Cara halau lalat dari meja makan secara semula jadi..| Masa makan adalah waktu yang kita seronok nak enjoy makan bersama keluarga. Tapi macam mana kalau masa tengah enjoy nak makan tu datang 2 3 ekor lalat. Penatkan asyik nak halau – halau je.

Lalat yang biasa datang kerumah bukanlah datang saja-saja untuk melawat. Kedatangan mereka pasti atas tujuan tertentu. Antara punca kedatangan lalat dalam rumah kita ialah :

  • Tempat pembuangan sampah atau sisa makanan didalam rumah yang tidak ditutup dengan baik.
  • Bahan masakan yang mempunyai bau yang hanyir seperti ikan, seafood dan ikan masin.
  • Sinki yang tidak bersih dan mempunyai sisa makanan yang tidak dibersihkan.
  • Meja makan tidak dilap dengan bersih menyebabkan sisa makanan yang menempel pada meja menarik minat lalat untuk datang.
  • Kotoran haiwan peliharaan yang berbau dan lambat dibersihkan menjadi kegemaran sang lalat.
Cara halau lalat
Ini dia rupa lalat rumah dengan seribu satu dendam. Kredit foto : shutterstock.com

Cara halau lalat dari meja makan

Dipasaran sekarang terdapat pelbagai lambakan produk yang bertujuan untuk menghalau lalat. Tetapi jika korang tidak berkesempatan untuk membeli. Jom cuba 2 cara alami berikut yang boleh menghalau lalat.

1. Campuran limau dan bunga cengkih

Lalat merupakan haiwan yang sangat menyukai bau yang busuk. Manakala bau yang tidak disukainya pastilah bau yang berlawanan dengannya iaitu bau yang wangi dan kuat.

Limau dan bunga cengkih mempunyai bau aroma yang kuat dan wangi. Jadi dengan menggunakan gabungan dua bahan ini pastilah lalat tidak akan berani datang kedapur korang dah.

Cantikkan bila limau dicucuk dengan bunga cengkih macam ni. Kredit foto : ustazahlinpusrapi/youtube

Antara jenis limau yang korang boleh gunakan ialah limau nipis, limau kasturi, dan limau purut. Ketiga-tiga limau ini mempunyai bau yang agak kuat.

2. Air serai wangi
Tips halau lalat
Contoh produk serai wangi yang ada dipasaran

Serai wangi mempunyai bau yang sangat harum dan menonjul. Jadi bahan ini sangat sesuai digunakan untuk menghalau lalat.

Untuk membuat sendiri air serai wangi, ambil 2 batang serai kemudian dipotong kecil. Seterusnya blend kasar bersama sedikit air. Tinggalkan air blend serai wangi tadi semalaman.

Keesokannya, korang tapiskan air dan serdak serai tadi kemudian gunakan botol penyembur untuk sembur dimeja makan dan kawasan yang selalu dihinggap oleh lalat.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Baca juga :

Sumber info : https://www.google.com/amp/s/www.popmama.com/amp/life/health/faela-shafa/penyebab-lalat-sering-datang-ke-rumah, https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/38283

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like