Roti paratha frozen kawan : Di Malaysia ini, roti canai merupakan makanan sarapan pagi yang paling digemari oleh warganya. Terutama jika dimakan terus selepas masak. Roti canai sesuai dicicah dengan kuah pilihan seperti kuah dal, kuah kari cair dan sambal. Bagi cikna, cikna minat makan roti canai dengan kuah dal dicampur denga sambal yang manis.
Sekarang, pilihan roti canai yang di frozenkan terlalu banyak. Tetapi yang yang kegemaran dan pilihan hati cikna ialah roti paratha frozen keluaran jenama ‘Kawan’. Eh, roti canai dengan paratha tu sama ke? Roti paratha lebih kurang macam roti canai tetapi teksture nya lebih lembut dan berlayer.
Anda boleh dapatkan roti ini di kedai runcit yang menjual daging burger atau kedai seperti Tesco dan lain-lain.

Roti paratha frozen kawan : Penerangan produk
Sumber daripada kedai rasmi online Tesco, roti paratha ini sebernarnya mempunyai pelbagai jenis roti yang dibuat. Tetapi yang hanya menjadi kegemaran cikna ialah roti paratha frozen jenis plain.
Paratha roti jenis plain ini dia mempunyai tekstur serpihan, berlapis dan aroma yang sangat menarik selera. Roti paratha biasa dimakan secara tradisional bersama kuah roti canai atau boleh juga dimakan bersama jem coklat.
1. Sijil halal
Jika anda lihat pada bungkusan plastik roti frozen ini, ia mempunyai cop dan sijil halal yang diperakui oleh Jakim. Jadi pengguna islam tidak perlu khuatir dengan kehalalan produk ini.
Dalam setiap bungkusan roti plain paratha Kawan mempunyai 5 keping roti dengan jumlah berat sebanyak 80 g.
2. Bahan-bahan pembuatannya
Roti paratha frozen jenama ‘Kawan’ ini mempunyai 0% lemak trans dalam setiap hidangan. Jadi ia sangat sesuai untuk dijadikan salah satu hidangan dietry seseorang. Ia juga tidak mempunyai bahan pengawet langsung.
Antara bahan lain yang tertulis pada bungkusan roti ini ialah tepung Gandum (52%), Air, Margarin (Minyak Kelapa Sawit, Air, Garam dan Makanan Tambahan) (Mono dan Diglycerides of Fatty Acids (E471), Phospholipid and Citric Acid (E330)), Gula, Garam dan Serbuk Pembakar (Natrium Asid Pirofosfat (E450), Natrium Bikarbonat (E500), Kalsium Karbonat (E170) dan Glucono Delta-Lactone (E575)).
Amaran kepada pengguna yang mempunyai alergi kepada susu soya, produk ini mungkin mengandungi bahan daripada susu soya. Jadi yang alergi mungkin perlu lebih peka pada bahan tersebut.
Maklumat pemakanan nutrisi lain dalam 100g penyediaan makanan
Nutrisi | Kandungan |
---|---|
Tenaga | 1464 kJ / 349 kcal |
lemak | 17.4 g |
Bahan yang tepu | 10.3 g |
Karbohidra | 41.1 g |
Gula | 10.1 g |
Protein | 5.6 g |
Garam | 0.8 g |
Serat | 2.6 g |
3. Maklumat pengilangan
Untuk maklumat, jika anda mempunyai sebarang komen atau masaalah dengan produk ini, anda boleh kemukakan kepada alamat pengilangan roti paratha forzen Kawan di :
Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd (126016-A),
Lot 20, Jalan Pengapit 15/19,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +603-5511 8388
Fax: +603 5511 6288
Email: info@kawanfood.com
www.kawanfood.com
4. Cara penyediaan yang paling mudah
- Selepas anda keluarkan daripada peti ais, pastikan tidak terdedah pada suhu bilik terlalu lama. Kerana ia akan menyebabkan roti ini mencair dan menjadi melekit.
- Hanya oerlu panaskan kuali non-stick tambah sedikit minyak dan letak roti paratha anda.
- Masak sehingga sedikit garing seperti roti canai di kedai tu.
- Untuk mendapatkan roti yang kembung, asa atas api tu anda hanya perlu tekan-tekan dengan senduk. Jika anda tidak tekan, roti mungkin tidak dimasak dengan rata dan roti tidak naik kembung.
- Untuk mendapatkan teksture yang lebih ringan dan lembut, tepukkan dengan tangan selepas roti paratha diangkat dari kuali. Tetapi cikna tidak tepuk sebab malas nak kuturkan tangan. Even that, teksture masih lembut. Teksture akan sedikit keras jika sudah sejuk.
- Hidangkan bersama kuah kari dan sambil.

Selamat mencuba dan merasa ya. Jika dah cuba sekali, cikna yakin anda pasti akan bertambah. Oh ya, roti ini juga sesuai jika anda nak buang hidang pada tetamu. Sangat mudah dan cepat.
Harganya hanyalah RM4.90 untuk sebungkus roti paratha Kawan dengan 5 keping roti didalam nya. Bagi cikna harga sangat berbaloi dengan harga produk ini.
Penguna lain juga turut membaca :
- Review Realme buds wireless : earbuds untuk aktiviti lasak
- Resipi : ayam goreng korea dengan sos korea adabi
- Resipi sambal cili ala-ala cili sate kajang
- Viral tiktok : resipi tomyam seafood macam kat kedai
- Produk viral Wardah Colorfit Cream Blush : Cantik dan Pigment sangat kaler dia!
- Review Wardah flawless cover cushion : coverage dan touchup tanpa perlu foundation!
- Wardah colorfit lip paint : info, review pengguna, ketahanan, warna kegemaran dan harga
- Wardah mattifying powder VS velvet colorfit powder foundation?? Yang mana lebih sesuai?
- Wardah Colorfit Matte Foundation : Review, harga, ingredients dan transfer-proof