Fungsi telinga kuali..| Telinga kuali merupakan sebuah peribahasa yang membawa maksud orang yang mempunyai hati yang kental walaupun sedang dimarahi.
Sebagi contoh :
Ibu : “Ahmadddd kenapa sepah2 kan dapur. Kan ibu dah suruh kemas dapur lepas dah masak. Jangan tinggal bersepah macam iniii”
Ahmad : “….Ya ibu…OK ibu..” (sambil terus bermain video game)
Bercerita tentang kuali yang ada kat dapur setiap rumah ini, saya terlihat satu postingan didalam facebook dimana seorang pengguna yang bernama maksu_aida. Beliau telah berkongsi satu fungsi telinga kuali yang langsung tidak tefikir dek akal kita.
Fungsi telinga kuali
ok. Jom lihat beberapa fungsi berikut yang mungkin korang boleh praktikkan?
1. Tempat toskan minyak ikan
Fungsi yang pertama ialah toskan minyak ikan sejurus selepas dimasak. Bunyi macam kelakarkan? Why not korang praktikkan dulu?
lihat beberapa komen daripada netizen tentang idea ini.
FB/susurnusantara : ” baruku tahuuu”
FB/yusufhalim : “Lagi belengaih la eh..lepastu minyak meleleh kebawah daripada ikan tu.. Satu kerja pulak nak cuci bawah dapur tu.. Dan bahagian telinga ialah bahagian yang paling malas atau orang terlepas pandang nak cuci.. Mungkin ada bakteria atau kekotoran?”
FB/Hariharahi makan : “chef goreng ikan boleh guna style ini nak tapis minyak..”
2. Pemegang bekas minyak
Perkongsian daripada facebook mingguan wanita, salah satu daripada fungsi telinga kuali ialah memegang botol minyak seperti diatas.
Antara kebaikannya ialah :
- Dapat menjimatkan lebihan minyak didalam botol yang sangat lambat nak turun.
- Tidak perlu lenguh tangan nak tonggen botol lama-lama jika kuantiti minyak tinggal sedikit.
Tapi perlu diengat, pastikan kuali tidak dibuka apinya. Takut nanti cair pulak botolnya.
3. Tempat letak senduk atau sudip
Fungsi yang ketika ni mungkin ramai dah tahu. Ada sesetengah telinga kuali yang tidak bersambung terus dengan kuali mempunyai ruang untuk letak sudip atau senduk.
Biasanya sudip yang diletak ditelinga kuali menjadi kebiasaan ibu-ibu sebab nak elak dapur memasak comot dengan kesan tumisan atau minyak.
Jadi korang bolehlah cuba 3 fungsi baru yang ada ni. Mana tahu lepas nih ada yang lebih kreatif dengan penggunaannya.
Cerita lawak tentang telinga kuali
Bila suami yang kena masak didapur, sampai telinga kuali pun dipatahkannya. Punya semangat dia nak masak.
Apa-apa pun, kuali dalam gambar kat atas ni tetap legend dan masakan pasti lebih istimewa dengan menggunakan kuali ini.
lihat juga perbezaan kuali iron cast dan kuali non stick untuk melihat mana yang lebih baik didalam video dibawah.
Tetapi satu yang pasti, kuali telinga buaya adalah yang paling legend dan paling digemari . Betul tak?
Baca juga :