Resipi ikan masak asam pedas simple : Tahukah korang asal usul masak asam pedas? Sumber daripada wikipedia kata asam pedas berasal daripada makanan tradisi orang Minangkabai, Sumatera. Kemudian resepi ini mula tersebar ke Borneo, Malaysia, dan seluruh negara Indonesia.
Di Malaysia pula, asam pedas terkenal masakananya di Melaka dan Johor. Mereka mempunyai cara masakan yang berbeza. Bahan utama masakan asam pedas ialah ikan. Sebenarnya ikan jenis apa pun boleh dibuat masak asam. Tetapi ikan yang popular dibuat masak asam ialah ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk.
Perbezaan asam pedas utara dan selatan Malaysia
Perbezaan utama antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan jenis asamnya. Asam pedas di negeri selatan Malaysia biasanya menggunakan perahan air asam jawa. Jadi masakan asam pedas ini akan kelihatan lebih pekat. Manakala utara Malaysia lebih selesa menggunakan asam gelugur atau dikenali juga sebagai asam keping. Jadi masakan mereka akan menjadi lebih cair.
Jadi anda boleh memilih samaada mahu menggunakan asam jawa atau asam gelugur menegikut cita rasa anda sendiri.
Bahan utama untuk Resipi ikan masak asam pedas simple
Sukatan bahan ini anda boleh sesuaikan mengikut citarasa dan kuantiti ikan anda :
- 8 ulas bawang merah
- Segenggam tangkai cili kering – kurangkan jika tak nak terlalu pedas
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- Ikan pilihan anda
- 1 sudu asam jawa adabi bancuh dengan 1 cawan air
- 1 batang serai – dititik
- daun kesum segenggam / setengah
- bendi – pilihan
- tomato – pilihan
- minyak untuk menumis
- dan garam
Cara-caranya
- Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
- Tumis dalam minyak sehingga naik bau, pecah minyak dan sedikit garing
- Masukkan perahan air asam jawa, daun kesum, serai, pilihan sayuran dan garam.
- Biar mendidih dan semua bahan enjadi sebati. Pastikan bendi anda sudah lembut / empuk
- Last sekali masukkan ikan. Dan biar ia masak seketika.
- Siap dan sedia untuk dihidang
Asam pedas sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Jika rasa masakan anda terlalu pekat, anda boleh sesuaikan dengan tambahan air.
Pengguna lain turut membaca :
- Resipi ikan masin masak asam
- Viral tiktok : resipi tomyam seafood macam kat kedai
- Resipi sambal cili ala-ala cili sate kajang
- Resepi ayam : masak paprik simple
sumber lain : https://en.wikipedia.org/wiki/Asam_pedas, https://ms.wikipedia.org/wiki/Asam_pedas, http://resepicheff.blogspot.com/2017/11/asam-pedas-ikan.html.