Info

Review perfume candles bath & body works. Boleh ke wangikan bilik?

Review perfume candles bath & body works..| Korang belum pernah cuba pewangi bilik berbentuk lilin daripada bath & body works? Jom baca info dan review berikut sebelum korang memilih untuk mencubanya.

Bath & Body Works merupakan pengeluar lilin pewangi premium dengan harga yang agak “premium”.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya harga yang tinggi ini berkait dengan kualiti dan bahan buatan yang juga berkualiti.

Boleh ke perfume candles bath & body works wangikan bilik?

review lilin daripada bath anda body works
lilin wangian daripada bath & body works dengan 3 rangkaian lilin

Jika korang masih belum pernah mencuba lilin pewangi bilik ini, persoalan diatas mungkin menjadi tanda tanya bukan?

Jawapan daripada kami ialah terbukti lilin pewangi Bath & Body Works memang boleh mewangikan bilik dan menghasilkan api lilin yang bersih.

Sejarah Bath & body works dalam industri pembuatan lilin

Jenama wangian Bath & Body Works telah berada di pasaran selama lebih daripada 20 tahun.

Jenama ini paling terkenal dengan produk lilinnya. Malah, mereka turut mengeluarkan pelbagai produk aromaterapi lain dan produk penjagaan badan.

Baca juga : Review + berapa lama ia bertahan : Wallflower Bath & Body Work

Berikut ialah produk daripada Bath and Body Works :

  • Pelembap kulit
  • sabun badan
  • mandian buih
  • lulur
  • sabun tangan
  • produk wangian rumah
  • penyegar udara
  • lilin wangian rumah
Lilin Bath and Body Works diperbuat daripada apa?

Bath & Body Works kini menawarkan dua formula lilin berbeza untuk lilin kami. Bahan utama untuk semua formula adalah lilin sayuran, lilin parafin, dan soya. Koleksi lilin utama kami dianggap sebagai lilin lilin sayuran. Walaupun soya adalah bahannya, lilin kami tidak dianggap sebagai lilin soya.

bathandbodyworks.com
Adakah lilin wangian daripada Bath and Body Works selamat digunakan?

Lilin kami selamat apabila digunakan seperti yang diarahkan pada label. Mereka menjalani ujian kualiti dan keselamatan yang meluas di bawah keadaan pembakaran dan penggunaan yang ketat serta memenuhi atau melebihi semua piawaian industri dan kerajaan yang berkenaan untuk keselamatan dan prestasi. Banyak faktor, di luar pembinaan lilin itu sendiri, boleh menjejaskan prestasinya seperti draf bilik, serpihan yang mungkin terkumpul dalam kolam cair lilin, panjang sumbu dan pemangkasan pra-bakaran yang betul.

bathandbodyworks.com
Langkah keselamatan penggunaan lilin pewangi

Langkah keselamatan dan pencegahan sangat penting untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan.

Perhatikan perkara dibawah dengan baik untuk mengelakkan kebakaran dan keburukan lainnya.

Baca juga : 8 bau rekomendasi paling wangi lilin bath and body works

Sebelum menyalakan lilin

  • Pastikan panjang sumbu ialah 1/4 inci daripada permukaan lilin.
  • Buang pemangkasan sumbu dan mancis untuk mengelakkan serpihan daripada kolam lilin.
  • Letakkan lilin pada permukaan tahan panas.

Semasa api lilin menyala

  • Terbakar dalam penglihatan. SENTIASA berada dalam barisan penglihatan lilin yang menyala.
  • Padamkan lilin sebelum meninggalkan bilik.
  • JANGAN PERNAH membakar lebih lama daripada selang 4 jam.
  • Jauhkan lilin daripada bahan yang mudah terbakar. – JANGAN sesekali membakar lilin pada atau berhampiran apa-apa yang boleh terbakar.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. – Kanak-kanak dan haiwan peliharaan boleh saja menarik dan membalikkan bekas lilin yang sedang menyala.

Selepas penggunaan

  • Pastikan anda tidak memadamkan api dengan menggunakan air – cukup dengan meniup untuk memadan api lilin.
  • Sebelum lilin dinyalakan semula, pastikkan lilin sudah sepenuhnya mengeras.
  • Jangan memegang lilin yang cair dengan menggunakan tangan.

Kriteria ketika memilih lilin wangian bath anda body work

Uniknya lilin wangian daripada Bath and Body Works ini ialah korang boleh pilih bekas lilin dengan design 3 mata sumbu.

Tetapi buat pemula, pilihan lilin dengan 1 mata sumbu pun sudah memadai.

Jadi yang mana menjadi pilihan anda?

Baca juga : 9 bau pilihan pelanggan bath and body work

Berapa lama lilin wangi ini boleh bertahan?
Bilangan sumbuJam
1 sumbu25-45 jam
3 sumbu25-30 jam

Secara umumnya, masa pembakaran lilin berbeza bergantung kepada penggunaan.

Tetapi secara ringkasnya, lilin Bath and Body Works standard mempunyai berat 14.5 oz atau 411 g yang boleh bertahan antara 25 hingga 45 jam.

Tetapi membakar berterusan selama 25 jam tidak digalakkan. Jenama ini mengesyorkan untuk membakar lilin selang 4 jam.

Baca juga : Ini dia cara bezakan bath and body works yang palsu dan asli

Harga dan tempat membeli lilin

Untuk mendapatkan lilin wangian daripada Bath anda Body Works, korang boleh terus ke laman web rasmi bathandbodyworks.com.my.

Di sini korang boleh dapatkan 3 sumbu lilin dengan harga RM65, manakala 1 sumbu lilin dengan harga sehingga RM35.

Tetapi jika anda beli 2 atau lebih anda boleh dapat diskaun yang lebih banyak.

Beli lilin ini di shopee dengan harga yang lebih murah

Kadang-kadang ada seller shopee yang mendapatkan stok lilin ini daripada official store dengan harga promosi.

Untuk lihat harga di shopee anda boleh lihat disini shopee.com.my.

Baca juga : Review : Natural clenx tea untuk kurus dan detox

Sumber info : housefragrance.com, nicerabode.com, Review perfume candles bath body works

Baca semua tentang bath and body works disini : bath & body works

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like