5 bau paling best body mist Victorias secrete..| Apa beza body mist dan perfume? Beza paling utama 2 wangian ini ialah kepekatan minyak patinya. Landungan minyak pati lebih sedikit didalam body mist berbanding perfume.
Jadi, tidak hairanlah jika perfume mempunyai harga yang lebih berlipat ganda berbanding body mist.
Baca juga : Cara guna dry fragrance oil by Victoria Secrete
5 bau paling best body mist Victorias secrete
Jom lihat top 5 bau paling best dan paling banyak digemari pengguna body mist victorias secrete.
1. Victoria’s Secrete Sunset Sorbet Body Mist

Body Mist Sunset Sorbet ini mempunyai ketahanan sehingga 3 jam sahaja. Walaupun begitu, baunya yang seakan kewanitaan berjaya menambat hati pengguna.
Sunset sorbet mempunyai 3 campuran bahan utama iaitu bau manis betik, kelapa dan tropika laut.
2. Victoria’s Secrete Velvet Petals Fragrance Mist

Velvet Petals mempunyai bau yang lebih intimate dan sensual. Gabungan 3 bahan utama iaitu manisan almond, kesegaran bunga dan vanilla.
Dengan ketahanan sehingga 3 ke 4 jam, Velvet Petals akan memberikan anda bau bunga yang agak kuat pada awalnya, dan kemudian akan menjadi lembut dan memikat.
3. Victoria’s Secrete Bare Vanilla Fragrance Mist

Bukan sahaja perfumenya adalah produk yang paling laris dibeli, fragrance mistnya juga sangat digemari pengguna.
Baca juga : 8 bau perfume Victoria secrete yang paling wangi pilihan pelanggan
Jika anda penggemar bau manisan krim vanila, maka inilah wangian yang anda cari! Dengan campuran bersama buah cashmen bersama kehangan vanilla, ia memberikan bau karamel dan manisan yang pasti memikatkan.
4. Victoria’s Secrete Forbidden Rose Fragrance Mist

Wangian Forbidden Rose merupakan salah satu produk limited edition.
Ia mempunyai campuran bunga lily, jasmin, rose dan teratai yang pasti menangkap hati sesiapa sahaja yang menyentuhnya.
Campuran utamanya ialah bunga kasturi dan rose yang akan membangkitkan semangat dan kesegaran diri anda.
Jadi bagaimana? Adakah anda berminat untuk memilikinya?
5. Victoria’s Secrete Amber Romance Fragrance Mist

Amber Romance memiliki wangian yang hangat, sexy, kemanisan dan buah-buahan.
Wangian ini mempunyai campuran bau kayu cendana, anglaise dan buah ceri hitam. Bau yang akan membuatkan anda kelihatan panas dan mahal sesuai untuk dibawa ke office anda.
Baca juga : Review perfume candles bath & body works. Boleh ke wangikan bilik?
Sumber info : 11, victoriassecretbeauty.com.my
- Racun tiktok : confirm putih dengan safi lotion + scrub sumber ayu + safi zaitun
- Racun tiktok : safi hijabista pomegranate lotion melembutkan dan mencerahkan
- Review racun tiktok serum safi perfect white
- Review kebaikan safi minyak zaitun plus gamat
- Produk viral review safi minyak zaitun ros hip dan cara guna