Resepi popia nestum milo: kudapan terbaik..| Hari ni saya dengan adik ada buat resepi popia nestum. Sedap memang sedap. Tapi nak menggulung tu jenuh jugak la. Popia yang kami buat tu ada yang keras, ada yang sedap rangup je. Saya dapati tips dia kalau nak bagi dia rangup je pakai straw besar tu untuk menggulung. Kalau kami pakai lidi menggulung dia akan jadi mampat dan padat.

popia nestum milo
Bahan-bahan untuk membuat popia nestum milo
  1. 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  2. 1 1/2 cawan Nestum.
  3. 1/2 cawan milo
  4. 1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut suka)
  5. *Tepung ubi untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air kemudian panaskan atas api sekejap sebagai gam popia), Boleh juga pakai putih telur
  6. Minyak untuk menggoreng
Cara-cara untuk membuat popia nestum
  1. Saya suka pakai straw untuk menggulung, saiz lebih sekata. Supaya ruang dalam gulungan lebih besar menjadikan popia lebih rangup. Boleh juga pakai lidi atau chopstick.
  2. Kemudian, hujung popia digam pakai bahan gam yang dibuat tadi
  3. Kemudian goreng popia sehinngga warna light brown. *Popia yang digoreng akan meresap minyak yang banyak. Jadi tuskan biar minyak turun dan letakkan atas tissue dapur.
  4. Untuk adunan nestum milo: blend kering sehingga halus nestum + milo + gula
  5. Gaulkan popia goreng bersama adunan nestum milo
  • Tips supaya kulit popia tidak kering semasa proses menggulung : selepas buka kulit popia, tutupkan dengan kain.
  • Tips ketika menggoreng : pastikan gorengan anda sentiasa ditengok sebab kulit popia yang nipis memudahkan ia untuk hangus. Buka api sederhana sahaja
  • Tips lebih rangup : guntingkan gulungan secara menyerong untuk mendapat lebih besar permukaan area.

Baca juga :

Lihat juga : aneka resepi popia

Popia nestum sangat sedap diratah begitu sahaja. Ibarat seperti anda sedang makan popcorn? Ya, popia nestum bukan sahaja hidangan pada hari raya, tetapi ia merupakan kudapan terbaik sama ada untuk makan petang anda ataupon santai didepan tv bersama keluarga.

Jadi apa lagi? Jom la buat popia nie sendiri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like