Reviews

Review papan gosok baju berkualiti tinggi dengan roda dan tempat simpanan

Papan gosok baju : Anda mencari iron board / papan gosok baju yang terbaik? Disini penulis akan review satu jenis papan gosok baju yang pada pendapat penulis adalah berkualiti, tahan lasak dan tahan lama.

iron board
Pandangan atas 30 deg papan gosok baju YM IBW3

Iron board ini penulis tidak pasti berjenama apa, tetapi ia diberi nama Ironing Board With Wheel YM IBW3.

Harga dan tempat beli IBW3

Penulis telah membeli iron board ini di laman beli belah atas talian iaitu Shopee. Range harga untuk iron board ini boleh mencapai dari RM126.90 – RM169.90.

Harga yang disebut diatas tidak termasuk harga shipping iaitu RM20.00 keatas.

Untuk melihat dan compare harga dishopee anda boleh lihat disini : shopee.com.my/ironboard

Papan gosok baju
sumber : fb/ijazmil.com
Ciri-ciri dan kebaikan yang terdapat pada papan gosok baju IBW3
  1. Mempunyai 2 level rak simpanan yang besar : rak ini anda boleh gunakan untuk meletak bakul kecil yang boleh diisi pelbagai barang.
  2. Ia didatangkan dengan 4 roda pada setiap kaki : Roda bukan sahaja berfungsi untuk memudahkan pergerakan, ia juga mempunyai kekunci roda supada tidak bergerak.
  3. Iron Board / papan gosok baju ini terbuat 100% di Malaysia. Ia juga merupakan barang export yang berkualiti tinggi : Sambil membeli anda juga menyokong produk buatan Malaysia
  4. Harga yang berpatutan dengan produk : Ia terbuat daripada bahan anti karat Epoxy yang berkualiti tinggi. Jadi anda tidak perlu risau jika besi pada iron board akan berkarat ye.
  5. Ia didatang kan dengan stand besi yang boleh digunakan untuk menyangkut baju sementara dan juga sangkut kepala plug.
  6. Ia sangat bersesuaian dengan rumah landed atau rumah kondo yang mempunyai ruangan khas untuk meletak iron board ini.
  7. Pemasangan DIY sangat mudah. Anda tidak memerlukan peralatan lain untuk menyambung iron board ini.
Papan gosok baju
Iron board berkualiti tinggi dengan 2 rak simpanan
Kesukaran yang terdapat pada papan gosok baju IBW3

OK. penulis tegaskan disini, keburukan yang penulis beri adalah mengikut pendapat penulis. Jadi lain pengguna lainlah reviewnya.

Salah satu keburukan dia, bila sudah di pasang lengkap, sukar untuk disimpan balik. Ini kerana iron board ini tidak seperti iron board biasa yang boleh dilipat-lipat. Tetapi dengan adanya roda membolehkan iron board digerakkan kemana-mana dengan mudah.

Lagi satu penggunaan roda pada lantai mozek menyebab pergerakan sebab mozek licin sifatnya. Kalau dilihat dalam gambar, iron board penulis tidak ditaruk dengan roda supaya ia tidak bergerak semasa digunakan.

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like