Review vacuum cleaner philips : Helo and Assalamualaikum kepada semua pembaca. Harini cikna akan buat review untuk pembersih berjenama Philips. Vacuum nih bukanlah produk baru keluaran Philips. Vacuum cleaner Philips Powerpro Compact 5 didatangkan tanpa beg habuk tetapi menggunakan bekas plastik khas untuk memerangkap habuk.
Vacum ni nama melayu dia pembersih hampagas. Peralatan elektrik ini menggunakan pam uadara bagi menghasilkan keadaan hampagas separa untuk menyedut habuk dan kotoran sama ada dari lantai atau dinding rumah. Kotoran tersebut seterusnya dikumpulkan di dalam beg habuk untuk dibuang.
Ciri-ciri yang ada pada vacuum cleaner philips powerpro compact 5 – review
- Berat dan dimensi
Vacuum nih memang berat sikit iaitu 4.5 KG. Kalau orang kecik macam cikni terasa jugak berat dia.
Dimensi dia 410 mm Length x 281 m Width x 247 mm Height
2. Kebolehgunaan
- Mempunyai action radius sehingga 9 m (termasuk panjang cord 6 m)
- Disediakan pemegang tangan dibahagian hadapan untuk mudah mengangkat
- Mempunyai roda yang besar diperbuat daripada plastik
- Disertai dengan ‘Activelock’ untuk setiap gandingan tiub lain
3. Prestasi penggunaan
Vacuum nih memang kuat penyedutan dia. Puas hati bila tengok semua jenis habuk dia sedut.
- Airflow (max) – 37 l/s
- Input power (IEC) – 1600 W
- Input power (max) – 1800 W
- Sound power level – 82 dB
- Suction power (max) – 350 W
- Vacuum (max) – 33 kPa
4. Penapisan
- 1.5L kapasiti habuk boleh dimuatkan dalam bekas perangkap habuk
- Penapis ekzos – penapis EPA 10
- Penapis motor – Penapis yang boleh dicuci
5. Muncung dan aksesori termasuklah alat untuk kawasan celah almari, berus bersepadu, dan muncung multiclean.
Keburukan vacuum ini
Cikna perasaan vacuum ni cepat panas motor dia. Yela power dia kan agak tinggi. Jadi kalau rasa dah pakai lama sangat tu, dalam 20 minit on cikna akan stop kejap.
Kadang-kadang ada satu masa habuk langsung tidak bersedut dan macam ada angin keluar dari roda dia, tapi mana ada lubang pun dari rodanya. so cikna kosongkan bekas habuk, cuci cylon dia, bagi dia cool then try again baru power suction dia lebih kuat.
But overall memang puas hati dia punya kuat penyedutan tu. So this product cikna bagi 4 bintang out of 5.
Harga dan tempat membeli.
Kalau dilihat pada laman web rasmi Philips nih, harga asal dia ialah RM499.00. Tetapi anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM350.00.
Cikna beli di Shopee ja masa itu ada promosi dengan harga RM350 lengkap dengan semua aksesori. Lihat disini, shopee.com.my untuk lihat dan banding harga dishopee. Atau anda juga boleh lihat di Lazada. Lihat lazada.com.my.
Baca juga :
- Review : Natural clenx tea untuk kurus dan detox
- Review papan gosok baju berkualiti tinggi dengan roda dan tempat simpanan
- Review Mini Washer Portable Ultrasonic Laundry
- eosika IPL Hair Removal SIPL-22X : review info
- eosika ipl hair removal review : Laser bulu buatan korea
- Produk viral Wardah Colorfit Cream Blush : Cantik dan Pigment sangat kaler dia!
- Review Wardah flawless cover cushion : coverage dan touchup tanpa perlu foundation!
- Wardah mattifying powder VS velvet colorfit powder foundation?? Yang mana lebih sesuai?