagi tahun ini, Ramadan dijangka akan jatuh pada 2 Mac 2025 bersamaan hari Ahad. (Rujukan daripada kalender 2025)

Tarikh jangkaan ramadan

Kalender Mac 2025 untuk rujukan anda | Sumber : Google Image | Tarikh jangkaan ramadan

Bagi negeri Johor, Kedah dan Melaka, hari pertama ramadan merupakan hari cuti umum dimana sekolah sekolah, syarikat awam dan lain-lain akan tutup bersempana permulaan Ramadan.

Manakala negeri-negeri selain 3 diatas tidak akan bercuti.

Jadi bagaimana perancangan anda untuk tahun ini? Sudah merancang untuk berpuasa bersama keluarga tercinta dikamoung halaman?

Selamat berpuasa kami ucapkan buat semua pembaca blog motivasinformasi.com. Semoga anda menjalani ibadah puasa dengan penuh barakah.

Persediaan Menyambut Ramadhan

Menjelang bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk melakukan beberapa persediaan agar dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan penuh keberkatan. Persediaan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama: persediaan fizikal dan persediaan spiritual.

Persediaan Fizikal:
  1. Menjaga kesihatan: Menjaga tubuh badan dengan pemakanan yang seimbang dan memperbanyakkan pengambilan air sebelum fajar.
  2. Berlatih berpuasa: Bagi mereka yang pertama kali berpuasa atau ingin mempersiapkan diri dengan lebih baik, anda boleh melakukan puasa sunat pada bulan Syaaban diamana ia adalah amalan yang baik.
Persediaan Spiritual:
  1. Memperbanyakkan ibadah: Bersedia untuk menyambut Ramadhan dengan memperbanyakkan doa, istighfar, dan membaca Al-Quran. Memperbanyakkan amalan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud akan membantu hati kita lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan.
  2. Menguatkan niat: Memperbetulkan niat dan memastikan kita berpuasa dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukan hanya untuk mengikut tradisi semata-mata.
Kesimpulan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, ampunan, dan peluang untuk menjana pahala yang besar.

Menyambut Ramadhan 2025 yang dijangka bermula pada 2 Mac adalah kesempatan untuk umat Islam menambah amalan ibadah, memperbaiki diri, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah sama-sama kita menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan persediaan, serta mengambil setiap kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah, bersedekah, dan memohon keampunan Allah. Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan yang besar buat kita semua.

Ramadan 2025 | Apakah itu ramadan | Tarikh Ramadan 2025 |

Baca juga : Ramadan kareem : 3 sejarah terpenting dalam bulan ramadan

Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like