Cara halau semut dari bekas gula

Cara halau semut dari bekas gula

Cara halau semut dari bekas gula..| Antara perkara yang menyusahkan mak-mak didapur ialah bekas gula yang dipenuhi dengan semut. Mungkin penyebabnya kita terlupa nak tutup rapat bekas gula.

Sedikit fakta semut. Kenapa semut sangat suka dengan gula? Sebenarnya semut tidak hanya makan makanan manis ye. Mereka juga akan makan pelbagai jenis makanan lain yang mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh mereka.

Cuma nya, mereka sangat cenderung kepada gula kerana gula mempunyai glukosa yang tinggi yang akan memberi mereka tenaga yang banyak untuk berkerja.

Cara halau semut dari bekas gula
Kekuatan semut. kredit foto : Khozin busyro
Cara halau semut dari bekas gula

Terdapat dua cara yang boleh korang cuba untuk menghalau semut daripada gula dan mengelakkan semut daripada masuk bekas gula.

Semut dan gula
Semut dan gula. Kredit foto : westernexterminator

1. Daun sirih

Daun sirih merupakan daun tradisi yang biasa digunakan untuk menjaga kesihatan dalaman secara alami. SIRIH juga turut mempunyai aromanya yang tersendiri.

Aroma inilah yang boleh menghalau dan mengelakkan semut daripada datang balik kedalam bekas gula.

“semut pasti berlari lintang pukang jika terhidu aroma ini”

Caranya mudah sahaja, guntingkan daun sirih kepada 4 bahagian (kerana saiznya yang besar). Kemudian tanamkan kedalam gula.

InshaAllah selepas itu semut akan bertempiaran lari sebab mereka bencikan aroma yang keluar daripada daun sirih.

2. Bunga cengkih dan bunga lawang

Bunga cengkiih dan bunga lawang merupakan rempah ratus semula jadi yang digunakan untuk mengharumkan masakan.

Tetapi lain pula bagi haiwan kecil ini. Bau tengik yang dikeluarkan daripada bunga cengkih dan bunga lawang sangat ditakuti oleh semut.

Caranya mudah ja, Ambil beberapa biji bunga lawang dan bunga cengkih kemudian taburkan diatas gula. Biarkan bekas gula terbuka sebentar untuk menghalau semut.

Selepas korang dah tengok semua semut dah lari barulah ditutup semula bekas gula ya. Bunga cengkih dan bunga lawang tadi biarkan mereka terkubur dalam gula. InshaAllah semut tidak akan datang ziarah lagi bekas gula tersebut.”

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Baca juga :

Sumber info : https://www.belajarsampaimati.com/2014/09/mengapa-semut-menyukai-makanan-manis.html?m=1, https://www.google.com/amp/s/amp.kompas.com/sains/read/2021/08/31/083000423/5-khasiat-daun-sirih-untuk-kesehatan

Berjaya

Related Posts

Dari 0 ke 1000 Pageview Blog Sehari: 5 Tips Yang Boleh Anda Cuba Sekarang!

Dari 0 ke 1000 Pageview Blog Sehari: 5 Tips Yang Boleh Anda Cuba Sekarang!

Withdraw Komisyen Involve Asia 2025: Proses & Tips Yang Perlu Anda Tahu

Withdraw Komisyen Involve Asia 2025: Proses & Tips Yang Perlu Anda Tahu

Dari Zero ke Komisyen: Pengalaman Pertama Withdraw Duit Dari Involve Asia

Dari Zero ke Komisyen: Pengalaman Pertama Withdraw Duit Dari Involve Asia

Setahun Berjuang: Bagaimana Blog Ini Berjaya Mencapai 1000 Pageview Sehari

Setahun Berjuang: Bagaimana Blog Ini Berjaya Mencapai 1000 Pageview Sehari

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *