Bulan Ramadhan adalah bulan dimana umat islam diwajipkan keatas mereka untuk berpuasa. Antara 5 keistimewaan bulan ramadhan ini adalah wajib untuk para muslim tahu dan fahami. Hal ini kerana keistimewaan ini tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain.
1. Bulan dimana pahala amal kebaikan dilipatgandakan oleh Allah
Pada bulan ini Allah SWT telah memilih suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam al-Qadar atau ‘Lailatul Qadar’. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)
Di bulan Ramadhan ini banyak amal ibadah istimewa seperti sholat tarawih, zakat fitrah, dan sedekah makan orang yang berbuka puasa. Sehingga amal dan ibadah yang kamu kerjakan boleh memberi pahala yang berlipat-ganda.
2. Terbukanya pintu kebaikan kepada semua umat islam
Didalam riwayat hadis Bukhari dan Muslim, ada menyatakan bahawa, apabila datangnya bulan Ramadhan, seluruh pintu-pintu langit dibuka. Manakala pintu-pintu neraka ditutup dengan rapat, malah semua syaitan-syaitan diikat dineraka. Seterusnya, ia memberi keistimewaan pada bulan Ramadhan sebagai momentum untuk kita memperbanyakkan amal kebaikan dan ibadah kepada Allah.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda maksdunya “apabila masuk bulan Ramadan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Bulan pengampunan dosa
Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”.
Hadis dari Abu Hurairah r.a
Dibulan yang mulia ini, umat manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam meminta keampunan Allah serta dijauhkan dari azab api neraka.
4. Malam lailatulqadar
Malam lailaturqadar merupakan malam yang mempunyai kebaikan sehingga 1000 kali berbanding malam yang lain. Malam Lailatulqadar ini dikatakan terletak pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Jadi kita disarankan untuk menggandakan lagi ibadah dan taubat pada malam-malam tersebut. Supaya kita peroleh malamm yang mulia tersebut.
Malam LailatulQadar ada dijelaskan oleh Allah dalam surah Al Qadar ayat 1-5 yang bermasud :
“(1) Sesungguhnya kami Allah telah menurunkan Al Qur’an pada malam kemuliaan. (2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. (3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (4) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Allah untuk mengatur segala urusan, (5) Malam itu penuh keselamatan sampai terbit fajar.”
surah Al Qadar ayat 1-5
5. Bulan yang Allah turunkn al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada manusia.
Didalam Surah Al Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
“Bulan Ramadhan merupakan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk manusia, penjelasan dari petunjuk, dan pembeda (antara yang benar dan yang batil).”
Surah Al Baqarah ayat 185
Kesimpulannya, bulan Ramadhan merupakn bulan yang mulia terkandung 1001 hikmah. Marilah sama-sama kita terus kuatkan diri dan hati untuk mencari redha dan keampunan dosa.
Saya sebagai manusia yang hina dan berdosa dengan ini mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan atas segala kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan.
Baca juga : Niat dan Doa harian sepanjang bulan Ramadan, Ramadan 2021 : Apakah itu ramadhan?
Rujukan : https://ikimfm.my/keistimewaan-ramadan/, https://www.suara.com/news/2021/03/07/134520/5-keistimewaan-bulan-ramadhan-muslim-wajib-tahu-dan-paham?page=all, https://www.mysumber.com/tarikh-ramadhan.html