Ayam goreng korea dengan sos korea adabi : Produk masakan jenama adabi telah mengeluarkan satu produk iaitu sos korea adabi. Rasanya sedap dan pedas boleh setanding dengan sos korea original.

Pelbagai resepi ayam goreng korea rangup dengan menggunakan paste sos keluaran adabi nih. Rasanya yang pedas dan manis boleh dimakan begitu sahaja atau bleh juga dimakan bersama nasi panas.

Untuk mendapatkan rasa yang lebih, sedikit tambahan bahan lain yang mampu memberi rasa yang lebih mengancam kepada ayam korea crispy anda.

Dapatkan sos ayam goreng korea adabi di official store adabi di shopee

resipi sos korea adabi
shopee.com.my/Adabi-Sos-Korea-Pedas-340g

Anda teringin nak rasa sos ayam korea keluara adabi nih? Untuk mendapatkannya, anda boleh terus ke kedai atau beli secara atas talian di kedai rasmi Adabi di Shopee.com.my.

Dengan harga serendah RM9.90, anda boleh buat sendiri dirumah ayam korea rangup kegemaran anda tanpa perlu bersesak-sesak dikedai.

Bahan untuk ayam goreng korea rangup

sos korea adabi
Bahan utama untuk membuat ayam goreng rangup korea. Mudah dan cepat.

Kuantiti bahan ini adalah mengikut citarasa anda. Tidak perlu ragu-ragu untuk dapatkan rasa yang terbaik.

  • 10 ketul ayam bahagian peha atau kepak.
  • 1 biji telur
  • tepung goreng bestari original atau spicy
  • Minyak untuk menggoreng
  • 5 sudu besar sos korea adabi
  • 2 sudu besar sos cili biasa – saya pakai sos cili longsong sedap dan manis. Tambahan sos adalah untuk mengurangkan kepedasan
  • 1 sudu gula perang atau gula biasa pun boleh
  • 2 sudu makan madu
  • 1 atau 1 1/2 sudu minyak untuk digaul bersama sos
  • bijan
Cara-caranya ialah
  1. Pertama sekali anda perlu salut ayam bersama telur dan tepung bestari. Tips untuk kurangkan pedas, cikna campur dua jenis tepung ini dengan nisbah 1/2.
  2. Deep fried ayam sehingga masak
  3. Dalam bekas lain, gaulkan sos korea adabi, sos cili gula madu dan minyak (supaya kelihatan shiny) bersama sedikit air panas (agak-agak)
  4. Hidangkan didalam pinggan yang cantik dan taburkan bijan.
Resipi ayam goreng korea
Ini dia ayam goreng rangup pedas korea versi cikna

Sos yang cikna buat tidak terlalu pekat dan terlalu pedas. Jadi ia lebih seleda untuk dimakan dan diratah.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Pengguna lain turut membaca :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like